Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 21 August 2013

3 TIERED WEDDING CAKE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Harapan dan doa Nadz semoga semua sahabat dan pengunjung blog ini sihat sejahtera hendaknya. Nadz juga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua rakan taulan dan pengunjung blog ini yang beragama Islam walaupun ucapan ini sedikit terlewat. Maklumlah, bulan Syawal pun dah masuk minggu ke 2 sekarang.

Just a quick update. Kek ini merupakan kek 3 tingkat yang Nadz buat atas tempahan Atiqah pada hari raya ke 7 baru-baru ni. Sekarang Atiqah merupakan isteri kepada adik ipar Nadz (BIL). So sekarang Atiqah juga merupakan biras Nadz..heheheee...


Disebabkan Nadz memang dah sarat sangat sekarang, jadi hiasan untuk kek pun tak dapatlah nak dibuat heavy sangat. Ini saja yang termampu. Lepaan krim pun tak begitu kemas. Maklumlah dah lama bercuti dari ambil tempahan kek sejak berbadan dua ni. Cadang dan niat hati tu konon-konon nak la membuat bunga-bunga ros berkelopak yang berdiri kat atas kek tu. Tapi memang tak mampu nak merealisasikan impian sendiri tu. Lagi pun Nadz belum begitu mahir untuk buat bunga-bunga ros yang berkelopak tu. Badan pula dah berat. Tak boleh nak berdiri dan mengadap kek lama-lama. Mau ada yang tersembam atas kek nanti...heheheee...

Red velvet cake 10"
Carrot cake 8"
Chocolate cake 6"
Chocolate cake cuppies saiz S
Deco : Buttercream as requested

Tema majlis adalah warna peach, putih dan pink. Tapi warna peach pada kek ni dah terover..hahahaa... Dah jadi warna oren pula. But pengantin puas hati je. Dan pengantin memang tak cerewet. Serahkan bulat-bulat je pada Nadz nak hias kek ni macam mana. Contoh gambar hiasan kek yang diberi pada Nadz pun lebih simple daripada yang Nadz siapkan ni. Syukur sangat-sangat. Tak rasa tertekan pun semasa menyiapkan kek ni walaupun inilah kali pertama membuat kek perkahwinan dan bertingkat pula tu.

Cuma untuk hiasan kek yang paling atas, Nadz tambahkan dengan bunga gumpaste sebagai hiasan untuk menaikkan seri kek ni. Bukan pengantin jer yang nak berseri kan...heheheee.. Kek kahwin ni pun perlu berseri juga. 

Resepi buttercream Nadz ambil dari blog Zack. Resepi ini Nadz kongsikan di sini pula untuk rujukan sendiri dan juga kawan-kawan yang lain.

RESEPI BUTTERCREAM 

Bahan-bahan :
  • 250 gm krimwell
  • 125 gm shortening (nak sedap ganti butter tapi nanti warna menjadi kuning dan lebih cair)
  • 125 gm gula aising, diayak (Zack cadangkan jenama Redman, icing halus je)
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara penyediaan :
  1. Pukul krimwell dengan shortening hingga sebati.
  2. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil dipukul. Masukkan esen vanilla. Pukul pada kelajuan medium, 15-20 minit. Pada 5 minit terakhir, slowkan speed. Pukul satu arah untuk buangkan bubbles besar.
  3. Boleh terus guna atau simpan dalam bekas bertutup.
NOTA ZACK :
  • Elakkan terlalu ghairah semasa memukul krim. Ini akan menyebabkan lebih banyak gelembung udara besar terhasil.
  • Untuk warna, boleh letak selepas buttercream selesai dipukul sebati. Masukkan pewarna sikit-sikit dahulu hingga mendapat warna yang diinginkan.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU MATA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...