Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, April 30, 2012

APAM DOT DOT (Resepi Mamasya)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

"Sekejap ada, tiba-tiba tiada..". Apa jawapannya????? Itulah apam dot dot.. Sekejap ada di atas meja, tiba-tiba dah hilang dari meja... Masuk ke perut ler..heheheh

Apam dot dot ni dibuat untuk anakanda Haris bawa ke sekolah untuk jamuan sewaktu kelas Fardhu Ain nya. Teruja untuk mencuba apam dot dot resepi daripada Mamasya ni sebab resepinya menggunakan ukuran cawan. Naz memang suka sangat dengan resepi yang menggunakan ukuran cawan metrik ni. Tak perlu nak keluarkan penimbang dari almari.


Untuk intinya, Naz menggunakan inti kacang merah dan juga jem sri kaya untuk sapuan roti tu. Sebelum memulakan projek, inti kacang merah ni, Naz bulat-bulatkan menjadi bebola-bebola kecil agar mudah digunakan nanti. Manakala untuk jem sri kaya yang digunakan, Naz masukkan ke dalam beg plastik dan akan digunting hujungnya bila tiba masa untuk digunakan. 

Inti kacang merah yang dijadikan bebola kecil..

Jem sri kaya siap untuk dipaipkan..
Kalau dilihat di dalam resepi, tepung yang digunakan ialah tepung naik sendiri(self raising flour). Tapi oleh kerana tepung ni tiada dalam simpanan, Naz gunakan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik untuk menggantikannya. Nisbah penggunaan tepung gandum kepada serbuk penaik ialah - 1 cawan tepung : 2 tsp serbuk penaik. Untuk sumber rujukan ini boleh klik di SINI.

 Apam dot dot dengan inti kacang merah..

 Apam dot dot dengan inti sri kaya..

Ermm.. memang kena dengan selera Naz, memang sedap apam resepi Mamasya ni. Dulu pernah buat resepi lain tapi rasanya Naz lebih suka tekstur apam dari resepi ni. Naz kongsikan di sini pula yer. Naz oleh sedikit cara penyampaian resepi ni di bawah. Untuk melihat hasil dan resepi asal dari Mamasya, boleh klik pada link yang Naz sertakan di bawah.

APAM DOT DOT (Mamasya)
RECIPE BY : Dapur Mamasya

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur (Naz guna yang sejuk dari peti ais)
  • 1 cawan gula 
  • 1 tsp ovallete
  • 2 tsp esen vanilla
  • 1 cawan susu segar
  • 2 cawan tepung naik sendiri /self raising flour (Naz guna 2 cawan tepung gandum + 4 tsp baking powder,  SINI rujukannya) - ayak
  • Beberapa jenis pewarna kegemaran
  • Jem atau filling kesukaan 


Cara penyediaan :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
  3. Masukkan susu segar dan gaul sebati. (Naz gaul guna mixer jer).
  4. Masukkan tepung dan sebatikan. (Naz guna mixer juga utk sebatikan).
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran. Masukkan ke dalam piping bag atau beg plastik biasa untuk memudahkan kerja-kerja mengisi adunan ke dalam cawan kertas.
  6. Letakkan cawan kertas ke dalam acuan yang bersesuaian seperti acuan lompang atau acuan tart.
  7. Paipkan adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh. Masukkan inti atau filling dan kemudian pancitkan lagi adunan hingga penuh. Hiaskan dot-dot di permukaan adunan tadi mengikut kreativiti masing-masing.
  8. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana. Balut tutup kukusan untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke atas apam. 
NOTA NAZ :
  • Waktu mengukus bergantung juga kepada saiz apam. Naz menggunakan cawan kertas yang paling kecil yang biasa orang guna untuk buat biskut raya macam cornflakes madu tu. Waktu mengukus cuma lebih kurang 5 minit sahaja.
  • Sedap apam resepi Mamasya ni. Lembut dan masih gebu walaupun telah sejuk. 
  • Pastikan mengukus menggunakan api sederhana. Api yang kuat akan menghasilkan apam yang mekar di permukaannya (apam yang merekah). Api yang terlalu kecil pula akan menyebabkan apam bantat.
Paipkan sehingga separuh cawan kertas, masukkan inti.

 Paipkan lagi adunan hingga penuh dan menutupi inti.
Kemudian buat dot dot di permukaan adunan tadi.

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, April 26, 2012

BROWNIES COKLAT KUKUS dan CERITA DI SEBALIKNYA


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Sedang cuba mengupdate walaupun mata sudah agak layu dan nak terlelap dah ni (*dah pukul 12.08 am pun sekarang). Ermmm...macam ketandusan idea pula bila nak mula mengarang ni. Macam banyak perkara nak ditulis di sini tapi tak tau nak dimulakan dari mana. Errrr..sorry.. Nak tidur dululah. heheheheee..Kot-kot la dapat idea dalam mimpi nanti..hehehehe..Good night!..
zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

******************************************************

Assallamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi. Ok, nak sambung karangan malam tadi yang tak habis dibuat.

Terpanggil untuk membuat brownies coklat kukus ni bila terlihat di wall fb gambarnya yang sungguh menggiurkan. Dengan topping coklat yang meleleh di bahagian tepinya, seolah-olah melambai-lambai dan berkata-kata brownies tu, "Buatlah saya..buatlah saya.. Anda pasti tak kan kecewa..^_^".

Cream cheese frosting di bahagian tengah dan juga di bahagian atas brownies.

Jadi terus je lah salin resepi dan buat. Bila dah dibuat memang brownies coklat kukus ni begitu sedap sekali. Penuh dengan rasa coklatnya, dan sungguh lembap di bahagian dalamnya. Naz kukuskan brownies ni di dalam loyang dan juga di dalam bekas kecil-kecil. Yang dalam bekas kecil-kecil tu dah habis tak sempat snap gambar. Jadi yang dah make-up dalam gambar yang ada ni, adalah hasil dari mengukus di dalam loyang. Ni diberi kepada adik ipar. Sebab tu tak ada gambar yang dah dipotong yer.


Ermm..lihatlah bahagian dalamnya yang sungguh moist..

Uihhh..ponat dah akak membebel hari ni. Jomlah tengok resepinya. (Resepi di bawah ni, Naz oleh sikit cara penyampaiannya. Boleh rujuk link yang disertakan untuk melihat cara resepi asal ditulis).

BROWNIES COKLAT KUKUS
RECIPE BY : Kak Fida @myresipi
TESTED BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :

  • 200 gm mentega/ majerin (3/4 cawan + 1 sb penuh)
  • 200 gm dark choc (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
  • 170 gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)
  • 30 gm serbuk koko (1/4 cawan rata)
  • 4 biji telur
  • 170 gm gula halus (1/2 cawan rata + 3 sb rata) -Naz guna gula perang

 Cara penyediaannya :

  1. Cairkan mentega dan coklat secara double boiler. Kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Tepung dan koko diayak bersama.
  3. Pukul telur dan gula hingga kembang di dalam mangkuk pengadun.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dengan spatula.
  5. Masukkan pula campuran coklat dan gaul lagi hingga rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 minit.
  7. Sejukkan brownies dan hias ikut suka.
Naz gunakan cream cheese frosting yang ada dalam peti ais untuk melapis brownies dan juga sebagai topping di bahagian atasnya.


SELAMAT MENCUBA!

Monday, April 23, 2012

PISANG SIRA aka PISANG AIR GULA



ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Harap semua rakan-rakan dan pengunjung blog ni sihat walafiat hendaknya. 
Semalam MIL Naz bagi pisang nangka. Adalah dalam 1 1/2 sisir. Yang 1/2 sisir pisang tu dah masak sikit. Jadi tengah terfikir-fikir nak buat apa dengan pisang tu, encik hubby bagi cadangan, "Sira je lah". Ermm...betul juga. Buat pisang sira bukannya susah pun. Bahan-bahan pun confirm ada je di dapur. 


Jadi projekkan je lah pisang tu pagi tadi. Pisang sira ni merupakan sejenis pencuci mulut yang terkenal di daerah Pantai Timur. Sebelum Naz tinggal di sini dulu, memang tak pernah makan pisang sira ni. Lepas tinggal di sini, barulah tau wujudnya sejenis dessert dengan nama Pisang Sira. Amat terkenal terutamanya di bulan Ramadhan. Tapi kalau di Pasar Siti Khadijah tu, tak payah tunggu bulan Ramadhan pun memang sentiasa ada jer orang yang menjualnya.

Untuk membuat pisang sira ni, lebih sesuai menggunakan pisang nangka atau pisang raja. Sebabnya, kedua jenis pisang ni, sedikit keras isinya. Jadi bila direbus dalam air gula tu, tak lah ia benyek sangat. Errrr...paham ker apa 'benyek' tu?? Hehehe..maksudnya lembik sangat lah... Walau bagaimana pun, ada juga orang yang menggunakan pisang jenis lain seperti pisang lemak manis untuk membuat pisang sira ni. Tau ker pisang lemak manis cam ne rupanya?? Rupa pisang lemak manis ni seakan-akan pisang emas. Apa????? Rupa pisang emas pun tak kenal??? Ala...pisang emas tu rupanya seakan-akan pisang lemak manis lah..hihihihi... Ok kalau tak tau tak pe. Try google image pisang-pisang ni di internet yer.


PISANG SIRA aka PISANG AIR GULA

Bahan-bahan :
  • 5 biji pisang nangka
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun pandan
  • Setitis pewarna kuning sekiranya suka

Cara menyediakannya :
  1. Masak gula bersama air di dalam periuk. Masukkan juga daun pandan bersama. Biar sehingga menggelegak dan gula larut.
  2. Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
  3. Kecilkan api dapur. Titiskan setitis pewarna kuning dan masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang. Pewarna ni kalau tak nak letak pun tak apa. 
  4. Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk. Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Sebenarnya resepi pisang sira ni, tak ada yang standart. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau suka makan pisang sira dengan air gulanya yang banyak, tambahkan lagi air dan juga gulanya. Kalau suka air gulanya sedikit likat, perlulah lebihkan gula..(*jangan jadikan kebiasaan tau! Nanti kena diabetes pula).

Kalau part bahan rempah tu, iaitu bunga cengkih dan bunga lawang, boleh adjust ikut selera masing-masing juga. Mungkin ada orang yang suka bau rempah-rempah ni. Ada juga yang lebih suka menikmati pisang sira yang plain jer tanpa bau dari bunga cengkih dan juga bunga lawang tu. Jadi adjustlah sama ada nak letak banyak atau sikit bunga-bunga tu atau tak nak letak langsung pun buleh. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera. Ok bye!

SELAMAT MENCUBA!

Friday, April 20, 2012

APAM PISANG


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Apam pisang yang amat mudah dan ringkas cara menyediakannya. Naz terjumpa resepi apam pisang ni di My Resipi oleh Along Roz yang kini telah ada blognya sendiri iaitu HomeKreation - Kitchen Corner.

Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan pagi. Resepi asal dari Along adalah dengan kuantiti yang lebih banyak tapi Naz cuma buat 1/2 adunan dan tambah lagi kuantiti penggunaan pisang di dalam resepi. Naz juga masukkan sedikit esen vanilla.


Sungguh tidak mengecewakan hasil apam pisang ni. Selepas dikukus memang elok sangat naiknya. Buncit-buncit kejadiannya. Lembut dan gebu pula teksturenya. Kalau buat lagi lepas ni, Naz nak gunakan gula perang pula untuk menggantikan gula pasir putih yang digunakan agar warna apam nanti lebih gelap. 


Jadi resepi boleh rujuk di bawah. Untuk resepi asal dari Along Roz, sila klik pada link yang telah Naz sertakan.

APAM PISANG
ORIGINAL RECIPE BY : AlongRoz @myresipi
ALTER & TESTED BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula putih atau gula perang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 1/2 tsp baking powder 
  • 4 biji pisang - dilenyek (Naz guna pisang berangan)
  • Secubit garam
  • 1 tsp esen vanilla


Cara penyediaan :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan pisang, esen vanilla dan garam. Gaul sebati.
  4. Sapu minyak pada loyang atau acuan kecil dan tuang adunan. Kukus 45 minit untuk adunan di dalam loyang atau 15 minit untuk adunan di dalam acuan-acuan kecil.
  5. Hidangkan bersama kelapa muda parut atau boleh dinikmati begitu sahaja.

SELAMAT MENCUBA! 

Thursday, April 19, 2012

BANANA CARROT CAKE (KEK PISANG LOBAK MERAH)

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

"MASA ITU EMAS". Ha..ha..ha.. tetiba je keluar peribahasa ni kan. Mana tidaknya. Rutin harian dengan masa 24 jam sehari tu macam tak cukup je. Macam-macam urusan yang perlu dilakukan. Dulu masa mula-mula resign dari kerja, dalam hati gembira berkata, "Nanti bolehlah relaks-relaks dan meluangkan masa untuk anak-anak serta merempit tengok blog orang. 

Tapi bila dah resign bukan boleh goyang-goyang kaki je. Nak merempit ke blog orang pun kadang-kadang tak sempat. Memang banyak dapat luangkan masa untuk anak-anak tapi bukan luang masa untuk bersantai-santai. Luang masa tengok kerja sekolah mereka. Luang masa jadi guru mereka. Luang masa jadi ustazah mereka dan macam-macam lagilah. Kalau bab tugas azali sebagai seorang ibu tu, tak payah tunggu masa terluang pun memang perlu dilaksanakan. 

Konon-konon nak bersantai-santai macam masa anak baru sorang dan baby lagi dulu. Mana boleh disamakan dgn anak-anak yang dah bersekolah ni. Lebih-lebih lagi persekolah zaman sekarang ni bukannya sama macam masa Naz bersekolah dulu..hehehe.. Anyway, bak slogan HaSue untuk blognya : "I love my life", of course I also love my life walaupun terpaksa berkejaran ke sana dan ke mari demi anak-anak tercinta**boleh kurus kot kalau hari-hari kena berkejar-kejaran ni..heheheh...


Okey, tamatkan sesi merapu itu. Kita terus kepada resepi kek pisang + lobak merah ni. 
Resepi kek pisang ni sebenarnya dari resepi kek pisang Naz dulu, cuma Naz ubah suai mengikut keperluan untuk digandingkan dengan carrot tu. Bila dilihat balik memang dah tak sama langsung dah resepinya. Banyak pula bahan tambahan lain dalam resepi ni..heheheh.. Dan lagi satu, Naz memang suka menggunakan sukatan 'cawan' di dalam resepi dan 'cawan' yang Naz guna ini pula adalah cawan metrik untuk menyukat tu. So kalau dalam blog ni ada sukatan cawan tu, memang cawan sukatan metrik tu lah yang Naz gunakan, ok..



BANANA CARROT CAKE (KEK PISANG LOBAK MERAH)

Bahan-bahan A :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1/2 tsp soda bikarbonat - ayak
  • 1 tsp serbuk penaik - ayak
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis 
  • 1/4 tsp serbuk buah pala
Bahan-bahan B :
  • 1/2 cawan minyak jagung 
  • 3/4 cawan gula kastor atau gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan-bahan C :
  • 1/2 cawan pisang yang dilenyek
  • 2 cawan lobak merah yang diparut 
  • 1/2 cawan raisin/ kismis - gaul dengan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan raisin mendap ke dasar kek sewaktu pembakaran

Cara menyediakan :
  1. Campurkan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan dan kaup balik menggunakan spatula.
  4. Masukkan pisang lenyek dan parutan lobak merah. Gaul sebati. Masukkan pula raisin dan gaul rata.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yang dilapik dengan kertas kalis minyak.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 45 minit - 1 jam mengikut oven masing-masing. Guna api atas dan bawah yer.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, April 18, 2012

DAGING MASAK MERAH


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Tuan dapur COSK memang amat-amat sibuk sekarang. Jadi untuk kerap bersiaran agak terbatas sikit. Minta maaf banyak-banyak. 

Ok, kita terus kepada resepi. Daging masak merah ni, biasa Naz buat ada beberapa versi. Ini versi yang tak pedas sebenarnya. Mudah sebab cuma guna beberapa jenis sos sahaja di dalam resepi. Biasanya kalau makan di gerai makan di sini, lebih kurang beginilah rupa daging masak merahnya. 

Mula-mula makan daging masak merah ni dulu, Naz tertanya-tanya kenapalah dagingnya begitu merah. Rupa-rupanya daging ni direbus dulu di dalam air yang dititiskan pewarna merah dan kemudiannya dihiris-hiris nipis. Cara memasak daging ni menjadi lauk daging masak merah macam biasa je.

Jadi marilah bawa pinggan berisi nasi masing-masing untuk makan bersama Naz yer..hehehee..

DAGING MASAK MERAH
OLEH : Naz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
  • 500 gm daging 
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit air rebusan daging sekiranya suka
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili thai atau sos pencicah
  • 2 inci halia - hiris halus
  • 1 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 biji cili padi - diketuk (boleh diganti dengan cili merah atau hijau yang dihiris)
  • Minyak masak
  • Garam 

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan daging dan buang lemak-lemak yang jelas kelihatan. Cuci bersih dan kemudian lumurkan daging dengan 1-2 sudu besar tepung gandum dan perap selama 10 minit untuk menghilangkan hanyir daging. Kemudian cuci bersih.
  2. Rebus daging sehingga empuk di dalam air yang dititiskan pewarna merah. Setelah empuk, toskan daging. Hiris daging nipis-nipis. 
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan juga serai. Biar hingga semua bahan layu.
  4. Masukkan semua sos yang digunakan. Kacau rata. (Bab sos ni, kuantitinya boleh jer nak adjust ikut kesukaan sendiri).
  5. Masukkan daging yang telah dihiris tadi bersama cili padi ketuk dan juga daun limau purut. Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya suka lauk yang sedikit basah.
  6. Gaul rata dan biar seketika di atas api dapur. Rasakan garamnya. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar sekiranya suka.
NOTA : Daging di atas tu, selepas dihiris Naz goreng sebentar supaya ia sedikit kering. Goreng tak pakai minyak yang banyak atau penuh pun. Just gaul-gaul dan balik-balikkan kejap daging tu dalam kuali yang ada sedikit minyak sebab daging tu memang dah empuk dan masak. Then minyak bekas goreng daging tu, gunakan untuk menumis bahan-bahan tumis. Sebab tu kaler merah pada daging tu lagi menyerlah. Nanti bila ada post resepi daging masak merah ni lagi, Naz upload gambar yang dagingnya tak digoreng dulu sebelum masak lauk ni ok!

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, April 11, 2012

BISKUT NESTUM RANGUP (CRUNCHY NESTUM COOKIES)


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Misi untuk menghabiskan nestum dalam stok masih lagi diteruskan. Kali ini, nestum ini Naz gunakan untuk membuat biskut. Resepi pandai-pandai sendiri je ni. Alhamdulillah menjadi. Ye la..Kalau tak jadi tak kanlah ada entry biskut ni dalam blog ni kan..hehehe..

Tapi memang best sangat bila dah dibakar biskut ni. Rangup je. Rasa bijirin nestum tu memang sedap di dalam biskut dan juga di luar biskut. Memang satu pilihan yang tepat menggunakan bijirin nestum di dalam adunan biskut ni. Penuh dengan rasa nestum.

Hi..hi..hiii.. Tengoklah, penutup balang biskut pun tuan dapur COSK 
guna untuk posingkan biskutnya..^_^. Macam dah tak ada bekas lain..


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil
1. Golekkan bebola ke dalam bijirin nestum.
2. Susun di atas dulang pembakar.
3. Tekan bebola dengan garfu dan kemudian tekan potongan ceri di atasnya.
4. Biskut yang telah dibakar. 


Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA NAZ :
  • Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
  • Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja. 
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, April 10, 2012

NESTUM RAINBOW CAKE (KEK PELANGI NESTUM)


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Sihat ke semua??? Harap-harap begitulah hendaknya. Tapi kalau tak sihat tu, jangan mengeluh tau! Sabar dan makan ubat cepat-cepat. Biar cepat sembuh sakitnya.

Ok, hari ni tuan dapur COSK nak kongsikan resepi kek yang menggunakan Nestum sebagai salah satu bahannya. Ini kes nak menghabiskan nestumlah ni. Hari tu baru jer buat Bingka Nestum Pandan Crunchy. Hari ni keluar pula Kek Pelangi Nestum dengan harapan cepatlah habis stok nestum di dapur tu tapi masih tak habis juga lagi ni. Ermm..nak kena cari resepi lain yang menggunakan nestum lagilah nampaknya selepas ni.


Oleh kerana tuan dapur COSK banyak lagi kerja rumah yang menanti, jadi dipercepatkanlah saja penulisan resepinya. Resepi di bawah, Naz oleh sedikit cara penyampaiannya. Untuk melihat yang asal, boleh klik pada link yang disertakan di bawah.


NESTUM RAINBOW CAKE (KEK PELANGI NESTUM)
RECIPE BY : Nestle

Bahan-bahan :
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1 1/2 cawan NESTUM Original (Naz kisar jadi halus)
  • 250 gm mentega atau marjerin (Naz guna mentega/butter)
  • 150 gm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 200 gm susu pekat manis 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 jenis pewarna makanan (Naz guna 4 pewarna..hehehe)

Cara Menyediakan :
  1. Ayak tepung. Masukkan serbuk badam dan NESTUM. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun, krim mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul rata.
  3. Masukkan bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan dengan warna yang berbeza.
  4. Panaskan kukusan. Lengser loyang dengan minyak masak atau majerin dan alas dengan kertas kalis minyak.
  5. Sendukkan 1/2 adunan dengan warna pertama dan ratakan. Kukus 10 minit.
  6. Senduk pula 1/2 adunan dengan warna ke 2 dan ratakan. Kukus 5 minit. Buat begini berselang seli warna adunan dan kukus pada setiap lapisan selama 5 minit. Buat sehingga semua adunan digunakan.
  7. Untuk lapisan terakhir, kukus kek selama 15 minit.
  8. Setelah siap dikukus, biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Kalau rajin, buatlah banyak-banyak lapisan. Mesti cantik kek ni. Naz kukus sekali gus jer untuk setiap warna tu. Jadi setiap warna ada satu lapisan jer. Ni kes nak cepat siap..huhuhuhuu.. Next time ler buat banyak-banyak lapisan..hehehe..itupun kalau rajin..hahahaha...

Dari segi rasa, kek ni rsanya lebih kurang macam kek lapis asam kukus yang popular tu. Cuma pada tekak dan lidah Naz, kek ini macam terlebih rasa butternya. Mungkin boleh dikurangkan kuantiti butternya next time atau boleh ditambah sedikit lagi kuantiti tepung dan juga nestumnya. Apa-apa pun, ikut tekak masing-masinglah yer...


SELAMAT MENCUBA! 

Sunday, April 8, 2012

CARROT CAKE (KEK LOBAK MERAH)


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Bersua kembali pada hari yang diharapkan meninggalkan memori indah dalam kehidupan kita dengan izin Allah SWT hendaknya..Aminnnn..

Lama sungguh dah teringin untuk mencuba kek lobak merah resepi dari newbie123@myresipi ni. Tapi asal nak mencuba je, mesti stok lobak merah dalam peti sejuk dah habis. Jadi bila dah beli jer stok lobak merah tu, terus je buat kek ni sebelum tertunda lagi niat di hati.. Memang lama betul mengidam nak buat kek ni setelah membaca review-review yang sungguh memberangsangkan tentang kek ini di my resepi.

Kek carrot sebelum tepek cream cheese frosting..

Kek carrot selepas dimake-up sikit..

Resepi dituliskan di bawah. Cuma Naz oleh sedikit cara penyampaian resepi ini untuk pemahaman Naz sendiri. Untuk penulisan asal resepi ini, boleh rujuk pada link yang disertakan di bawah.

CARROT CAKE
RESEPI OLEH : newbie123@myresipi

Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan parutan carrot (Naz letak 3 cawan parutan carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (Naz cuma guna 1/2 sudu teh)
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) (Naz cuma guna 1/2 sudu teh)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang (Naz gantikan dengan raisin)
Cara menyediakan :
  1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek. 
  6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak.

Kek ini Naz sapukan permukaanya dengan cream cheese frosting lebihan buat RVC dulu. Then replika-replika lobak merah yang kecil-kecil di atas kek tu, Naz buat guna fondant yang masih berbaki setelah  membuat cuppies hantaran sepupu dan juga hiasan kek oren kisar (blended orange cake) hari tu. Anyway, sebenarnya, fondant ni tak sesuai diletakkan pada kek yang perlu disimpan ke dalam peti sejuk kerana fondant ni akan berpeluh-peluh atau melekit bila dikeluarkan dari peti nanti. Tapi sebab nak perabis fondant yang ada, bantai jer la labuuuu... Lagi pun kami anak beranak jer yang makan kek ni...hehehhe..

NOTA NAZ :
  • Kek yang sungguh sedap. Teksture yang lembab dan lembut. Anakanda Maisarah Hani yang kecil tu pun suka kek ni.
  • Untuk serbuk kayu manis dan serbuk buah pala tu, Naz kurangkan penggunaannya sebab risau anak-anak tak suka. Still ada baunya walaupun telah dikurangkan dan anak-anak suka jer..
  • Sekiranya menggantikan kekacang dengan raisin, Naz rasa perlu digaulkan dahulu dengan sedikit tepung untuk mengelakkan raisin mendap ke dasar kek ketika pembakaran seperti yang terjadi pada Naz.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, April 6, 2012

BERKONGSI RESEPI DI MAJALAH ETERNITY APRIL 2012

Klik pada gambar di atas untuk akses ke majalah Eternity ini..

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salam di pagi Jumaat dan semoga semuanya ceria selalu. Entry ringkas jer hari ni.

Tentunya ramai yang telah maklum tentang majalah Eternity yang boleh dilayari dan dibaca secara online ni kan. Majalah ini boleh dilayari dan dibaca secara percuma tau! TAPI INGAT! INI MAJALAH ONLINE YER. JADI JANGAN ADA PULA YANG CARI-CARI MAJALAH NI DI KEDAI-KEDAI PULA. CONFIRMLAH TAK JUMPA..HEHEHE..

Tahniah kepada Syarikat Media Glam Sdn. Bhd atas usaha menyedia dan mengedar bahan bacaan terbitan secara elektronik/digital kepada masyarakat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga majalah Eernity yang memberi peluang kepada blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN ini untuk menyumbang dan berkongsi 4 resepi di dalam ruangan resepi sekaligus memberi peluang turut serta mewarnai 4 halaman (ms: 44-47) di dalam majalah online ini pada keluaran April 2012.  Alhamdulillah.. Naz sangat bersyukur dapat berkongsi resepi yang tentunya ilmu ini milik yang abadi iaitu ALLAH SWT.

4 resepi yang dikongsi bersama adalah :



 


JADI SELAMAT MEMBACA!


NI PULA BUNGA-BUNGA TULIP DARI NIEZA NUN JAUH DI FINLAND SEMPENA ULANGTAHUN BLOGNYA YANG KE 2. TAHNIAH NIEZA... TQ JUGA KERANA SUDI BERKAWAN DENGAN AKAK DAN MENGHADIAHKAN POSKAD NI..

Wednesday, April 4, 2012

BIHUN GORENG TOM YAM


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Menu bihun yang amat simple jer. Masak pun ikut bahan-bahan yang memang ada di dapur je. Jadi sila-silalah sesiapa yang sudi ye. Lebih sedap kalau ada udang atau sotong segar. Sebab masa buat bihun goreng ni yang ada cuma daging lembu, jadi itu jer la yang dimasukkan ke dalam bihun goreng tom yanm ni.

BIHUN GORENG TOM YAM

Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus bihun (200 gm)- rendam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji bawang merah*  
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering - direndam seketika dan toskan* (* ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini) - ditumbuk atau diketuk sahaja*
  • Sedikit isi ayam yang dipotong dadu atau daging lembu yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar tom yam paste ATAU 1 kiub tom yam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut - dicarik
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang dan nipis
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga naik baunya.
  2. Masukkan daging atau isi ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, lobak merah dan daun limau putut. Kacau rata.
  4. Masukkan air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati.
  5. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, April 3, 2012

SINGGANG IKAN KEMBUNG


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Menu ikan kembung singgang jer hari ni. Nak masak yang versi pedas macam asam rebus tu, nanti anak-anak tak boleh makan pula. Malas pula rasa nak masak lauk yang lain. Jadi masak aja la singgang ni. Ada cili padi yang direbus sekali tu, kalau nak pedas bolehlah ditenyeh dalam pinggan nasi nanti.

Resepi yang sangat mudah. Semua bahan direbus jer. Kalau di Kelantan, singgang ikannya tak letak kunyit. Warnanya nanti jernih saja. Macam Naz dah biasa letak samada kunyit hidup atau serbuk kunyit biar bewarna kuning kuahnya.

SINGGANG IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan :
  • 3 ekor ikan kembung - disiang dan dibersihkan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 inci lengkuas -dihiris atau boleh diketuk sahaja
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 biji cili padi
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula - untuk seimbangkan rasanya sekiranya perlu

Cara-cara :
  1. Masukkan air dan semua bahan lain ke dalam periuk kecuali ikan, garam, gula dan cili padi. Rebus hingga mendidih.
  2. Kecilkan api dan masukkan ikan, garam, gula dan cili padi. Reneh hingga ikan masak. Rasakan kuahnya biar terasa masin dan masamnya.
  3. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, April 2, 2012

BLENDED ORANGE FONDANT CAKE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ermm..demam blended orange cake dah lama berlalu rasanya tapi tuan dapur COSK ni baru jer mencubanya. Lambat mencubanya bukan kerana cara penyediaan yang rumit. Cara penyediaan kek ini amat mudah sangat. Cuma Naz je yang sedikit risau sekiranya hasil kek Naz nanti rasanya sedikit pahit dan tak sesedap yang orang lain buat. 


Tapi kalau tidak dicuba, bagaimana nak tau hasil dan rasanya kan. So, here is my first blended orange cake and also my first fondant cake. Kebetulan masih ada fondant yang berlebihan setelah menghias cuppies hantaran sepupu hari tu, jadi Naz ambil kesempatan untuk cuba menghias kek oren ini dengan fondant tersebut. 


Resepi asal kek yang terkenal ini datangnya daripada kak Fida@myresipi. Jadi untuk melihat resepi asal dan juga hasil daripada kak Fida, silalah klik pada link yang disertakan di bawah ye. Terima kasih kak Fida! Naz kongsikan di sini pula ye!

BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan :
  • 1 biji buah limau (Naz guna limau sunquick yang tiada biji)
  • 1 cawan minyak (Naz guna minyak jagung)
  • 2 cawan gula halus (Naz guna 1 cawan sahaja)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 Tbsp baking powder * (* ayak bersama) 
  • Beberpa titis pewarna oren (Naz tambah sendiri)


Cara-cara :
  1. Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. 
  2. Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 40 minit-1 jam atau sehingga masak.
NOTA NAZ :
  • Adunan kek ini Naz bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal manakala 2 adunan lagi diwarnakan dengan warna oren pada tona warna yang berbeza. Naz bakar adunan kek ni dalam 3 loyang yang berlainan tetapi sama saiznya (loyang checkerboard) untuk mendapatkan 3 lapisan kek yang berbeza tona warnanya.
  • Kek ini naik tinggi juga hasilnya walaupun tidak dipukul menggunakan pengadun kek(mixer).
  • Naz menggunakan loyang bulat 8 inci.
  • Kek yang amat mudah disediakan dan tidak memerlukan mixer.
  • Will try it again, again and again. 


SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...