Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, 10 June 2014

KERABU MAGGI/ KERABU MEE SEGERA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar kerabu maggi di atas tu, bukan Nadz buat ye. Tu kerabu maggi yang Nadz beli dari pasar malam. Selalu buat sendiri tak pernah pula shoot gambar dan publish dalam blog ni. Tapi sebab ada yang bertanyakan resepinya, Nadz publish lah resepi ni di blog. Memang sedap sangat kerabu maggi ni pada tekak Nadz. I like it very much. Nak buat pun senang sangat sebenarnya. Rajin dengan tidak je sebenarnya.

Kerabu maggi ni merupakan makanan orang Thailand. Sebab tu, kalau orang luar dari Kelantan ni, memang tak familiar dengan menu ni. Nadz pun jumpa kerabu maggi ni sejak duduk di sini je. Okey Nadz kongsi resepi yer. Simple sangat pun. 

KERABU MAGGI

Bahan-bahan:
  • 1 keping mee segera perisa kari atau tom yam
  • Berapa batang jejari ketam(crab stick)-hiris menyerong
  • 1/2 biji bawang besar-hiris atau dadu
  • Jus limau nipis-secukup rasa
  • 1-2 sudu sos ikan(optional)-Nadz selalu tak letak sbb tak berapa suka
  • 1-2 batang cili padi(hiris) ATAU serbuk lada(chili flake)
  • Sedikit kobis(hiris nipis memanjang)
  • Sedikit lobak merah(hiris nipis memanjang)
  • Sedikit gula melaka atau nise atau pun gula pasir jer
  • Garam sekiranya perlu
  • Daun ketumbar(hiris)

Cara penyediaan:
  1. Celur mee segera di dalam air panas dan toskan.
  2. Celur juga jejari ketam dan kobis. Toskan.
  3. Masukkan mee segera ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang, jejari ketam, cili padi dan sayuran. Gaul rata.
  4. Masukka sos ikan, gula, garam, perencah dan perahan jus limau nipis. Adjust bahan-bahan ni mengikut selera masing-masing.
  5. Kalau guna perencah kari, letak sikit demi sikit serbuknya. Rasalah ikut taste bud masing-masing. Tapi lagi sedap guna perencah tom yam sebenarnya. Perencah tom yam ni pun gaul sikit demi sikit. Ikut taste bud sendiri. Kadang-kadang susah nak gaul perencah tom yam ni sebab ia dalam bentuk paste dan likat. So bancuh dengan sedikit air panas dulu perencah tu, then baru gaul dengan maggi dan bahan-bahan lain ATAU rendam kejap paket perencah tom yam paste tu dalam air panas. Nanti paste tu lebih mudah untuk digaulkan.
  6. Okey, dah siap. Boleh makan.

NOTA NADZ:
  • Actually bahan asas untuk kerabu maggi ni just kepingan maggi, jus limau nipis, lauk pauk ikut pilihan, cili, sedikit sayuran dan daun ketumbar. Ada sesetengah orang tak suka daun ketumbar ni. Jadi boleh omit atau tukar daun bawang pun ok juga.
  • Untuk lauk-pauknya tu, boleh dipelbagaikan seperti sosej, fish ball, udang segar dan sotong segar. Cuma kalau guna udang segar dan sotong segar tu, perlu siang dulu dan rebus sampai masak sebelum digunakan. Kalau fish ball dan sosej tu kita celur jer dengan air panas.
  • Untuk sayuran tu pulak, sebab namanya pun kerabu, so memang banyak sayurlah patutnya. Selain kobis dan lobak merah, boleh juga letak buah tomato. Hiris-hiris atau potonglah ikut suka masing-masing. Macam Nadz tak suka letak buah tomato tu sebab buah tomato sendiri ada jusnya. Nanti lari rasa kerabu ni. Ataupun kalau nak letak, jangan letak banyak sangat tomato tu. Terpulang pada masing-masinglah yer. Lain orang lain tekaknya kan.
  • Untuk gula tu, sometimes macam malas jer nak guna gula melaka atau nise. Jadi Nadz guna gula biasa jer dalam 1/2 sudu kecil. Adjust sendirilah yer.
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 7 June 2014

HOKKAIDO CHIFFON CUPPIES (AIDA ALI)

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Satu lagi resepi Hokkaido Chiffon Cupcake. Nadz dapat resepi dari laman facebook juga. Dikongsikan oleh adik Aida Ali setelah diubah suai olehnya dari resepi di internet. Terima kasih Aida. Kak Nadz kongsikan pula di blog akak yer. 

Untuk kali ke 2, resepi yang malas nak ditaip oleh tuan blog. Masukkan jer gambar screenshot dari telefon. Hihihii...jangan tiru tau sikap tak rajin ai ni..huhuuu..

 

SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...