Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 25 November 2013

CHOCOLATE CHIFFON CAKE

 

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya mood membaking sudah mula ada. Actually dah dua tiga hari anakanda Maisarah Hani sibuk nak makan kek. Asyik tanya kek saja hari-hari. Kesian pula melihatkannya. So intai-intai la di internet kek yang menarik untuk dicuba. Nak kek yang simple jer yang tak perlu topping bagai.

Dalam hati terfikir nak cuba buat kek chiffon sebab memang Nadz tak pernah cuba membuat kek chiffon. Selalunya tengok langkah-langkahnya tu panjang sangat dan banyak pula pendapat yang kek ni agak sensitif. Salah cara atau tak kena gaya, tak naiklah kek ni. Ditambah pula Nadz memang tak ada loyang khas untuk buat kek chiffon ni. Alaaa..loyang yang menjadikan kek nanti berlubang di tengah-tengahnya tu. Apa nama loyang tu ek? Tapi setelah mendapat kepastian daripada adik Evelyn Gemina yang kek chiffon ni boleh juga dibakar menggunakan loyang biasa, maka berkobar-kobar semangat nak membuatnya. Terus skodeng blog Evelyn Gemina sebab memang tau Lyn banyak mencuba pelbagai kek chiffon.


Tertarik hati nak cuba Coffee Chiffon Cake sebab semua bahan-bahan yang diperlukan ada di rumah dan cara membuatnya pun agak mudah. Cuma Nadz tukarkan penggunaan serbuk kopi tu kepada serbuk coklat.

Risau juga takut tak menjadi kek ni. Maklumlah 1st time mencubanya. Tapi Alhamdulillah, menjadi dengan baik sekali kek ni. Memang betul seperti yang Lyn gambarkan kek ni. Permukaannya tak mudah merkah. Keknya pula super duper lembut sangat. Teksturnya pula amat halus. Memang menepati citarasa Nadz. Lepas je keluar dari oven, tak sabar-sabar anak-anak nak makan kek ni. Maklumlah, sekarang ni musim hujan. Asyik lapar saja anak-anak di rumah ni. Setelah disejukkan, sekali potong je dah tinggal suku je kek ni.

Kak Nadz kongsikan pula resepi ni di sini ye Lyn.


CHOCOLATE CHIFFON CAKE (Adapted from Coffee Chiffon Cake)

Bahan2nya:

A
4 biji kuning telur
1 1/2 sb serbuk kopi segera(Nadz gantikan sengan serbuk koko)
115ml air
85ml minyak sayuran
1/4 sk garam
100g gula kaster(used only 80g)
150g tepung gandum, diayak
1 sk baking powder, diayak


B
4 biji putih telur
90g gula kaster (used only 70g)
1/8 sk cream of tartar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci (saya guna 10 inci). Jangan griskan loyang.

2. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan2 A & gaul guna handwhisk hingga sebati. Ketepikan.


3. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan B hingga berbuih. Masukkan bahan2 B yang lain & pukul hingga pekat & bertanduk (dry stiff).


4. Kaupbalikkan adunan putih telur kedalam adunan A tadi (langkah 2) hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang chiffon yang disediakan & bakar selama 40 min atau hingga kek masak.

6. Bila kek sudah masak, segera terbalikkan & biarkan sejuk 30min - 1 jam baru keluarkan dari acuan. (Nadz sisipkan pisau di keliling loyang pada bahagian dalam untuk meregangkan kek dari tepi loyang sebelum terbalikkan loyang ke atas redai untuk mengeluarkan kek).


NOTA NADZ:
  • Nadz menggunakan loyang biasa 9". Jadi kek naik tak tinggi sangat. Kalau nak dapatkan kek yang lebih tinggi dengan menggunakan loyang biasa, gunakan loyang bersaiz 8".
  • Potong kek secara menggergaji iaitu menyorong pisau ke depan dan ke belakang sewaktu memotong untuk mendapatkan potongan yang cantik. 
  • Nadz lapikkan baking paper di dasar loyang tanpa disapu dengan minyak atau majerin sebelumnya.



SELAMAT MENCUBA!

Saturday 23 November 2013

KASWI DURIAN

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kaswi durian yang memang umphhh... Ini bergantung juga pada rasa durian yang digunakan ye. Kalau guna isi durian yang sedap rasanya, maka makin sedaplah rasa kaswi ni. Tapi bukanlah maknanya nak kena guna isi durian D24 atau durian musang king. Asal isi durian yang digunakan tu elok dan molek dari segi rupa, tekstur dan rasanya, bolehlah menjadikan kuih kaswi ni sedap. Terjumpa dan terlihat kaswi durian ni di blog kak Norlie Harumaini. Resepi asalnya dari kak Besah di My Resipi.

Kak Norli buat kaswi tu untuk dibawa sebagai juadah pada meeting rakan kenduri muafakat di tempatnya tinggal. Dapat pujian pula tu dari rakan-rakan kak Norlie di sana. Jadi dah jatuh hati pula Nadz ni nak mencubanya.

Sesungguhnya memang tak sia-sia mencuba kuih kaswi ni. Sedap you! Ada rasa lemak-lemak manis dalam kuih ni. Makan tanpa kelapa parut muda tu pun dah sedap. Nyummm...

Nadz kongsikan di sini pula resepi ni yer.


KASWI DURIAN

Bahan-bahan ( seloyang kcik jer ):
  • 1 cwn tpung gandum
  • 1 cwn tpung ubi
  • 2 1/3 cwn santan (1/2 cwn sntan pekat + air) * akak guna santan kotak
  • 1/2 cwn isi durian
  • 2/3 cwn gula pasir
  • 1/2 suduteh garam
  • 1/2 suduteh AIR KAPUR sireh
  • sedikit pewarna kuning telur
  • secawan kelapa parut putih + secubit garam (jika xnk cpt basi kukus 5 mnt)

Cara penyediaan :
  1. Panaskan air kukusan.
  2. Campur rata / sebati semua bahan. bleh blend jika suka. 
  3. Sapu sedikit minyak dlm loyang, pastu masukkan adunan. jgn tebal sangat, x best. lbehkurang 1 inci suku cukup. kukus 30 minit atau hingga masak.
  4. Bila sejuk, blehla dipotong & digaul bersama kelapa parut.
SELAMAT MENCUBA!

Friday 22 November 2013

KEK MARBLE SUSU (Chef Norzailina)

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak kongsikan resepi KEK MARBLE SUSU kepunyaan Chef Norzailina. Kek yang memang lembut dan sedap ni dah beberapa kali Nadz cuba. Memang menepati citarasa. Resepi ni pun rasanya memang sudah lama terkenal dan ramai juga yang telah mencubanya. Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba resepi ini, bolehlah mencubanya ye. InsyaAllah, tak kan menyesal.

KEK MARBLE SUSU
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
  • 250 g mentega
  • 230 g gula halus
  • 2 camca teh ovalette
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco
*Diayak bersama


Cara Penyediaan :

  1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
  2. Masukkan susu pekat dan gaul rata. Bubuh tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam acuan berukuran 22 cm yang telah dilengser dengan marjerin dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 C selama 30 - 35 minit. Keluarkan dan biar sejuk atas redai.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday 21 November 2013

SELAMAT TINGGAL DUNIA BLOGGER??, & MY 3rd PRINCESS

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali setelah sungguh lama Nadz menghilangkan diri dari dunia blogger. Nak tinggalkan terus dunia blogger??? Adakah itu keputusannya sekarang? Ohhhh...tidakkkkk. Sebenarnya rentetan dari episod mual-mual awal tahun 2013 ni berterusan dengan keadaan morning sickness dan bloating yang berlarutan hinggalah sampai saat sebelum melahirkan pada bulan Septermber 2013 yang lalu. Memang terbatas terus mood nak mengupdate blog. Malas je rasanya. Then, after deliver sibuk pula dengan si kecil Marissa Hasya. Tak juga mengupdate apa-apa di blog. Senang cerita, mengaku je lah; maaaaalassssss sebenarnya..hehe..heheeee. Anyway, untuk meninggalkan terus blog ni, mungkin bukan sekarang masanya. Sayang tau dengan dunia blogger ni serta kawan-kawan yang sealiran. Cuma untuk update entry di sini, mungkin semput sikit la buat masa ni.

Ok, sekarang nak perkenalkan my 3rd princess dalam family. 
MARISSA HASYA.. 
Lahir pada 18/9/2013..
Born with 3.1 kg weight..


Hasya : 0-1 month

Sekarang Hasya dah 2 bulan lebih. Alhamdulillah berat pun dan bertambah menjadi 5.3 kg. Membesar dengan sihat dan sempurna. 
Terima kasih ya Allah atas kurniaanMu yang amat membahagiakan aku sekeluarga. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dari mula mengandung (morning sickness dan bloating yang berlarutan hingga saat bersalin), bersalin (hampir-hampir perlu masuk OT) dan tempoh berpantang (sore nipple, tidur yang tak cukup, bp yang perlu dikawal rentetan preeclampsia masa mengandung dll). 

Menitis jugalah air mata ni sejurus selepas Hasya selamat dilahirkan dan menitis juga air mata ni semasa rasa begitu tertekan sewaktu dalam pantang. Maklumlah masa dalam pantang memang mood tak menentu. Bersalin pula bukan anak sulung, meanings ada anak-anak lain yang perlu diuruskan pada waktu yang sama. Berpantang pula sendiri tak ada yang menjaga. Tak ada makna rehat yang cukup sebenarnya. Semuanya perlu dilalui dan dihadapi dengan tabah setelah kurniaan Allah yang tidak ternilai diberikan sebagai pinjaman. Memang perlulah kita bersabar dengan dugaan-dugaannya.


Ok sampai di sini saja coretan kali ini. Terima kasih untuk kawan-kawan yang sentiasa bertanya khabar di Fb sepanjang tempoh Nadz mengandung hingga selamat bersalin walaupun tak aktif berblogging. Terima kasih juga atas doa-doa yang baik serta ucapan-ucapan tahniah yang tak terbalas. Saaaaaaayaaaang korang semua.
  
Hasya : 0-1 month

Hasya: 1++ months

Hasya : 2++ months
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...