Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday 29 June 2012

FONDANT CUPCAKES UNTUK HANTARAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ni merupakan entry tertunggak je ni ye. Gambar ni dah ada dalam folder berminggu-minggu lamanya. Cuma tak sempat nak dimasukkan ke dalam blog dan juga kerana terlupa..heheheee...


Kek cawan ni, Naz buat untuk hantaran seorang cumtomer. Keknya, dia request kek coklat lembap dan hiasannya dia minta menggunakan fondant. Bila dah dapat tempahan tu, otak ni asyik terfikir-fikir je nak buat hiasan macam mana pada cuppies tu nanti. Pelanggan Naz ni minta tema warna 'peach'. Puas juga cari-cari fondant yang warnanya peach tapi tak jumpa. Cari pewarna dengan warna peach juga tak ada. 

Jadi Naz terus terang je pada customer ni yang warna peach tak ada. Jadi customer Naz minta dibuatkan tema putih pula. Jadi sehari sebelum membuat cuppies ni, Naz cuba warnakan fondant putih dengan warna oren. Kemudian Naz cuba campurkan dengan sedikit warna kuning. Jadi, inilah hasil warna yang Naz dapat.

Untuk tapak fondant tu, Naz guna fondant yang Naz warnakan tadi, sementara hiasan bunganya Naz gunakan bunga gumpaste yang bewarna putih. Bunga-bunga hiasan tu, Naz beli bunga gumpaste yang dah siap dari kedai peralatan kek. Cuma bunga-bunga tu Naz lekatkan di atas cuppies tu jer,


Sebelum melekatkan tapak fondant, Naz sapukan sedikit krim mentega(buttercream) di permukaan kek cawan. Kemudian barulah tapak fondant yang telah dipotong menggunakan penerap bulat bergigi dilekatkan.


Bunga-bunga di atas ni pula, Naz lekatkan di atas tapak fondant menggunakan gam yang dibuat menggunakan sedikit fondant yang dicampurkan dengan sedikit air panas. Lenyek-lenyekkan jer fondant tu bersama air panas tadi sampai jadi cam kanji. Boleh juga melekatkan bunga-bunga ni menggunakan royal icing. 


Bila dah deliver pada customer ni, alhamdulillah dia berpuas hati. Risau juga hati ni sebab inilah first time ada orang request buatkan cuppies hantaran fondat untuk perkahwinan walaupun dah pernah buat cuppies fondant sebelum ini. Yang pernah Naz buat dulu tu untuk hantaran pertunangan sepupu. Lagi pun yang tu tak ada apa-apa tema. Buat jer sesedap rasa..hehehee..

 

Ok, untuk huruf bagi tulisan yang Naz buat tu (*bagi tau awal-awal. Nanti mesti ada orang tanya kan..heheheee), Naz beli pencetaknya secara online dari CUPPIES LINA.


Inilah rupa pencetak tu yer..
Cara menggunakan fondant cutter ni pula boleh rujuk dari video di bawah ni :


atau yang ni juga:



So enjoy those pictures! Daaa....

Wednesday 27 June 2012

TALAM SEKOTENG LAPIS PANDAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Kuih Talam Lapis Pandan ni Naz buat adaptasi daripada resepi Talam Sekoteng Chef Asma. Sekoteng yang dibeli di Melaka hari tu masih ada lagi. Boleh lihat di SINI atau di SINI ye pada sesiapa yang tak pernah melihat rupa sekoteng. Untuk resepi asal, boleh klik di sini: Talam Sekoteng Chef Asma.


Naz buat kuih talam ni dalam loyang bersaiz 7 inci X 7 inci. Puaslah kami anak beranak yang tak berapa ramai ni makan. Naz buat setengah adunan saja daripada resepi asal Talam Sekoteng Chef Asma, sebab kebiasaannya kuih-kuih talam ni kurang mendapat sambutan orang di rumah ni. Tapi, alhamdulillah tak sangka pula anak-anak suka kuih talam sekoteng ni. Mungkin kerana warnanya kot. Dapat pula beri beberapa potong sikit pada jiran. 


Ok, layan gambar pula sekarang ye. Tuan rumah kesuntukan masa dan ketandusan idea untuk mengarang panjang-panjang..hehehe...

  
TALAM SEKOTENG LAPIS PANDAN
ADAPTED FROM : Talam sekoteng Chef Asma

Saiz loyang 7 inci X 7 inci 

LAPISAN BAWAH: 
(warna hijau)
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
2 biji telur 
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
2 tsp pandan emulco + beberapa titis pewarna hijau

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan, tapis dan bahagi kepada dua bahagian sama banyak. Ketepikan satu bahagian untuk membuat lapisan atas nanti. Masak satu bahagian lagi di dalam periuk hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
  3. Kukus selama 15 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

LAPISAN TENGAH: 
(warna putih)
50 gm sekoteng (rebus & toskan)  
(boleh guna 1/2 saja daripada jumlah ni)

(*)
75 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
75 gm gula kastor
1/2 tsp garam

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 25 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

LAPISAN ATAS:
(warna hijau)
Masak hingga naik wap satu bahagian yang masih tinggal dari adunan lapisan bawah tadi. Tuang ke atas lapisan tengah dan kukus 20 minit. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday 23 June 2012

BLACK FOREST CAKE

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTRA.

Salam di pagi yang redup dan indah. Entry kali ini tentang kek Black Forest yang amat terkenal semasa mula-mula kemunculannya. Kek ini Naz buat menggunakan resepi kek span coklat aunty Yochana yang dah dimasukkan entrynya sebelum ini. 

Kek ni adalah tempahan dari seorang customer untuk birthday adik perempuannya yang tinggal di sekolah berasrama. Feed back dari penempah amat memberansangkan. Katanya kek ni sedap, cukup manisnya dan semua orang suka. Dan yang paling penting, birthday girl pun berkenan dengan kek ni. Katanya kek ni dia nak makan sorang jer. Tak nak share dengan kawan-kawannya di asrama..heheheee.. Alhamdulillah.. Bila customer berpuas hati dengan hasil air tangan kita, rasa lega sangat hati ni kan. Bukan apa, menurut customer Naz ni, adiknya selalu tak berkenan dengan kek-kek pilihannya. Customer Naz ni pula, memang gemar mencuba pelbagai kek dan suka memberi komen tentang kek yang dicubanya samada sedap atau tidak. Mau tak cuak dalam hati pembuat kek ni..hehehee.. Yelah, risau juga kalau kek yang kita usahakan tu, tak menepati citarasa penempah kan.


KEK BLACK FOREST
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
REFERENCE: Aku.Zack, Juwita Fariz and Family

Bahan-bahan:
  • 1 biji kek span coklat bersaiz 8 inci
  • Blueberry filling secukupnya
  • Dark pitted cherries (Naz guna buah peach dalam tin)
  • Parutan coklat
  • Chocolate rice secukupnya
  • Beberapa biji cherry merah bertangkai atau maraschino cherries
  • 300 gm-500 gm fresh cream, dipukul kaku (Naz guna non-dairy whipping cream seperti gambar di bawah)
Naz guna whipping cream ni tanpa menambah gula semasa memutar.
Memang dah sedang elok je manisnya.

Cara-cara menghias:

1.
Belah kek span coklat kepada 3 lapisan. Letakkan lapisan pertama di atas papan pengalas kek dan letakkan di atas meja menghias kek(yang boleh diputar-putar tu..)

2.
Sudukan atau paipkan fresh cream di atas kek dan ratakan menggunakan spatula.

3.
Susun buah peach di atas fresh cream yang diratakan. Kemudian paipkan blueberry filling di atasnya.
4.
Kemudian sudukan lagi sekali fresh cream dan ratakan dengan spatula. 

5.
Tutup lapisan filling dengan lapisan kek ke dua. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga lapisan kek ke tiga digunakan.
6.
Salut nipis keseluruhan kek dengan fresh cream untuk proses 'crumb coat'. Ini adalah untuk memerangkap habuk kek agar tidak naik ke atas permukaan kek sewaktu menyalut kek dengan fresh cream yang banyak. Seterusnya salut tebal keseluruhan kek dengan fresh cream dan ratakan. 
Seterusnya hiaslah kek anda mengikut kretiviti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan di atas tadi.

Dah siap!

Apa yang Naz tuliskan di sini adalah cara Naz menghias kek Black Forest ni untuk kali pertama mencubanya. Kalau digoogle dari internet, pelbagai cara hiasan lain lagi yang boleh kita lihat. Terpulang kepada masing-masing. Apa yang perhatikan, asas kek Black Forest ni ialah menggunakan kek span coklat dan juga fresh cream sebagai hiasannya. 

SELAMAT MENCUBA!

KEK SPAN COKLAT

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Hihihiii... Blog yang masih banyak sawang. Lama betul tak mengetuk papan kekunci untuk mengemaskini blog. Memang masa amat-amat terhad sekarang. Ditambah pula dengan kemalasan yang melanda. Satu kombinasi yang amat sempurna untuk tidak mengemaskini blog..hihihihiii....

Ok tanpa melengahkan masa yang sentiasa mencemburui setiap orang, Naz paparkan resepi kek span yang Naz tungkil dari blog Aunty Yochana. Erm..sesiapa yang tidak pernah mengunjungi blog Aunty Yochana ni, bolehlah klik pada link yang Naz beri tu yer. Pasti tak kecewa bila melihat semua hasil tangan Aunty Yochana ni. Sangat kreatif dan cantik semua sentuhannya.

Resepi kek span coklat ni sebenarnya ditulis dalam bahasa inggeris. Kebetulan Naz terjumpa pula resepi yang sama yang telah diterjemahkan ke bahasa ibunda kita di blog Zack(Aku.Zack). Jadi Naz salin jer dari blog Zack dengan sedikit ubah suai ayat yang Naz lakukan berdasarkan resepi asal dari Aunty Yochana.



KEK SPAN COKLAT
RECIPE BY : Aunty Yochana
REFERENCE : Zack (Aku.Zack)

Bahan-bahan A:
  • 3 biji kuning telur saiz A ATAU 4 biji kuning telur saiz B
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 50 gm minyak jagung
  • 1 tsp esen vanilla
~ Campurkan semua bahan di atas dan gaul rata menggunakan senduk kayu atau ballon whisk hingga sebati.

Bahan-bahan B:
  • 3 1/2 putih telur saiz A ATAU 4 1/2 putih telur saiz B (Naz guna 3 biji putih telur saiz A jer)
  • 1/4 tsp cream of tartar - optional (Naz tak guna)
  • 60 gm gula kastor
~ Dalam sebuah mangkuk yang bersih (pastikan tiada kesan minyak atau kuning telur), pukul putih telur bersama cream of tartar selama 2 minit hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga adunan bertanduk (adunan perlu menjadi ringan, gebu, putih dan bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak meleleh atau jatuh). Tapi jangan terlebih pukul.

Bahan-bahan C:
  • 30 gm serbuk koko
  • 120 gm air panas
~ Campurkan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan dan lapik loyang 8 atau 9 inci dengan kertas kalis minyak. Ketepikan. (Naz guna loyang 8 inci)
  2. Masukkan adunan C ke dalam mangkuk adunan A. Gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.
  3. Masukkan pula adunan putih telur (adunan B) ke dalam mangkuk di atas dan kaup balik menggunakan spatula perlahan-lahan. Jangan terlebih kacau! Nanti kek yang dimasak akan mengecut atau mendap. Kalau rasa macam dah lama mengaup balik tapi masih kelihatan putih telur yang belum sebati dengan adunan coklat, berhenti mengacau. Ini bermakna putih telur telah terlebih pukul di atas tadi. Tapi jangan risau, terus tuang adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya mengikut oven masing-masing.
  5. Sejukkan kek yang telah masak di atas redai.
**Naz buat kek ni untuk dihias menjadi kek Black Forest (dalam entry seterusnya).

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 20 June 2012

TALAM SEKOTENG


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Heheheeeeee... Aduhhhh..banyak sungguh sawang di blogku ini. Sebulan juga tak memasukkan sebarang entry ke dalam blog masak-masak ni. Okey, sebab faktor masa adalah antara sebab-sebab tak berkesempatan mengupdate blog, jadi tak mau membebel panjang-panjang. Kita terus sahaja cerita tentang sekoteng ini yang amat terkenal dek kerana namanya, rupanya dan juga rasanya.

Setelah puas mencari-cari sekoteng di daerah penetapan Naz di sini dan bertemu kegagalan serta kekecewaan, maka pada cuti sekolah yang baru berlalu 2 minggu lepas, Naz menerjah Bandaraya Bersejarah untuk menjayakan misi mencari sekoteng ni apabila pulang bercuti ke rumah ayahanda dan bonda di kampung. Memanglah confirmlah dapat kan... Almaklumlah sekoteng ni memang banyak dijual di Melaka. Cepat saja tangan ini merembat beberapa bungkus sekoteng ini untuk dibuat stok serta untuk seorang adik ni yang agak-agak mengidamkan sekoteng ni..heheheeee...

 Sekoteng ni dijual dalam bentuk yang telah dibungkus cam ni.
Dalam misi mencari sekoteng ni, Naz siap bawa gambar sekali (dalam telefon bimbit). Sebabnya dalam misi pencarian sebelum ni, kalau tanya "Ada jual sekoteng tak?", mesti pekedai tu terpinga-pinga sambil mengerutkan kening. Jadi bila dah bawa gambar terus je tunjuk pada pekedai tu masa bertanya. Di gerai yang Naz beli ni, pekedai tu memanggil sekoteng dengan nama lain iaitu ' Cha cha sagu' dan pekedai tu pun tau nama asalnya 'sekoteng'. Kedai yang Naz pergi ni terletak di Bandar Hilir, Melaka.

 Inilah rupa sekoteng yang menjadi sebutan tu. Di gerai tempat Naz beli sekoteng ni, orang yang menjual di situ memanggil sekoteng ini 'Cha cha sagu'.
Ok, habis cerita pasal sekoteng ni, sekarang nak tayang gambar Talam Sekoteng yang sungguh comel dengan warna merah jambu. Memang sedap talam ni. Lembut, ada rasa lemak bercampur dengan rasa rose yang berbau wangi dan sedang elok je manisnya. Terima kasih pada Chef Asma yang mencipta resepi dan juga terima kasih pada semua kawan-kawan yang memanjangkan resepi ini untuk dicuba barsama.


Naz rujuk resepi ni dari blog Kak Am-flora. Naz cuma buat 1/2 adunan saja dan kukus dalam loyang bersaiz 6"X6".

TALAM SEKOTENG
RECIPE BY: Chef Asma
SOURCE: Am-flora@serojakitchen
TRIED & TESTED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

LAPISAN BAWAH:
(Adunan penuh):
50 gm sekoteng (rebus & toskan)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)

(*)
150 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
150 gm gula kastor
1 tsp garam

(1/2 adunan):
25 gm sekoteng (rebus & toskan) (Naz guna 50 gm sekoteng-biar nampak banyak dalam lapisan ni)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)

(*)
75 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
75 gm gula kastor
1/2 tsp garam

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

LAPISAN ATAS:
(Adunan penuh):
150 gm tepung gandum
300 gm gula kastor
5/3/2 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp perisa rose


(1/2 adunan):
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
1-3 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
3/4 tsp perisa rose  (Naz guna 3/4 tsp esen rose dan beberapa titis pewarna pink)

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah. (Naz cakar sikit permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu sebelum menuang adunan ini).
  3. Kukus selama 30 minit.
*Guna loyang 10"X10"X2"@3" untuk adunan penuh.
*Naz guna loyang 6"X6" untuk 1/2 adunan yang dibuat.


SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...