Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, February 28, 2012

CHOCO CHIP SPOTTIES

 

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Terima kasih kepada pengunjung yang sudi bertandang ke taratak CUTE OVEN, SMALL KITCHEN ini. Semoga kita sama-sama beroleh sesuatu yang baik...Insyallah..

Cookies hari ini..hehehe... Resepi Choco Chip Spotties ini adalah salah satu koleksi resepi Kellogg's Corn Flakes. Boleh didapati resepinya di belakang kotak Kellogg's Corn Flakes kalau bernasib baik. Cuma Naz memang dah ada resepi ni dari dulu lagi sebab resepi ni ada dalam salah satu buku resepi masakan Naz yang digunakan sewaktu belajar dulu. Cuma hari ni baru berkesempatan nak mencubanya.

Cookies ni memang sedap. Lebih-lebih lagi bila Naz gantikan penggunaan mentega(butter) dengan campuran majerin dan lemak sayuran(vege shortening). Biskut menjadi lebih rangup. Bila dikunyah, krup..krap..krup..krap..bunyinya.  Sesuai dengan namanya, maka begitulah rupanya yang penuh sarat dengan 'spot' yang dihasilkan oleh coklat chip dan juga badam cincang yang dimasukkan di dalam adunan. Mungkin kuantiti gula boleh dikurangkan ikut selera masing-masing kerana dengan kehadiran coklat chip yang banyak ini, rasa biskut menjadi lebih manis.


Untuk menambah lagi kerangupan biskut ini, corn flakes yang digunakan di dalam adunan tidak Naz hancurkan. Naz cuma meramas sedikit saja corn flakes ini sebelum dicampurkan ke dalam adunan. Untuk badam cincang pula, Naz sangrai sekejap di dalam kuali di atas api dapur. Ada yang tak faham ker apa makna 'sangrai' tu??? Sangrai ni maksudnya merendang atau menggoreng tanpa minyak. 

Ok, cukup dengan bebelan ini. Boleh tengok resepi pula..hehehe.. Bagi sesiapa yang anak-anaknya memang gemarkan biskut coklat chip, bolehlah cuba biskut ni pula. Insyallah tak keciwa.

CHOCO CHIP SPOTTIES
SUMBER : Koleksi resepi Kellogg's Corn Flakes

Bahan-bahan A :
  • 150 gm butter (Naz gantikan dengan 75 gm majerin + 75 gm shortening)
  • 150 gm gula kastor ATAU gula aising 
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan ayak :
  • 1 1/2 cawan tepung penaik (self raising flour)
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
Bahan B (dicampurkan bersama) :
  • 100 gm coklat putih - dicincang (Naz gantikan dengan twin chocolate chip)
  • 1 cawan coklat chip
  • 2 cawan Kellog's Corn Flakes - dihancurkan (Naz cuma ramas sikit dengan tangan)
  • 1 cawan badam cincang (Naz sangrai dulu badam ni)

Cara Menyediakan :
  1. Pukul butter dengan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 1/2 minit.
  3. Tuang adunan yang diayak.
  4. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga menjadi doh.
  5. Sudukan adunan jarak-jarak di atas dulang pembakar.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, February 27, 2012

RED VELVET CAKE WITH FILLING


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah..tuan rumah COSK yang macam biskut chips more ni masih lagi berkesempatan untuk mengupdate blognya..hehehe.. 

Kek Baldu Merah atau lebih dikenali dengan nama glamernya Red Velvet Cake ni Naz buat beberapa hari lalu. Buat untuk merasa sendiri keenakan kek ini seperti yang diperkatakan oleh ramai orang dan untuk menunaikan hasrat anak-anak yang ingin merasa kek ini sewaktu terlihat Naz menyiapkan kek ini untuk tempahan hari tu. 

Memang tak mengecewakanlah kek ni. Encik hubby yang memang bukan penggemar kek yang tegar pun boleh kata sedap, jadi terbuktilah kek ini memang sedap sangat. Anak-anak jangan cakaplah. Berulang-ulang kali makannya terutama anakanda Haris yang memang menggemari keju. 


Kali ini, di setiap lapisan kek, Naz sapukan blueberry filling dahulu sebelum membuat lapisan cream cheese frosting. Masyallahhhhhhh..... Memang sedapppppppp sangat kombinasi rasa blueberry dan cream cheese frosting tu. Lain kali nak cuba dengan filling atau jam perisa lain pulalah (*ayat untuk menambah berat badan ni..tolongggggg!!!!!*).

Close up lapisan blueberry filling dan cream cheese frosting. Nyummmm..^__^
Untuk resepi, Naz masih menggunakan resepi dari Joy Of Baking.

RED VELVET CAKE (Joy of baking)
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
RUJUKAN : Joy of baking

Bahan-bahan Kek :
  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter
  • 1 1/2 cawan (300 gm) gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (guna cuka makan tu pun boleh)
  • 1 tsp baking soda

Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma untuk orang amatur macam Naz ni, langkah ni memang membantu).
NOTA NAZ :
  • Apabila membakar kek, sekiranya didapati bahagian atas kek telah masak tetapi di bahagian tengahnya masih belum masak(setelah diuji dengan tester stik atau lidi), letakkan sehelai aluminium foil di atas kek(letak je, tak perlu dikemaskan atau dikelim di bahagian tepi-tepi loyang tu) dan tambah lagi waktu membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Mulakan dengan menambah 5 minit, kemudian uji lagi kek dah masak atau belum. Sekiranya belum teruskan langkah ini sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil ialah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.


Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream 

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
NOTA NAZ :
  • Gunakan whipping cream yang masih sejuk dari peti ais bukan yang telah lama dibiarkan dalam suhu bilik untuk hasil yang lebih baik.
  • Jadi cara terbaik untuk nyahbeku(defrost) whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) ialah dengan mengeluarkan kotak whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) dan tempatkan di dalam peti sejuk(fridge) 12 - 24 jam sebelum digunakan. 
  • Naz suka dengan Cream Cheese Frosting ni. Pada Naz, konsistensi krim ni memudahkan kerja-kerja menghias kek. Nak buat swirl pun mudah. 

Bahan tambahan : 
  • Apa-apa filling atau jem (Naz guna filling blueberry)
Nak?? Ok, buka mulut luas-luas...
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, February 23, 2012

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP


ASSALLAMUALAIKKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu hendaknya.

Muffin Marble Coklat Chip ni Naz lihat resepinya dari rumah cyber kak Ayu. Kemudian Naz pergi tengok pula hasil tangan dari dua lagi sumber resepi ini. Jadi inilah hasil dari dapur COSK pula.



Adunan ni memang sesuai sangat dengan famili Naz yang tak berapa ramai lagi ni. Naz godek-godek pun pakai whisker tangan jer. 

Resepi seperti biasa menyusul pula selepas ini.


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP
SUMBER : Puan Ruhaya Abdul Rahman

Bahan-bahan :
  • 100 gm butter
  • 120 gm tepung gandum ATAU tepung naik sendiri(kalau pakai tepung ni, tak payah letak baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80 gm gula halus
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Pewarna kuning (Naz guna pewarna oren)


Cara-cara :
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  2. Pukul butter hingga kembang dan masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. (Naz pukul guna whisk jer).
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 2 minit.
  4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Gaul guna senduk kayu atau whisk bagi sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi ditambah serbuk koko serta coklat emulco-kacau sebati.
  6. Sudukan ke dalam papper cup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip.
  7. Bakar 30 minit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing. (Naz bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit).
SELAMAT MENCUBA!

Monday, February 20, 2012

RED VELVET CAKE (JOY OF BAKING)


 ASSALLAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Dengan limpah kurnia Illahi, semoga kita semua dalam keberkatanNYA.

Buat pertama kalinya, kek baldu merah(red velvet cake) yang terkenal ini dicuba di dapur COSK. Bahan-bahan untuk kek ni memang dah lama ada dalam simpanan. Cuma bila nak membuatnya asyik tertangguh saja. 

Jadi atas permintaan seorang adik yang sedang berdarah manis ni, yang ingin merasa keenakan RVC yang termahsyur dan terkenal ni, maka bagaikan satu semangat disuntik dengan jarum dan picagari yang besar kepada tuan COSK ni..hehehe...

Terus je rujuk resepi yang dah lama diidamkan untuk dicuba iaitu RVC dari Joy of baking. Buatnya malam hari, kemudian bila kek dah sejuk, Naz balut dengan pembalut plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama semalaman seperti saranan dari web Joy of baking ni. Keesokan paginya barulah dibancuh topping kejunya dan kerja-kerja menghias kek dijalankan. Tapi serious! Memang betul seperti saranan Joy of baking tu. Bila kek disimpan di dalam peti sejuk dulu sebelum dihias, memang memudahkan kerja-kerja menghiaskan kek. Naz dapati, semasa melepa krim keju pada kek, tiada langsung habuk-habuk dari kek yang naik ke permukaan krim semasa kerja dijalankan. Infact, Naz tak buat pun proses 'crumcoat' seperti kebiasaan yang Naz buat sebelum menghias kek-kek lain sebelum ini. *Tapi ini bagi Naz yang amatur dalam hias menghias kek la. Kalau orang yang dah pakar, tak yah sejukkan kek dalam peti pun, dah boleh hias dengan cantik keknya.


Kek pula Naz tak bakar dalam 2 loyang berlainan seperti di dalam resepi sebab loyang yang sama saiz memang tak ada. Yang kedua, bila baca resepi tu, ada dinyatakan kena bahagikan adunan kepada 2 loyang yang berlainan dengan kadar segera selepas siap diadun. Jadi kalaupun ada 2 biji loyang, untuk membakar 2 loyang sekaligus memang tak muat 'cute oven' ku itu..hehehe.. Jadi akibat khuatir terjadi apa-apa yang mengecewakan pada adunan kek yang menanti giliran untuk dibakar, maka dengan itu Naz buat keputusan membakar semua adunan kek dalam satu loyang saja. Bila nak dihias, Naz belah kek menjadi 3 lapisan.

Gambar pun tak berapa cantik diambil sebab lepas menghias kek, terus je nak dihantar pada cik adik yang teringin kek ni. Memang tak sempat nak posingkan kek tu dengan latar belakang di tepi pantai ker, latar belakang keindahan alam ker atau latar belakang pepohon yang merendang. Yang sempat cuma berlatar belakang meja makan di 'small kitchen' ku sahaja..hehehe..

Feedback dari orang yang menjamah kek hasil tanganku ini amat memberansangkan. Sedap katanya. Ada antara ahli keluarganya yang kurang gemarkan keju pun boleh makan dengan banyak kek ni. Alhamdulillah.. Memang lega sungguh rasa hati bila kek yang kita buat dapat memenuhi selera si penempah kan..

Kek yang telah dipotong. Gambar ihsan dari keluarga penempah. Tq...

Lagi gambar kek yang telah dipotong.

Resepi di bawah ini, telah Naz olah dan terjemah ke dalam bahasa ibunda. Untuk melihat resepi asal kek ini, boleh klik pada link yang Naz paparkan di bawah ye!

RED VELVET CAKE (Joy of baking)
(Naz guna loyang saiz 8 inci)
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
RUJUKAN : Joy of baking

Bahan-bahan Kek :
  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter
  • 1 1/2 cawan (300 gm) gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (guna cuka makan tu pun boleh)
  • 1 tsp baking soda

Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma untuk orang amatur macam Naz ni, langkah ni memang membantu).
NOTA NAZ :

  • Apabila membakar kek, sekiranya didapati bahagian atas kek telah masak tetapi di bahagian tengahnya masih belum masak(setelah diuji dengan tester stik atau lidi), letakkan sehelai aluminium foil di atas kek(letak je, tak perlu dikemaskan atau dikelim di bahagian tepi-tepi loyang tu) dan tambah lagi waktu membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Mulakan dengan menambah 5 minit, kemudian uji lagi kek dah masak atau belum. Sekiranya belum teruskan langkah ini sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil ialah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream 

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
NOTA NAZ :
  • Gunakan whipping cream yang masih sejuk dari peti ais bukan yang telah lama dibiarkan dalam suhu bilik untuk hasil yang lebih baik.
  • Jadi cara terbaik untuk nyahbeku(defrost) whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) ialah dengan mengeluarkan kotak whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) dan tempatkan di dalam peti sejuk(fridge) 12 - 24 jam sebelum digunakan. 
  • Naz suka dengan Cream Cheese Frosting ni. Pada Naz, konsistensi krim ni memudahkan kerja-kerja menghias kek. Nak buat swirl pun mudah. 
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, February 15, 2012

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Dengan limpah kurnia Illahi, masih berkesempatan lagi menambah entry di dalam blog ini. Resepi kek coklat yang lazat ini Naz ambil dari internet. Sila klik pada link yang diberi pada resepi di bawah untuk melihat resepi asal dengan versi bahasa inggeris. Untuk resepi yang Naz tuliskan, telah diolah sedikit cara pembakarannya dari resepi asal (*resepi asal, pembakaran adalah untuk one layer cake. Jadi sebab Naz guna loyang yang lebih kecil, kek lebih tebal dan masa masak perlu lebih lama. Jadi suhu pun Naz tukar supaya tak terlalu lama nak tunggu kek masak*).

Kek ni memang sedap. Moist jer rasanya. Lebih sedap dan lebih lembut bila dah disimpan semalaman. Kepada penggemar kek coklat, bolehlah menambah lagi satu koleksi resepi kek anda. Kalau gantikan 1 cawan air mendidih tu dengan 1 cawan kopi ker atau nescafe lagi best! Tapi ikut tekak masing-masinglah kan. Sedap tu kan subjektif. *Kang kata sodap tapi ada orang lain buek dia raso tak sodap, kono marah lak den kang. 

Naz buat keputusan untuk mencuba kek ini selepas membaca komen dan review orang yang telah mencuba kek ini. Semua kata sedap, moist, kek yang paling baik pernah dicuba dan lain-lain lagi komen positif. Jadi kenalah cuba sendiri untuk melihat sejauh mana kebenarannya kan. Yup! Memang sedap, moist dan lembut jer kek ni. Mungkin penggunaan buttermilk di dalam resepi menghasilkan kek yang lembut dan moist ni.


 

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
  2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  4. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang.
  6. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
  7. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  8. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  2. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  3. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  4. Boleh digunakan.

SELAMAT MENCUBA!

Monday, February 13, 2012

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Bersua kembali setelah bercuti agak lama...hehehe.. Asyik cuti je kan tuan rumah COSK ni. Nak buat macam mana. Ada je urusan setiap hari. Ditambah pula dengan sim kad untuk broadband yang rosak. Nak mencari masa ke pusat celcom di bandar pun susah. Ada je urusan lain. Ni baru je boleh online sebab semalam baru dapat sim kad yang baru. Encik hubby tolong tukarkan. Alhamdulillah...


Satu lagi koleksi biskut coklat chips yang boleh disimpan dalam buku resepi. Krupp..krapp..krupp..krapp.. bila mengunyah. Resepi ni Naz cuba adjust sendiri berdasarkan senarai bahan yang memang ada dalam kotak fikiran Naz. Cuma kuantitinya je yang tak ada. Dulu semasa merantau di negara orang, setiap hari Khamis, Naz akan ikuti kelas percuma di sekolah tempat anakanda Haris belajar dan bermain (play school). Play school Haris ni 3 hari je dalam seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Jadi setiap hari Khamis dan  Jumaat pihak sekolah akan buat aktiviti untuk kami para ibu. Memang best komuniti di tempat kami tinggal masa tu. Kelas tu akan ditukar-tukar aktivitinya. Kadang-kadang dibuat kelas memasak dan kadang-kadang dibuat kelas kraftangan. Kaum ibu yang datang boleh membawa anak-anak sekali dan ada cikgu yang tolong jagakan mereka sepanjang aktiviti untuk kaum ibu berjalan. Lagi best, kadang-kadang tu kami dibawa melawat atau berkelah di taman-taman rekreasi yang dipilih. 

Jadi, berdasarkan apa yang Naz ingat, Naz cuba buat sekali lagi biskut coklat chips ni. Alhamdulillah, nampaknya menjadi. Jadi mari kita lihat resepinya.

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bahan-bahan :
  • 125 gm butter + 100 gm majerin 
  • 180 gm gula - gula kastor atau gula perang atau kombinasi keduanya
  • 1 biji telur
  • 1 tsp asen vanilla
  • 250 gm tepung gandum*
  • 100 gm tepung kastad*
  • 3/4 tsp soda bikarbonat*
  • 5 gm serbuk koko*          (* ayak bersama)
  • 200 gm coklat chips
  • 100 gm badam cincang - boleh je kalau nak guna walnut atau kekacang lain

Cara-cara :
  1. Campurkan coklat chips dan badam cincang ke dalam bahan ayak. Ketepikan.
  2. Pukul butter, majerin dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur serta asen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan 1/2 bahan ayak dan gaul dengan senduk kayu atau spatula. Masukkan pula lebihan bahan ayak tadi dan gaul lagi biar sebati.
  5. Sudukan ke dalam loyang yang dilapik kertas minyak.
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
 
 SELAMAT MENCUBA!


Thursday, February 2, 2012

LONTONG DAN NASI IMPIT


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salah satu menu yang agak terkenal ketika musim perayaan. Banyak versi juga cara menyediakan lontong ni. Ada yang menumis dulu dan ada yang tidak. Sayur-sayurannya pula pelbagai dan ikut citarasa setiap individu itu sendiri apabila menyediakannya.

Naz belajar memasak lontong daripada bonda di kampung. Lontong yang kami adik beradik sangat gemari  dari dulu, kini dan selamanya. Bonda Naz kalau masak lontong, memang selalu digandingkan dengan rendang daging.

Naz sendiri kalau macam malas nak menyediakan rendang sebagai teman lontong ni, mesti ada sambal tumis untuk digandingkan bersama. Buat sambal tumis tu pedas-pedas yang menyengat..perhhhhh!!! Sedap ooooo...

Lontong yang masih di dalam periuk.

LONTONG

Bahan-bahan :
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering (dibasuh, direndam dan toskan)
  • 2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk kunyit)
  • 3 batang serai - dititik
  • 4 cawan santan cair (1 liter)
  • 2 cawan santan pekat (500 ml)
  • 2 batang terung panjang - potong-potong ikut suka
  • 4 biji kentang - potong 8
  • 5 batang kacang panjang - dipotong-potong
  • 1 batang lobak merah - hiris memanjang atau hiris bulat serong
  • 2 keping tempeh - didadu besar-besar
  • Fucuk dan soo hoon - direndam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji cili hijau - hiris
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah bersama udang kering dan kunyit hidup.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan juga serai yang diketuk bersama santan cair ke dalam periuk dan letakkan atas api dapur.
  3. Bila mula menggelegak, masukkan kentang. Biar separa empuk. Kemudian masukkan sayuran lain dan juga tempeh. Masak hingga sayuran lembut. Kemudian masukkan fucuk dan soo hoon serta cili hijau.
  4. Seterusnya masukkan santan pekat dan sentiasa kacau. Rasakan garamnya. Biar mendidih perlahan di atas api sederhana. Bila telah puas hati dengan rasanya, padamkan api dapur.

Nasi impit.

Cara Menghidang :
  1. Masukkan nasi impit (ikut la berapa banyak nak makan) ke dalam mangkuk.
  2. Sendukkan kuah lontong bersama isinya. Sudukan sambal tumis. Boleh dinikmati.
  3. Boleh juga dinikmati bersama rendang, serunding, kuah kacang dan juga telur rebus.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, February 1, 2012

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP (Hanieliza)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.  Semoga segala urusan sepanjang hari ini berjalan lancar dan diberkati. Insyallah..

Buat biskut lak..hehehe.. Alaaa..sesaja buat untuk kudapan anak-anak. Maklumlah, bila petang je, masing-masing cari makanan yang boleh dikunyah-kunyah. Dah beberapa kali projek buat cookies ni tertangguh. Asyik keluar masuk peti ais je butter tu. Akhirnya terlaksana juga niat untuk membuat cookies ni.



Biskut Coklat Chips Rangup resepi dari kak Hanieliza ni, pernah Naz buat dulu sebelum berkecimpung dalam dunia blog. Masa tu resepi ni diambil dari fotopages kak Liza. Biskut ni memang terjamin kerangupannya. Hitam, hitam pun menawan tau! Cuma ada sedikit perbezaan dalam resepi dari fotopages kak Liza dengan blognya sekarang, iaitu dalam penggunaan butter. Naz tuliskan kedua-duanya. Pilih jer nak ikut yang mana satu.


Ok, jom tengok resepinya. Naz kongsi di sini pula ye kak Liza.

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP (Hanieliza)
SUMBER RESEPI : Chef Hanieliza

Bahan-bahan A :
  • 250 gm butter ATAU 125 gm butter + 125 gm majerin
  • 1 sudu besar shortening
  • 160 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh asen vanilla
Bahan-bahan B :
  • 230 gm tepung gandum (ayak)
  • 20 gm serbuk koko (ayak)
  • 100 gm coklat chips
  • 50 gm white coklat chips (boleh gantikan dengan coklat rice)
  • 50 gm badam cincang (roasted)
  • 50 gm nestum

Cara-cara :
  1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan asen vanila. Kacau rata.
  3. Masukkan bahan-bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
  4. Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli) ke dalam loyang.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (Naz guna suhu 175C selama 20 minit).
  6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
SELAMAT MENCUBA! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...