Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, 27 April 2014

KEK PISANG LEMBUT

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..insya Allah.

Kek pisang lembut ni sebenarnya kek pisang yang sama dengan resepi KEK PISANG DUA CARA. Kenapa namanya 'Kek pisang dua cara'? Sebab Nadz menggunakan resepi yang sama tetapi dengan dua cara yang berbeza dalam penyediaannya untuk hasil yang memang berbeza. 

Kek pisang lembut kali ini, Nadz gunakan cara yang ke dua di mana hasil kek memang lebih gebu dan ringan. 

 

KEK PISANG LEMBUT (KEK PISANG DUA CARA:CARA 2)
Recipe by: Nadz@ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla

Cara-cara :
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.

 
Rupa adunan yang likat pada langkah nombor 2.

Untuk cara pertama menggunakan bahan-bahan yang sama, boleh klik pada link yang Nadz berikan di atas yer. Kalau nak tau perbezaanya, kenalah cuba ke dua-dua cara. Walau bagaimana pun, ke dua-dua hasilnya pun sedap.


Tuesday, 8 April 2014

PUDING LAICI DANGDUT YANG AMAT MARVELOUS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Puding laici dangdut yang amat famous satu ketika dulu. Nadz baru je mencubanya. Tak taulah kenapa masa zaman kegemilangan puding ni, hati tak begitu kuat untuk membuatnya. Lagi pun bila beli laici dalam tin tu, memang cepat je habis dimakan begitu saja oleh anak-anak di rumah ni. 

Memang sedap sangat puding ni. Kelembutan serta kemanisannya, apabila turun melalui tekak dan kerongkong, Allahhuakhbarrr... sedap tak terkata. Menikmati puding ini, tak perlu mengunyah-ngunyah. Masuk saja ke mulut terus meluncur laju ke dalam tekak.

Resepi yang meletopppzzz ini dikongsi oleh Chef Hanieliza. Nadz letak pula resepi ini di sini untuk rujukan sendiri serta anak-anak bila mereka memerlukannya satu hari nanti.


PUDING LAICI DANGDUT

Bahan-bahan:

10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]

2 liter air
2 cawan gula
1 tin susu cair

Cara-cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.



NOTA:
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.

Nadz keraskan puding ni dalam gelas-gelas saja. Senang nak dimakan bila telah disejukkan di dalam peti ais. Nyumm...

Macam ketagih pula makan puding ni. Rasa nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiii...... 

SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...