Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, September 26, 2011

PUDING ROTI MARBLE LAGI...


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi ulang tayang je ni. Tapi gambar bukan gambar ulang tayang. Puding roti yang sedap ni, Naz buat lagi sekali untuk anakanda Haris bawa ke sekolah untuk jamuan hari raya di kelasnya. Haris cakap sedappp.. Bila balik rumah hari tu dari sekolah siap tanya, "Ada lagi ke ummi kuih tu?". Nasib baik masih ada lagi baki puding yang dia bawa ke sekolah tu. Memang Naz tinggalkan sikit untuk santapan orang di rumah ni.

Ok, resepi sama je dengan puding sebelum ni. Cuma kali ni, selain menggunakan serbuk koko pada salah satu bahagian adunan, Naz gunakan 2 jenis pewarna untuk 2 bahagian adunan lagi iaitu hijau dan oren.

PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin (tak perlu dicairkan dulu sbb bila masuk dalam adunan, ia akan mencair sendiri)
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan


Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, September 24, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sungguh rasanya tak beli udang segar di pasar. Jadi bila dah beli tu terus je dimasak sementara udang tu masih terasa manisnya. Encik hubby siap belikan 3 papan petai bersama udang ni. Haiii...faham-faham jer la nak dimasak apa dengan udang tu kalau dah ada petai. Masak sambal tumis udang lah.. apa lagi kan.

Naz kalau masak sambal tumis, memang letak banyak cili kering sebab encik hubby suka sambal tumis yang banyak sambalnya. Jadi resepi yang mudah ini ada di bawh ye.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
Oleh : Naz COSK @ ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :

  • 500 gm udang segar - dibersihkan
  • 2 - 3 papan petai - ambil isinya
  • 15 sudu besar cili kering kisar - tambah lagi untuk sambal yang lebih banyak
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tsp belacan
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang merah. bawang putih dan belacan. Kemudian campurkan dengan cili kering kisar. Boleh juga kalau dikisar bawang merah, bawang putih dan belacan bersama cili kering di dalam pengisar.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/ bahan kisar hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan bawang besar. Biar seketika sambil dikacau-kacau. 
  4. Masukkan air asam jawa, udang dan petai. Biar sehingga udang masak sepenuhnya dan petai sedikit layu.
  5. Masukkan garam dan sedikit gula. Rasalah ikut lidah masing-masing yer.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, September 21, 2011

KARI AYAM TANPA SANTAN


Assallamualikum dan salam sejahtera.

Semenjak cuba masak kari tanpa santan dulu, tekak makin suka pula kari yang tak letak santan. Encik hubby pun suka kari yang tiada santan. Kurang sikit muak katanya walaupun makan banyak. Naz pun lagi suka sebab  boleh kurangkan lemak dalam masakan dan lebih senang kerja memasak. 

Ok, ini salah satu resepi kari ayam tanpa santan yang Naz buat. Ada beberapa cara lagi yang akan Naz masukkan entrynya lain kali.

KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* - bahan bertanda * ditumbuk bersama
  • 1-2 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
  • 1 biji buah tomato - dipotong menjadi kiub-kiub kecil
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 sudu besar serbuk rempah kari ayam
  • 2 batang daun kari
  • 1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
  • 2 biji ubi kentang - dikupas dan dibelah 4
  • Air secukupnya
  • Garam
  • 1 sudu teh gula
  • Minyak masak atau minyak jagung

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Biar seketika.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan biar hingga wangi dan layu. Kemudian masukkan bawang merah yang dihiris nipis bersama buah tomato dan juga daun kari. Biar lagi dan kacau sesekali supaya tidak hangit.
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air sambail dikacau-kacau. Agak-agaklah bila masukkan air tu ye. Jangan banyak sangat. Cukup sekadar menjadikan serbuk kari tu pes. Biar di atas api hingga pecah minyak. Sambil tu, sesekali kacau agar tidak hangit.
  4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air agar tidak kering. Biar hingga daging ayam sedikit kecut.
  5. Masukkan air asam jawa dan air biasa hingga mencukupi. Masukkan juga ubi kentang. Biar hingga kentang empuk dan gulai mendidih serta pekat.
  6. Masukkan garam mengikut citarasa dan juga gula. Tutup api.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, September 19, 2011

PUDING ROTI MARBLE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Puding ni merupakan salah satu juadah yang Naz buat untuk dibawa ke jamuan hari raya ofis encik hubby hari tu. Resepi ni Naz ambil dari video jebateja ni : http://www.youtube.com/watch?v=rgA-HYPua70

Rasa puding ni memang sedap pada tekak Naz sendirilah. Membuatnya pun tidak susah. Yang lebih utama selain dari rasanya yang lemak-lemak manis tu, puding ni boleh diwarnakan mengikut kehendak si pembuatnya mengikut kreativiti masing-masing. Lembut je puding ni bila digigit. 


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, September 17, 2011

KEK KARAMEL


Assallamualaiakum dan salam sejahtera.

Ini merupakan kek karamel yang popular, resepi dari Puan Munira Bahrum (kongsi resepi FB). Ramai yang dah mencubanya. Naz pula baru pertama kali mencubanya. Sebelum ni Naz pernah mencuba membuat kek karamel tapi bukan versi resepi dari Puan Munira Baharum ni. Kek karamel yang Naz buat dulu tu tak menjadi. Karamelnya tak berapa masak bila tamat tempoh pembakaran. Tak tau apa kesilapan yang Naz buat sebab tengok kawan-kawan lain buat resepi tu, menjadi je. Jadi frust masa tu dan tak berani nak mencuba lagi kek-kek karamel ni.

Jadi kali ini, lepas dah hajat hati nak buat kek karamel yang diidam-idamkan. Sebelum ni macam malas nak buat kek karamel versi Puan Munira ni sebab penggunaan telurnya yang dikira banyak bagi Naz lah kan di dalam resepi. Tapi kalau tak dicuba sampai bila pun tak tau kan cara membuatnya. Jadi Naz pun study dan kumpul maklumat-maklumat dari FB dan juga dari kawan-kawan yang dah pernah buat kek Puan Munira Baharum ni. Terima kasih kepada Miza(rakan fb) yang banyak memberi panduan cara membuat kek ini sehingga confident Naz untuk mencubanya.


Kek ni Naz buat dengan semangat yang tinggi. Yelah.. Buat untuk dibawa ke jamuan hari raya di ofis tempat encik hubby kerja. Awal-awal dah cakap pada encik hubby, kalau menjadi kek ni bolehlah dibawa ke ofis tapi kalau tak menjadi tak de lah juadah dari kita. Hahahaha.. Ada ker kata macam tu. Patutnya usaha dulu. Eh...usahalah ni. Kan dah jadi tu. hihihih..



Ok, ada beberapa perubahan yang Naz buat dalam resepi ni. Contohnya, untuk lapisan gula hangus tu, resepi asal menggunakan 2 sudu besar gula. Tapi Naz guna 4 sudu besar gula supaya keseluruhan dasar loyang tu boleh ditutupi dengan gula hangus ni. Penggunaan telur untuk lapisan karamel pula Naz tambah supaya lapisan karamel menjadi lebih tebal (ni ikut Miza). Untuk meringue dan adunan kek, tiada perubahan yang Naz buat. Naz menggunakan loyang bulat bersaiz 8". Sebab tulah Naz tambah bahan untuk lapisan gula hangus dan juga bahan untuk lapisan karamel.


KEK KARAMEL
Oleh : Naz COSK @ ovenkecil.blogspot.com
Asal Resepi : Puan Munira Baharum (dari kongsi resepi fb)

Bahan-bahan dan cara membuatnya :
[A] Lapisan Gula Hangus

  • 2 sudu besar gula (Naz guna 4 sudu besar)
~ Masukkan ke dalam loyang 7" atau 8" inci. Letak loyang di atas dapur gas.
~ Cairkan atas api perlahan. Biar cair sendiri, tak perlu dikacau.
~ Bila cair dan bertukar warna menjadi perang, lenggok-lenggokkan loyang biar caramel rata. 
Ketepikan. Jangan khuatir, ianya memang akan mengeras.


[B] Lapisan Karamel
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 tin susu cair (200 ml)
  • 1/2 sudu teh asen vanilla
  • 70 gm gula kastor
ATAU (untuk menghasilkan karemel yang lebih tebal *yang ni ikut Miza) :
  • 5 biji kuning telur
  • 2 biji telur penuh *jadi keseluruhan = 7 kuning telur & 2 putih telur
  • 1 sudu besar asen vanilla
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 70 gm gula 
~ Kacau sebati bahan di atas hingga gula larut. Hati-hati! Jangan sampai berbuih.
~ Tapis larutan masuk ke dalam loyang yang ada gula karamel tadi.
~ Ketepikan.
Nota : Kalau nak dapatkan permukaan karamel yang halus mulus dan licin, masa kacau bahan2 ni, buat pelan2. Kalau tak nanti jadi macam kek Naz ni. Permukaannya tak berapa licin.*Nasihat ni dapat dari orang yang lebih pakar.

[C] Meringue
Kalau buat lapisan karamel di atas tadi guna 3 biji kuning telur, maka bahan untuk meringue :
  • 3 biji putih telur (baki putih telur dari di atas tadi setelah digunakan kuningnya)
  • 3 biji putih telur tambahan *jadi jumlah putih telur yang diperlukan = 6 biji*
  • 1 sudu teh krim of tartar (tak letak pun tak apa)
ATAU;

Kalau buat lapisan karamel di atas tadi guna 7 biji kuning telur, maka bahan untuk meringue :
  •  5 biji putih telur (baki putih telur setelah diguna kuning telur dari atas tadi)
  • 1 biji putih telur *jadi jumlah putih telur yang digunakan = 6 biji*
  • 1 sudu teh krim of tartar (tak letak pun tak apa - Naz tak letak)
~ Pukul putih telur bersama krim of tartar (sekiranya menggunakannya) sehingga berbuih.
~ Kemudian, masukkan :
  • 70 gm gula kastor
~ Pukul lagi dengan menggunakan high speed hingga kembang dan menjadi meringue.
~ Cara nak tau dah jadi meringue tu, bila diterbalikkan, adunan tidak jatuh.

[D] Kek
  • 1 biji kuning telur (lebihan dari atas setelah diguna putihnya)
  • 2 kuning telur *jadi jumlah kuning yang digunakan = 3 kuning telur*
  • 135 ml air
  • 45 ml minyak masak
  • 70 gm gula kastor
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
~ Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
~ Guna mixer tadi(tak perlu dibasuh), dan pukul kuning telur air dan minyak masak hingga kembang.
~ Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
~ Masukkan bahan ayak sikit-sikit dan pukul sebati.

Penyatuan adunan [C] dan [D] :
~ Masukkan 1/2 adunan [C] iaitu meringue ke dalam adunan [D]. Kaup balik hingga sebati.
~ Kemudian masukkan baki adunan [C], dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.

Mewarna dan melapis adunan kek :
~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut warna pilihan: A, B dan C.

~ Masukkan sesenduk adunan warna A ke tengah loyang tadi. Tak perlu diratakan.

~ Masukkan pula sesenduk adunan warna B di tengah-tengah adunan A tadi.

~ Begitu juga dengan adunan C. 

~ Buat hingga habis semua adunan digunakan.

~ Lorekkan dengan hujung lidi pada adunan mengikut corak yang anda inginkan.

Membakar kek :
~ Panaskan oven pada suhu 170 C - 180 C menggunakan api bawah sahaja.
~ Bakar kek secara steam bath atau double boiler di dalam oven selama 1 jam atau hingga kek masak sepenuhnya.
~ Cara steam bath : Masukkan loyang berisi adunan kek ke dalam satu lagi loyang lain yang lebih besar yang diisi air di dalamnya.
~ Masukkan loyang ni ke dalam oven pada rak yang paling bawah dan ingat!!! Bakar menggunakan api bawah sahaja. 
~ Bila tamat waktu pembakaran, cucuk lidi di tengah-tengah kek untuk menguji samada kek telah masak sepenuhnya atau tidak. Kalau lidi keluar bersih(tiada adunan yang melekat), maknanya kek telah masak. Sekiranya tidak, tambah lagi waktu pembakaran.
~ Bila dah masak, kuarkan dari oven dan rehatkan 10 minit. Kemudian terbalikkan ke atas pinggan atau lapik yang sesuai. 
~ Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk.. Sedapppp...


SELAMAT MENCUBA!

Friday, September 16, 2011

KEK BATIK CREAM CRAKERS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ternampak kek batik yang dibuat oleh Diana di fb. Terus pergi tengok resepi di blognya. Masa tu tengah terfikir-fikir nak masakkan apalah untuk anakanda Husna sempena jamuan hari raya di sekolahnya. Tengok dan intai-intai resepi kek ni, emmm...terus tak fikir panjang. Buat kek ni je lah. Bahan-bahan pun memang dah ada di dapur rumah.


Teringat semasa sekolah menengah dulu. Bila dapat peluang balik rumah je(sebab sekolah asrama), suka sangat buat kek batik. Versi kek batik yang Naz selalu buat tu cuma guna 4 bahan saja iaitu milo, butter, susu pekat manis dan juga biskut merie.

Resepi dari Diana ni ada sedikit kelainan. Selain menggunakan biskut cream crakers, ada bahan lain di dalam resepinya seperti telur dan juga nestum. Cara melapis kek ni pun ada dua. Samaada menggaul biskut dengan adunan kek dan kemudian ditekan ke dalam loyang atau melapis adunan kek berselang seli dengan biskut. Since Diana ada mention yang biskut cream craker ni agak rapuh dan mudah pecah bila digaul nanti, jadi Naz buat keputusan untuk melapisnya berselang seli dengan adunan kek. 

Minta halal ye Diana. Naz kongsi di sini pula. Memang sedap! Lembut jer adunan kek tu.


KEK BATIK CREAM CRAKERS
Sumber Resepi : Diana
(Naz buat 1/2 adunan jer. Dapat satu loyang 5" X 9")

Bahan-bahan : 
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula (Naz kurangkan sikit)
  • 1 1/2 cawan milo
  • 1 1/2 cawan Nestle nestum original 
  • 1 tin kecil susu pekat  ( 388 gm ) (Naz guna 400 ml..senang nak sukat)
  • Cream Crackers Hup Seng secukupnya
  • Choc Rice secukupnya

Cara-cara :
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul-betul sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah di lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice di atas kek.
  9. Simpan di dalam peti ais sebelum d potong.
  10. Boleh juga di buat seperti d bawah nie yer...
  11. Sediakan loyang yang telah di lapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan. Tekan-tekan bia padat
  12. Kemudian susun cream crackers d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong...

Langkah demi langkah cara melapis kek batik cream craker :

Biskut cream craker.

Ratakan sedikit adunan kek di dalam loyang dan tekan padat.

Lapiskan dengan biskut cream craker.

Lapiskan semula dengan adunan kek. Ratakan dan tekan padat.

Pada lapisan terakhir adunan kek, taburkan dengan chocolate rice atau apa jua 
bahan hiasan mengikut kreativiti anda.

NOTA :
  • Sebaiknya guna sudu plastik untuk meratakan adunan kek kerana adunan kek tidak melekat pada sudu plastik dan memudahkan kerja meratakan. Naz guna sudu biasa sebelum tu, dan adunan melekat-lekat pada sudu menyukarkan kerja meratakan adunan kek. Boleh juga guna sudu biasa yang dibalut hujungnya dengan plastik wrap.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, September 13, 2011

PAPRIK AYAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak lauk ni pula hari ni. Request dari encik hubby. Makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap. Isi ayam tu boleh digantikan dengan sotong atau udang bagi yang gemarkan makanan laut. Tak sempat nak membebel panjang-panjang ni. Anakanda Hani dah mula tarik kaki ni ajak turun dari kerusi depan komputer ni..

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan :
  • 200 gm isi ayam yang dipotong kecil
  • Lobak merah - dihiris
  • Bunga kobis - dipotong kecil
  • Buah tomato - dipotong 4
  • 4 batang cili padi - diketuk (yang ni adjust sendiri ikut tahap kepedasan anda ye)
  • 4 helai daun limau purut - disiat-siat
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis :
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar cili kering kisar

Bahan-bahan sos :
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar stok ayam atau 1/2 kiub pati ayam
  • 1/4 - 1/2 cawan air (ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki) * boleh campur sikit tepung jagung bagi yang gemar kuahnya sedikit pekat

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau sebati.
  3. Masukkan isi ayam dan biar hingga ayam masak.
  4. Masukkan lobak merah, buang kobis, buah tomato, cili padi dan daun limau purut. Kacau sesekali hingga semua sayuran lembut. Rasakan garam dan gulanya.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

Monday, September 12, 2011

GULAI TEMPOYAK IKAN KELI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Gulai tempoyak is always my favourite. My hubby pun memang suka sangat gulai tempoyak ni. Sekarang dah berjangkit pula pada anak-anak. Cuma gulai tempoyak ni, kalau nak lagi kaww, kena buat pedas-pedas tapi since anak-anak pun nak makan, kenalah buat yang kurang pedas. Risau juga kalau sakit perut dia orang makan lauk yang pedas menyengat.

Gulai tempoyak ni juga famous dimasak menggunakan ikan patin. Since di dalam peti ais yang ada ikan keli je, so Naz masak guna ikan keli jer la. But not bad. Sedap jer masuk ke tekak sampai kena beringat-ingat masa makan tu jangan tambah nasi lagi. Maklumlah baru jer lepas menaikkan berat badan sempena musim perayaan ni. Kang, tambah-tambah makan, tambah gumuksss pula nanti.. hehehe... Tapi tak pe..tak pe.. Makan je lah kan. Lepas tu, setiap hari gi lah jogging ker, aerobic ker, cycling ker kan..kan..kan... hehehe.. Ada siapa-siapa nak ikut pergi jogging setiap pagi???

GULAI TEMPOYAK IKAN KELI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan keli sederhana besar 
  • 4 sudu besar tempoyak - boleh letak lebih lagi ikut citarasa
  • Cili padi - ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
  • 2 biji cili merah - tak letak pun tak apa
  • 2 inci kunyit hidup - kalau tak ada, boleh guna serbuk kunyit jer
  • 2 batang serai - dititik
  • 8 - 10 tangkai daun kesum - dicuci & ambil daunnya saja
  • 2 - 3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Ikan keli disiang dan dibasuh bersih. Rendam seketika di dalam air asam jawa untuk menghilangkan hanyir. Kemudian toskan dan lalukan air bersih. Kerat kepada 3  atau 4 bahagian setiap ekor.
  2. Tumbuk cili padi dan cili merah bersama kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk bersama air, dan juga serai. Masukkan juga tempoyak. Biar hingga menggelegak.
  3. Bila menggelegak, masukkan ikan yang telah dikerat-kerat tadi bersama daun kesum. Masak atas api sederhana hingga ikan masak sepenuhnya. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Biar lauk mereneh (guna api slow la yer) seketika dalam 15 minit supaya rasa tempoyak tu sebati dengan ikan. Baru lagi best! Tutup api.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, September 8, 2011

PAJERI NENAS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Pajeri nenas untuk santapan di rumah. Resepi ditungkil dari fotopages kak Hanieliza. Dah lama dalam simpanan sebenarnya resepi kak Liza ni.

Hmmm...memang sedap rasa pajeri nenas ni. Ni merupakan salah satu lauk yang Naz suka cari bila ke kenduri kahwin masa kecil-kecil dulu. Naz tepek resepi ni di sini pula ye kak Liza.

PAJERI NENAS
Oleh : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi : Kak Hanieliza *Naz olah sikit cara penyampaian resepi ini


Bahan-bahan :

  • 1 biji nenas - dipotong kecil
  • 3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 sudu besar udang kering - tumbuk
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 6 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan air sikit
  • 4 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • 2 sudu besar gula merah/ gula putih 
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta kulit kayu manis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari ikan yang telah dijadikan pes tadi. Kacau-kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
  3. Masukkan santan, gula dan garam. Biar hingga menggelegak. Masukkan nenas dan biar hingga nenas sedikit empuk sambil sesekali dikacau. Tutup api. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, September 7, 2011

BISKUT CORNFLAKES RANGUP


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Biskut Cornflakes Rangup yang memang sedap dan rangup seperti namanya. Terima kasih kepada kak Yatie(Sinar Kehidupanku) yang sudi berkongsi resepinya di blog. Memang sedap! Naz sebenarnya memang dah lama mencari resepi biskut cornflakes yang menggunakan tepung sebagai salah satu bahannya dan biskut tu pula rangup hasilnya selepas dibakar. Alhamdulillah.. Jumpa juga dengan resepi yang diidamkan. Naz kongsikan di sini pula resepi ni ye kak Yatie.


BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Sumber Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan :
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes (diramas sikit)
  • 2 cawan tepung naik sendiri
Bahan-bahan lain :
  • mangkuk kertas secukupnya
  • ceri merah dan ceri hijau sebagai hiasan (dipotong kecil)

Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi. Gaul sebati menggunkan senduk kayu saja.
  4. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
  6. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, September 6, 2011

SNOW ALMOND


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni sebenarnya entry yang tertangguh. Baru ada masa nak masukkan ke dalam blog. Resepi biskut Snow Almond yang dikira meletop dan mendapat sambutan. Resepi ini diambil dari blog kak Wan.


Sebenarnya, beberapa tahun lepas, Naz pernah copy resepi Biskut Snow Almond yang diambil dari blog maklang Azie. Resepi tu asalnya dari majalah Saji. Ada sedikit kelainan resepi tu berbanding resepi biskut Snow Almond dari blog kak Wan ni. Cuma tak berkesempatan lagi nak mencuba resepi yang diambil dari blog maklang Azie tu. 



BISKUT SNOW ALMOND
Sumber Resepi : Kak Wan
Sumber Rujukan : Kak Yatie

Bahan A 
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...