Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, 27 October 2014

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI


Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Sambal tumis, mestilah semua orang tahu cara memasaknya ye tak. Tapi nak masukkan juga resepi ni ke dalam blog untuk rujukan anak-anak bila mereka mula belajar memegang sudip dan kuali satu masa nanti.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg udang
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan sebesar ibu jari
  • 1-1/2 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar-dimayang kasar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 papan petai-ambil isinya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Udang disiang dan dibersihkan. Toskan.
  2. Kisar cili kisar bersama bawang merah, bawang putih dan belacan.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar menggelegak.
  5. Kecilkan api dan masukkan udang, petai serta bawang besar. Biar mereneh hingga mendapat kepekatan sambal yang diingini. Perasakan garam dan gulanya. Adjust ikut your taste buds. Tutup api. 
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 15 October 2014

RAINBOW CAKE (Bed cake theme), ORDER DARI SU


Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera. 

Tempahan dari seorang customer baru, Su. Su minta buatkan kek rainbow dengan tema katil untuk anniversary bersama suaminya yang ke 11 tahun. Su juga request hiasan menggunakan fondant. 

Jadi inilah hasil menguli-uli fondant setelah berapa lama tak bermain dengan fondant.


Terima kasih Su sebab beri kepercayaan kepada akak untuk merealisasikan plan Su untuk sambutan ulangtahun perkahwinan kalian berdua.

p/s: Kek tema begini hanya untuk tempahan dari customers yang telah berumahtangga saja tau!

Untuk tempahan, sila pm di fb atau whatsapp atau telegram atau viber di nombor 012 6467509. 

TERIMA KASIH. 

CHEEZY SNOW CAKE & CHEESE TART, ORDER DARI CIK SUE

Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera. 

Antara tempahan yang diterima masa hari raya Aidiladha yang lalu.

Sebiji cheezy snow cake saiz 8 inci & 
150 biji cheese tart dengan fillingCoklat, strawberry dan blueberry. 
Terima kasih Sue.

Untuk menempah sila message Nadz di fb atau whatsapp atau telegram atau viber di 012 6467509. 

TERIMA KASIH. 

CHEESE TART, ORDER DARI KAK KINAH

Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera. 

Tempahan datangnya daripada regular customer Nadz, kak Kinah. Kak Kinah memang dah biasa menempah homemade produk dari Nadz. Sangat mudah berurusan dengannya. Purchase order awal dan amat tidak cerewet. Betul-betul memberikan sepenuh kepercayaan kepada Nadz apabila dah purchase order. Thanks kak, sebab selalu bagi peluang Nadz mencari rezeki dengan minat yang ada.


100 biji cheese tart dengan filling coklat, 
strawberry, kiwi dan mango.

Untuk menempah sila message Nadz di fb atau whatsapp atau telegram atau viber di nombor 012 6467509. 

TERIMA KASIH

CHEESE TART & KEK LAPIS KASTAD, ORDER DARI FAUZIAH

Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera. 

Order dari seorang sahabat yang pulang bercuti pada hari raya Aidiladha baru-baru ni.

Kek lapis kastad pandan &
50 biji cheese tart dengan filling coklat dan strawberry.


Sebiji lagi kek lapis kastad pandan &
50 biji cheese tart dengan filling kiwi dan  manggo.

Untuk menempah, boleh message Nadz di fb atau whatsapp atau telegram atau viber di 012 6467509. 

TERIMA KASIH.

Monday, 13 October 2014

LABU SIRA KELANTAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera. 

Labu sira ni Nadz makan untuk pertama kalinya masa majlis kahwin Nadz di rumah pihak lelaki. Kalau di sini orang panggil 'majlis sambut menantu'.

Memang tak pernah jumpa labu sira ni sebelum kahwin dulu. Selalu kalau labu memang buat masak lemak putih tu la selain buat pengat yang campur dengan pisang dan keledek.

Mula-mula makan dulu ingatkan sejenis dessert. Tengok rupanya orang sini makan dengan nasi macam pelik pula masa tu. Tapi sekarang dah tak pelik dah. Anyway, nak makan macam makan dessert pun boleh juga. Ikut selera masing-masinglah. Tapi pastikan badan tu bukan jenis mudah berangin ye. Nanti naya sakit perut pula.


LABU SIRA KELANTAN
Oleh: Nadz's @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu sederhana besar 
  • Gula melaka atau 2 keping nisse
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • Sedikit kapur makan
  • Beberapa helai daun pandan

Cara penyediaan:
  1. Potong labu seperti dalam gambar. Buang kulitnya dan cuci. Basuh bersih daun pandan. Potong atau hiris nisse kecil-kecil. 
  2. Rendam potongan labu tadi di dalam air kapur selama sejam atau lebih.
  3. Basuh bersih labu dan toskan.
  4. Susun labu ke dalam periuk. Taburkan gula nisse tadi yang telah dihiris atau dipotong kecil-kecil. Taburkan gula pasir sedikit sekiranya perlu.
  5. Masukkan simpulan daun pandan.
  6. Letakkan periuk di atas api dapur. Guna api yang kecil hingga sederhana saja. Patutnya tak perlu masukkan air semasa menyira labu ni tapi Nadz masukkan sikit air sebab nak elakkan hangit dan supaya labu sira ni berkuah. Anak dara Nadz suka labu sira ni dengan kuahnya.
  7. Masak hingga empuk dan tutup api. 

Sedap juga dimakan sebagai dessert. Lebih-lebih lagi setelah disejukkan di dalam peti ais. Tapi awas!! Labu sejenis makanan berangin ye.

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 7 October 2014

KEK MARBLE (Wendy Kor)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masya Allah, lama betul blog ni tak dimasukkan sebarang entry. Hari ini cuba merajinkan diri untuk tidak membiarkan blog ini terus ketandusan resepi.

Nadz nak kongsikan resepi Kek Marble oleh Wendy Kor yang Nadz ambil resepinya dari blog CMG

Kawan-kawan bolehlah mencubanya untuk menambah lagi koleksi resepi kek marble. Alhamdulillah, kek ini amat kena dengan tekak Nadz. Lembut, lembap dan manisnya pun sedang-sedang elok saja.


KEK MARBLE WENDY KOR
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung halus (mat guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esev vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek dengan sedikit mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (jika guna bund pan, sapu mentega rata2 pada bahagian dalam tin kek dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung). Ketepikan.
  2. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
  5. Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2.

NOTA NADZ: 
  • Stok susu segar habis masa buat kek ni. Jadi Nadz tukar kepada 60ml air suam + 1 sudu teh susu pekat manis. 
  • Nadz kurangkan gula menjadi 200gm sahaja.
SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...