Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, 29 January 2015

KEK MARBLE LEMBUT NINA


Assallamualaikum dan salam sejahtera. 

Sesungguhnya Nadz lebih menggemari kek-kek togel saja berbanding dengan kek-kek yang disalut sebarang jenis krim. Jadi Nadz cuba pula resepi kek marble ni untuk mengetahui tahap keenakannya serta menambah lagi koleksi kek marble.

Resepi Nadz perolehi daripada blog kak Azie yang dipanjang-panjangkan dari blog Liza dan blog kak Noor Masri.



KEK MARBLE LEMBUT NINA
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 8 oz/ 227 gm mentega
  • 6 oz/ 170 gm tepung gandum 
  • 6 oz/ 170 gm gula kaster
  • 5 biji telur dari peti ais 
  • 3 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 1 sudu besar ovalette
  • 3-4 sudu besar serbuk koko 

Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang. 
  2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata. 
  3. Masukkan telur kuning sebiji -sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata. 
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco/perisa pilihan anda. 
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci secara berselang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick/ lidi sate.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. (Nadz bakar pada suhu 175C, 45-50 minit).

NOTA NADZ:

Nadz menyediakan adunan kek ini tanpa mengasingkan putih telur dengan kuning telur seperti cara di atas. Nadz adun seperti berikut:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Putar mentega dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan susu, ovalette dan asen vanilla. Adun sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu sambil terus memutar.
  4. Akhir sekali perlahankan speed mixer dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan adun rata.
  5. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas baking secara berselang seli untuk mendapatkan corak marble. 
  7. Bakar pada suhu 175°C -180°C selama 45-50 minit.
  • Jika menggunakan cara ini, gunakan telur pada suhu bilik, bukan telur yang masih sejuk dari peti ais.
  • Setelah mencuba, kek ini ternyata memang kena dengan selera Nadz. Lembut dan gebu serta moist. Jadi apa lagi, cubalah ye. 

NOTA KAK NOOR MASRI:
  • Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama kerana adunan mesti kembang dan rata. 

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 28 January 2015

KEK LAPIS KASTAD KELADI, ORDER DARI WANIE

Assallamualaikumdan salam sejahtera.

Kek lapis kastad keladi tempahan dari Wanie untuk hantaran perkahwinannya. 

Pengantin minta deco simple je
Untuk menempah sila pm di whatsapp atau telegram di nombor 012 6467509.

CHEEZY SNOW CAKE, RED VELVET CUPCAKES & CHEESE TART, ORDER DARI KAK KINAH

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,  sedikit tempahan dari one of my regular customer.

Cheezy snow cake 
25 pcs red velvet cuppies
50 pcs cheese tart
Untuk menempah sila pm di whatsapp atau telegram: 012 6467509.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA (TANPA TELUR)

 
Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Agar-agar yang memang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak dan juga Nadz sendiri di rumah ni. Membuatnya pun amat mudah. Cuma, perlu diingat, santan tu mesti guna santan pekat tau. Barulah menjafi dua lapisan agar-agar ni.

Biasanya, dalam resepi-resepi agar-agar santan yang Nadz kongsikan sebelum ini (gula melaka, pandan, sirap rose, jagung manis) Nadz menggunakan sebiji telur di dalam resepi. Tetapi tidak untuk kali ini. Walaupun tidak menggunakan telur, agar-agar tetap menjadi dua lapisan. Petua untuk menghasilkan agar-agar dengan dua lapisan ada di bawah.

Jadi ikutlah selera masing-masing ye samada ingin atau tidak menggunakan telur di dalam resepi.



AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA (TANPA TELUR)
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com 

Bahan-bahan:
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 250 gm gula melaka
  • 1-2 sudu besar gula merah atau gula pasir 
  • 300 ml santan pekat
  • 1 liter air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan (basuh dan simpulkan)

Cara penyediaan:
  1. Larutkan gula melaka dan juga gula merah bersama 1 liter air. Masukkan juga sehelai simpulan daun pandan. Setelah larut, tapis air gula. Pastikan larutan air gula mencapai 1 liter cecair.
  2. Masukkan serbuk agar-agar ke dalam periuk bersama air gula tadi serta simpulan daun pandan. Masak hingga menggelegak dan serbuk agar-agar larut.
  3. Masukkan santan pekat dan garam. Biarkan menggelegak dan biarkan proses menggelegak berlaku dalam 2-3 minit.
  4. Tutup api dapur. Basahkan loyang atau apa saja acuan kegemaran anda dan tuang adunan. Biarkan ia mengeras dan sejukkan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang dingin bila masuk ke mulut..hehehee...

NOTA NADZ DAN TIPS:
Untuk memastikan agar-agar menjadi dua lapisan, pastikan anda:
  • menggunakan SANTAN PEKAT 
  • biarkan larutan menggelegak selama 2-3 minit setelah memasukkan santan.
SELAMAT MENCUBA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...