Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, April 30, 2011

PUDING BALQIS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah beberapa kali tertangguh untuk mencuba puding ni. Tertarik sebab cara membuatnya yang mudah dan  boleh dikaler-kalerkan puding ni. 


Resepi asal dicipta oleh Kak Nor dari blog Secubit Garam. Ramai blogger-blogger yang dah mencuba puding ni. Semuanya mempamerkan hasil yang cantik di blog masing-masing.


Warna puding ni boleh ditukar mengikut kehendak si pembuatnya. Kalau nak tengok rupa asal puding ni dari penciptanya sila klik pada nama kak Nor ni. Kak Nor buat lagi cantik sebab ada 3-4 lapisan. Naz cuma buat 2 lapisan je. Nak cepat siap..heheheeeee...


Untuk resepinya, Naz copy & paste dari blog kak Nor. Halalkan ye kak Nor.. Naz tengah malas nak menaip ni..heheheeee..


PUDING BALQIS
Sumber Resepi : Kak Nor- Secubit Garam

Bahan-bahan :
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula

3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2


Cara-cara :
  • Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
  • Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
  • Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
  • Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
  • Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.




SELAMAT MENCUBA!

    Friday, April 29, 2011

    SERIMUKA DURIAN


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Salam di hari Jumaat untuk semua. Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang bertanya khabar serta mendoakan kesejahteraan Naz dan anakanda Maisarah Hani. Naz ada post satu entry khas untuk ini sebenarnya tapi mungkin ramai tak perasan. Anyway, alhamdulillah kami beransur baik walaupun belum 100%.. Terima kasih kepada semua yang meninggalkan pesanan di ruangan komen dan juga di shout box.. Oh ya! Di entry khas ni, Naz tengah survey tentang cadangan nak buat satu GA bergantung kepada sambutan. So sesiapa yang rasa-rasa berminat boleh tinggalkan komen di situ. Kalau ramai yang ingin menyertai, Naz akan buat GA ni. Nak tau GA apa, jemput baca entry khas tu.

    Ramai betul kawan-kawan yang dah men'durian'kan menu-menu mereka di dapur ye. Di sini, musim durian masih baru lagi. Jadi giliran orang di sini la pula nak men'durian'kan resepi dia di dapur ye.


    Serimuka durian ini merupakan antara menu yang agak terkenal yang dihasilkan apabila tiba musim durian. Macam-macam versi resepi serimuka durian yang timbul di perairan blogger-blogger. Naz sendiri, suka menggunakan resepi di bawah ni sebab Naz suka menyukat dengan menggunakan cawan penyukat saja. Resepi ni dah pernah diletakkan dulu. Tapi dulu, Naz guna gula perang. Jadi warna kuih tu tak sama dengan yang ini. Kali ini Naz guna gula pasir putih tu dan tambah sedikit warna kuning. Jadi kejadian serimuka durian kali ini seperti dalam gambar-gambar ni lah. Kalau nak tengok yang dulu punya versi boleh klik di sini.


    Sebenarnya teringin nak mencuba resepi lain dari blog kawan-kawan. Tapi kebanyakan resepi, sukatan bahan-bahannya dalam ukuran metrik. Alamak! Nak kena timbang dulu.. Bukan malas tapi si kenit Maisarah Hani tu masih tak berapa sihat sepenuhnya. Jadi nak kena buat kerja cepat-cepat. Itu pun masa tengah membancuh lapisan atas yang ada durian tu dia dah mula menangis nak umminya. Tak nak duduk dengan ayahnya langsung. Hai...macam lipas kudunglah ummi dia menghabiskan kerja di dapur. 

    Jadi seperti kebiasaannya, selesai sessi membebel, baru resepi menyusul.

    SERIMUKA DURIAN

    Bahan-bahan lapisan bawah :
    • 1 cawan beras pulut
    • 1 1/2 cawan santan cair
    • 1/2 tsp garam


    Cara-cara :
    1. Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan beras pulut dan santan serta garam ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
    2. Minyakkan atau lapikkan dengan sehelai plastik satu loyang lain dan masukkan pulut yang telah masak tadi. Tekan dan ratakan pulut di dalam loyang. Kukus semula lebih kurang 5 minit.
    3. Tuangkan adunan lapisan atas.

    Bahan-bahan lapisan atas :
    • 1/2 cawan isi durian (150 gm)
    • 1 cawan santan pekat
    • 1/2 cawan gula pasir putih (boleh kurangkan kalau durian dah manis sangat)
    • 2 1/2 Tbsp tepung gandum
    • 1 Tbsp tepung jagung
    • 2 biji telur (pukul sikit)
    • 1 tsp garam halus

    Cara-cara :
    1. Santan dan isi durian dikisar di dalam pengisar agar halus. Masukkan ke dalam mangkuk.
    2. Masukkan semua bahan lain dan gaul hingga tiada ketulan. Masukkan adunan ke dalam periuk(lebih elok kalau periuk non-stick) dan masak sekejap di atas api sederhana sambil dikacau hingga naik wap.
    3. Tuangkan adunan ini ke atas lapisan pulut tadi dan kukus atas api sederhana selama 30 minit atau sehingga masak. Tutup api dan sejukkan dulu kuih sebelum dipotong.

    SELAMAT MENCUBA!

    Thursday, April 28, 2011

    YOGURT CHOCOLATE MUFFIN WITH CHOCOLATE CHIPS


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Buat muffin ni untuk bekalan anakanda Maizatul Husna ke sekolah. Buat beberapa hari lepas masa hari pertama anakanda Maisarah Hani demam. Rujuk resepi dari blog Izah Muffin Lover. Cara membuatnya cukup mudah. Tak perlu menggunakan mixer/pengadun dan sukatan bahannya tak perlu ditimbang-timbang. Cuma guna sukatan cawan penyukat dan sudu penyukat saja. I like it!


    Sebenarnya ada satu cerita di sebalik kejadian muffin ni. Belek-belek resepi Izah, pilih resepi, salin dan terus ke dapur. Sukat, campur-campurkan, gaul-gaulkan bahan-bahannya dan terus sudukan ke dalam bekas muffin. Terus masukkan ke dalam oven. Buat dengan cepat dan pantas sekali. Maklumlah, anakanda tu dah mula merengek nakkan ummi dia. 

    Baru je muffin tu 2 minit di dalam oven, terus Naz terlompat dari tempat duduk. ALAMAKKKKK!!! Rasanya macam terlupa masukkan butter cair ke dalam adunan.. Apa lagi.. Cepat-cepat keluarkan semula muffin-muffin tu dari oven, curahkan semula ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan butter. Jadi ke tidak muffin aku ni?? Tawakkal je lah. 

    Sebab tu lah muffin ni bewarna coklat sikit sebab chocolate chips dan strawberry chocolate chips yang Naz campurkan ke dalam adunan telah mencair sikit semasa digaul semula dengan butter tadi. Lepas tu sudukan semula ke dalam acuan dan bakar mengikut resepi. Memang pasrah je dah masa ni. Jadi ke tidak muffin aku ni?

    Bila selesai saja masa pembakaran, cepat-cepat keluarkan dari oven. Tengok muffin cantik jer naiknya. Bahagian dalam muffin tak tau lagi macam mana kejadiannya. Bila dah sejuk, dengan bacaan Bismillah..ngap masuk ke mulut. YAHOOOOO....YABEDAAAABEDOOOOOO... Jadi juga muffin kesilapan teknikalku ini..(Izah, yang ni kita dua jer faham tau..heheheheeee..).

    Sukanya hati....berbunga-bunga dengan keriangan.. Alhamdulillah... Tidak la membazir. Memang betullah seperti kata Izah, campuran yogurt tu membuatkan muffin lebih moist, gebu dan lembut. Anak-anak pun kata sedap. 

    Esok harinya Naz buat satu lagi adunan yang diubah suai resepinya dari resepi asal supaya hasilnya sama seperti yang dibuat dengan kesilapan teknikal tadi. Minta maaf ye Izah. Akak terpaksa ubahsuai resepi tu agar bersesuaian dengan rupa muffin akak ni. Sesiapa yang nak lihat resepi asal dan nak tengok kejadian asal muffin ni boleh klik pada nama Izah ni. Mesti tengok tau sebab rupa asal muffin ni lain.


    YOGURT CHOCO MUFFIN WITH CHOCO CHIPS

    Bahan-bahan :
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1/3 cawan gula 
    • 1/2 tsp soda bikarbonat
    • 3/4 tsp baking powder
    • 1/4 tsp garam halus
    • 1 biji telur
    • 1/2 cawan yogurt natural (lagi bagus kalau guna low fat yogurt)
    • 1/3 cawan susu segar
    • 1/2 tsp asen vanilla
    • 2 Tbsp butter cair
    • 1/4 cawan coklat chips
    • 1/4 cawan strawberry coklat chips

    Cara-cara :
    1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk besar.
    2. Masukkan gula dan ketepikan.
    3. Di dalam mangkuk lain, campurkan yogurt dan telur. Sebatikan hingga licin(Naz guna balloon whisk). Kemudian masukkan susu, butter cair dan asen vanilla.
    4. Ambil 1/2 dari coklat chips dan strawberry coklat chips dan cairkan di atas api. Jangan sampai hangit!! Masukkan ke dalam adunan telur dan yogurt.
    5. Masukkan lebihan coklat chips dan strawberry coklat chips ke dalam mangkuk tepung. Gaul rata.
    6. Masukkan pula adunan campuran telur dan yogurt ke dalam mangkuk tepung dan gaul rata. Jangan over mix. Nanti muffin menjadi padat. Tak apa kalau nampak ada sikit-sikit lump dalam adunan.
    7. Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit.


    NOTA :
    • Langkah nombor 4 tu, boleh juga dibuat begini tapi sebelum buat langkah nombor 3 : Panaskan seketika susu di atas api, agak-agak suam jer. Campurkan 1/2 coklat chips dan 1/2 strawberry coklat chips dengan susu tu. Kacau-kacau sikit. Nak bagi warna tu ada jer. Tak apa kalau tak cair sepenuhnya coklat-coklat chips tu. Kemudian teruskan membuat muffin seperti resepi di atas.
    SELAMAT MENCUBA!
      

    2 AWARD DARI SAZA HAIZA.. TQ MY FRIEND..


    Assallamualaikum dan salam sejahtera. 

    Terima kasih yang tak terhingga kepada pemberi award ni iaitu Saza Haiza dari blog resepi & petua. Cantik sangat award ni. Terima kasih sekali lagi Saza.


    Award ni pun dari Saza juga untuk followers blog beliau. Jadi Naz angkut juga award ni sebab Naz pun termasuk juga dalam senarai followers Saza tu..heheheeeee... Terima kasih Saza. Harap persahabatan kita bukan setakat di blog sahaja..Insyallah..

    "Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita menjamu mata". Heheheeee.....

    TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN & ADA SESIAPA NAK JOIN GA??


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Terima kasih buat semua rakan taulan yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar anakanda Maisarah Hani dan juga Naz segera sembuh dari sakit-sakit kami ni.
    Alhamdulillah, hari ini Hani nampaknya dah mula ketawa, dah mula merayap mengemas rumah dan rak buku di rumah ni dan dah mula bermain cak-cak seperti kebiasaan. Ruam campak masih ada di beberapa bahagian tubuhnya tetapi demam dah hilang. Harap esok boleh pulih sepenuhnya.. (seminggu dah ni..)

    Naz sendiri pun dah beransur pulih walaupun belum sepenuhnya. Bengkak di pipi semakin susut. Tekak dah tak sakit, bengkak di gusi juga semakin mengecil tapi masih tak boleh buka mulut luas-luas. Still on soft diet lagi ni.. Hai.. dah dekat seminggu dah tak makan nasi dengan lauk pauk ni..huhuhu... Tak pelah.. Turun sikit kot berat badan..Kah..kah..kah.... Ayat penyedap hati jer tu.. Heheheeee..

    Eh cerita pasal berat badan, Naz ada cadangan untuk menganjurkan GA yang berkaitan dengan penurunan berat badan dan gaya hidup sihat. Tapi tak confirm lagi. Tengah fikirkan cara yang terbaik untuk melaksanakannya dan tengok dulu pada sambutan. Ada siapa-siapa nak join??? Siapa nak join, sila angkat lap top sekarang..heheheeeee..

    Okeylah banyak pula membebel. Sebelum mengundur diri, sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang meninggalkan pesan dan doa di ruangan komen dan juga di shout box. Love you all guys!!

    Tuesday, April 26, 2011

    MAAF TEMAN-TEMAN..

    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Minta maaf kepada semua rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN kerana tidak dapat bersiaran beberapa hari.



    Hal yang demikian berlaku kerana(chehwahhhhh.. macam buat karangan bahasa melayu lak..hehehe..)anakanda Maisarah Hani mengalami demam beberapa hari. Demamnya sentiasa pasang surut selama 4 hari. Pagi ni, kelihatan bintik-bintik merah di muka dan juga di bahagian badannya.  Demam campak rupanya. Ragam anak kecil demam ni, faham-faham je lah.. Sudahlah tak boleh berenggang langsung dengan umminya... Lepas tu, nak berdukung je sepanjang masa. Dengan ayahnya tak nak pula.. 



    Selain dari sebab di atas, Naz juga tak dapat mengupdate blog sebab.....jeng..jeng..jeng... Tuan punya blog ni sakit gigi...waaaaaaaaaaaaa!!!!! Tak pernah sakit gigi. Begini rupanya rasa sakit gigi. Nak kata sakit gigi ke sakit gusi eh?? Sebab gigi tak sakit pun. Yang sakit, gusi. Sampai bengkak gusi dan sebelah muka Naz di bahagian pipi.. Dah tembam pula sebelah muka Naz.. Sakitnya hingga ke tekak. Nak buka mulut pun tak boleh. Jadi beberapa hari ni cuma boleh makan bubur nasi jer. Itu pun nasi lembik dengan kuah sup tu jer. Dah itu jer yang masuk mulut dan boleh terus ditelan. Tak perlu dikunyah-kunyah. Tak boleh langsung makan makanan yang perlu dikunyah-kunyah sebelum ditelan. Nak menguap pun susah..huhuhu...

    Ini semua gara-gara gigi geraham bongsu Naz yang nak tumbuh tu.. Sebelum ni pernah juga sakit sikit bila geraham tu nak tumbuh tapi taklah sampai bengkak gusi dan pipi Naz. Kali ni sampai berlaku infeksi bila gusi tu terbuka sikit untuk gigi ni keluar.. Harus selepas ini kucabut saja gigi ini.. Tak nak lagi dah berulang peristiwa ini.. Sakit mak oiiiiiiiiiiiii..... Nak telan air liur pun dah sakit tekak..


    Okey sampai sini dulu. Doakan Maisarah Hani dan Naz cepat sembuh ye.. Bye!

    Friday, April 22, 2011

    PUDING ROTI KARAMEL PANDAN


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Lepas maghrib malam tadi, kami sekeluarga menghadiri satu jemputan makan malam di rumah seorang rakan berbangsa Iran. Jadi puding ini Naz sediakan petang semalam untuk dibawa ke rumahnya. Resepi yang sama seperti Puding roti karamel yang pernah Naz buat dulu. Cuma kali ini, Naz variasikan dengan rasa pandan.  Suka dengan rasa dan bau daun pandan yang wangi tu. 

    Pasangan Iran ni datang ke Malaysia tak sampai pun setahun lagi. Mereka datang kerana si suami sambung belajar di sini. Di negara mereka sendiri, si suami merupakan salah seorang pensyarah di sebuah universiti di sana. Mereka datang berdua sahaja kerana anak-anak mereka semuanya sudah besar panjang. Yang paling bongsu pun sedang menuntut di universiti di sana. 

    Apa yang menjadi sedikit masalah ialah mereka ni tak tau berbahasa inggeris. Yang suaminya bolehlah juga bercakap bahasa inggeris sebab dah belajar di sini kan walaupun mengambil masa sedikit untuk menyudahkan sebaris ayat. Yang isterinya pula memang tak tau langsung berbahasa inggeris. Rupanya barulah Naz tau, di Iran mereka memang tidak belajar bahasa inggeris di sekolah. Mereka lebih mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri.


    Selain Naz satu keluarga, mereka menjemput satu lagi pasangan (kawan baik kita orang jugak..) untuk makan malam ni. Bila dihidangkan dengan makan malam tu, teruja nak tanya resepi sebab hidangannya memang sedap cuma tiada yang pedaslah. Ada nasi yang menggunakan basmati. Ada lauk ayam yang bila dipandang macam ayam masak merah tapi bukan. Ada lauk bebola daging cincang yang bila dilihat seperti lauk masak kurma tapi juga bukan. Sayurnya adalah hidangan coloslow dan ada satu lagi hidangan seperti sup(tak perasan yang ini sebab tak makan). 

    Keseluruhannya, memang sedap hidangan makan malam tadi. Yang paling best, lauk ayamnya yang sungguh lembut isinya.. Rupa ayamnya tidak terjejas dengan isinya yang sungguh..sungguh..sungguhhhhhh..lembut. Kami yang teruja dengan masakan mereka, apa lagi terus jer bertanya.. Tapi susah juga nak faham. Yelah kami gunakan encik Iran ni untuk terjemahkan apa yang kami tanya kepada puan Iran. Lepas tu encik Iran juga kena terjemahkan apa yang puan Iran ni cakap. Sampai puan Iran ni cakap, kalau nak belajar masakannya, dia dengan senang hati nak mengajarkan kepada kami. Hahaha.. memang nak kena cari masa untuk menghadiri kelas masakan di rumah mereka ni.. Puan Iran cakap lagi kalau nak suruh dia masakkan di rumah kami untuk tetamu kami yang bertandang pun dia sanggup. Tapi tergamak ker kita???? Sungguh baik dan bersopan santun sangat mereka ni. Sampaikan sebelum menghidangkan makanan, siap tanya dan minta izin dari kami yang tetamu-tetamu mereka ni dulu. Nantilah. Memang dah pasang niat nak belajar masakannya satu hari nanti. Cuma nak kena tunggu masa yang sesuai jer. Kalau dah dapat belajar, Naz tepek resepi di sini ok!

    Inilah puding roti karamel pandan yang Naz bawa ke rumah mereka sebagai buah tangan..


    PUDING ROTI KARAMEL PANDAN

    Bahan-bahan puding :
    • 700 ml susu cair @ susu segar @ kombinasi kedua-duanya
    • 100 ml jus pandan
    • 2 biji telur saiz B
    • 2 Tbsp gula pasir
    • 6 keping roti
    • 2 Tbsp tepung kastad
    • Beberapa titis pewarna hijau
    Bahan-bahan caramel pandan :
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 1/4 - 1/2 cawan air panas mendidih
    • Beberapa titis pewarna hijau

    Cara-cara :
    1. Bancuh tepung kastad dengan sedikit susu dari 700 ml susu. 
    2. Koyak-koyakkan roti dan rendamkan dengan lebihan susu di atas. Biar 5 minit agar roti lembut.
    3. Masukkan semua bahan puding termasuk bancuhan tepung kastad dan juga roti yang direndam di dalam susu tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Ketepikan.
    4. Titiskan beberapa titis pewarna hijau kepada gula pasir dan gaul rata-rata. Masak gula di dalam kuali atau periuk hingga gula cair dan masukkan air panas (macam buat caramel biasa). Hati-hati! Akan berlaku sedikit letupan-letupan kecil pada caramel apabila air dimasukkan. Apabila gula telah cair semuanya(tiada lagi ketulan-ketulan), tutup api.
    5. Panaskan kukusan.
    6. Tuang caramel pandan ke dalam loyang diikuti dengan bancuhan puding. Apabila air kukusan telah mendidih, kukus puding selama 20-30 minit di atas api sederhana.
    7. Apabila telah masak, sejukkan pada suhu bilik sebelum disejukkan di dalam peti ais.
    8. Setelah sejuk, terbalikkan loyang ke dalam pinggan yang berlekuk dan hiaslah menikut kreativiti anda atau boleh dinikmati begitu sahaja.
    Puding roti karamel pandan yang ada di rumah untuk anak-anak. 

    SELAMAT MENCUBA!

    Wednesday, April 20, 2011

    AYAM SAMBAL SERAI WANGI


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Rasanya macam tak puas makan lauk sambal serai wangi bebola ayam semalam. Jadi hari ni lebih kurang menu ulang tayang. Cuma kali ini, Naz menggunakan ayam dan diubah suai sedikit kuantiti bahan-bahannya supaya sesuai dengan ayam dan lebih lagi rasa serainya.

    Naz suka rasa sambal yang pedas, terasa manisnya, terasa juga masamnya dan tak terlalu masin. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah diubah suai kuantiti bahan-bahan ini mengikut selera masing-masing. Tapi penggunaan serai yang banyak memang menaikkan lagi rasa sambal ni. 

    Ayam sambal serai wangi ni sedap dimakan dengan nasi yang masih panas dilawankan dengan sayur masak lemak putih...Perhhhhh... Bertambah-tambah nanti nasi..


    AYAM SAMBAL SERAI WANGI
    Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

    Bahan-bahan kisar :

    • 6 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 15-20 tangkai cili kering (direndam)
    • 2 batang cili merah
    • 5 biji cili padi
    • 2 inci kunyit
    • 1 inci belacan (lebih kurang 1 tsp)
    • 8 - 10 batang serai (dihiris kasar)

    Bahan-bahan lain :
    • 8 ketul ayam (dibuang kulitnya dan dibersihkan) -dikunyit dan digaramkan
    • 2 biji kentang dibelah 12 (macam wedges tu..)
    • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
    • 4 batang serai (dihiris nipis)
    • 2 batang serai (diketuk)
    • 5 helai daun limau purut (dikoyakkan)
    • 1-2 tsp asam jawa + 1/2 cawan air
    • Gula
    • Garam
    • Minyak masak

    Cara-cara :
    1. Goreng kentang, angkat dan toskan. Goreng pula ayam, angkat dan toskan.
    2. Tinggalkan minyak tadi sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar + bawang besar yang dimayang + serai yang dihiris + serai yang dititik + daun limau purut hingga garing.
    3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar mendidih.
    4. Masukkan kentang dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan biar seketika untuk rasa sambal menyerap ke dalam ayam. Rasakan manis, masin dan masamnya. Ubah suai ikut selera.


    SELAMAT MENCUBA!

    Tuesday, April 19, 2011

    SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Hari ini tiba-tiba tekak rasa nak makan makanan yang berserai pula. Serai pula memang merimbun banyaknya di belakang rumah. Jadi masaklah menu sambal serai wangi bebola ayam ini untuk makan tengahari tadi.



    Perhhhhh.. Memang sedapppppp sangat.. Encik hubby pun makan bertambah nampaknya sampai berpeluh-peluh.. Maklumlah sekarang musim panas di sini. Bau yang harum dari kombinasi serai dan daun limau purut turut membuka selera.

    Kepada sesiapa yang ingin mencuba, dipersilakan. Resepinya ada di bawah ye.
       

    SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM

    Bahan-bahan kisar :
    • 6 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci kunyit hidup
    • 30 batang cili kering (direndam)
    • 5 biji cili padi
    • 2 biji cili merah
    • 6 batang serai (dihiris kasar)
    • 1 inci belacan

    Bahan-bahan lain :
    • 20 biji bebola ayam
    • 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)
    • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
    • 2 batang serai (hiris nipis)
    • 1 batang serai (diketuk)
    • 4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
    • 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
    • Garam
    • Gula
    • Minyak masak

    Cara-cara :
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
    2. Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
    3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
    4. Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.
    SELAMAT MENCUBA!

    Monday, April 18, 2011

    ANOK TUPAI??

    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Hik..hik..hik...(gelak dulu sebab baru lepas layan 'Anok Tupai' ni..).

    Tapi...

    Bukan yang ini...
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    Ini ke?
    Bukan yang ini juga...
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    ^
    Haaaa!!! Yang ini...

    Di rumah ni, Husna dan ayahnya selalu bergaduh (gaduh-gaduh manja gitu..) sebab memang ayah dia ni suka sangat menyakat dia. Bila anak dara tu dah merajuk, mulalah ayahnya ni nyanyi lagu ni.. Tujuannya bukan nak memujuk tapi makin menyakat. Apalagi..makin hebatlah marah si Husna ni.. Selalu macam tu. Naik pening kepala Naz kadang-kadang tu sebab bising.. Ayahnya kuat menyakat.. Anaknya pula kuat menjerit bila diusik. 

    Tapi yang bestnya, kadang-kadang tu si Husna menyanyikan lagu ni tanpa dia sendiri sedari (agaknya sebab dah selalu sangat dengar waktu disakat oleh ayahnya) terutama bila dia leka tengah bermain sorang-sorang atau sedang menulis. Tersenyum-senyum simpul Naz kalau dengar. Tak boleh gelakkkkk.. Nanti dia marah pula..heheheheeeee..

    Jadi video lagu ini, Naz tujukan khas buat anakanda Maizatul Husna untuk tatapan di hari muka..Wakhhh..kahhh..kahhh.. Jangan marah ummi yer...

    Sunday, April 17, 2011

    KEK KEJU MANGGA DINGIN


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Asalnya nak buat kek keju durian tapi durian lak tak beli-beli.. Kali terakhir beli pun habis semua masuk perut sebelum sempat simpan sikit untuk buat kek ke, serimuka ke atau apa-apalah resepi yang menggunakan durian. Yang banyak ada di rumah ialah buah mangga. Jadi, buat kek keju mangga dululah. Kek keju durian lepas ni pulalah kalau rajin. 


    Okey, cerita tentang kek keju mangga ni, di dasar kek keju Naz letakkan kek mangga yang dibakar dalam loyang 8 inci. Oleh kerana loyang spring foam Naz juga berukuran 8 inci, jadi bila masukkan kek mangga tu, ada sedikit ruang dibahagian tepi-tepi loyang. Rupanya kek mangga yang dibakar tadi tu, mengecut sikit selepas sejuk. Oleh itu Naz letakkan 75 gm biskut chips more yang dihancurkan dan digaul dengan 1 Tbsp butter lembut di sekeliling dasar loyang spring foam tu. Kemudian, barulah dimasukkan kek mangga tadi dan ditekan lembut memenuhi dasar loyang. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, pastikan membakar kek mangga yang di dalam loyang yang ukurannya lebih besar daripada ukuran loyang spring foam yang ingin digunakan agar kek mangga muat betul-betul cun di dasar loyang spring foam anda.


    KEK KEJU MANGGA DINGIN
    (CHILLED MANGO CHEESE CAKE)
    Oleh : Naz's COSK

    [A] Lapisan Kek Span Mangga
    Bahan-bahan :

    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 2 biji telur gred B
    • 1/3 cawan gula kastor
    • 2 tsp susu tepung
    • 1 tsp ovallete
    • 1 tsp mango paste
    • 2 tsp minyak jagung
    Cara-cara :
    1. Masukkan semua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga kembang pada kelajuan maksimum selama 7 minit atau lebih.
    2. Masukkan minyak jagung dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
    3. Tuangkan ke dalam loyang 9 inci yang talah digris dan dilapik dengan kertas pembakar. Bakar selama 20 minit di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C.
    4. Setelah masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai.

    [B] Lapisan Kek Keju
    Bahan-bahan :
    • 250 gm krim keju
    • 200 gm krim putar (whipping cream)
    • 80 gm gula kastor
    • 1/3 cawan puree mangga
    • 1 Tbsp jus lemon
    • 150 gm isi mangga (dipotong kiub)
    • 1 1/2 Tbsp serbuk gelatin halal + 4 Tbsp air mendidih (larutkan dan sejukkan)
    Cara-cara :
    1. Pukul krim putar hingga kembang dan bertanduk (soft peak). Ketepikan.
    2. Di dalam mangkuk lain, pukul krim keju dengan gula kastor dan puree mangga hingga berkrim.
    3. Masukkan jus lemon dan isi mangga. Gaul rata dengan spatula.
    4. Masukkan 1/2 adunan krim putar dan gaul sebati. Masukkan 1/2 lagi krim putar dan gaul sebati.

    [C] Lapisan Jeli Mangga (sediakan apabila tiba masa untuk menggunakannya)
    Bahan-bahan :
    • 2 tsp serbuk gelatin halal
    • 200 ml air mendidih
    • 3 Tbsp gula kastor
    • 4 Tbsp puree mangga
    Cara-cara :
    1. Larutkan serbuk gelatin dan gula kastor di dalam air mendidih. Masukkan puree mangga dan gaul sebati.

    CARA MENYEDIAKAN KEK KEJU MANGGA DINGIN
    1. Masukkan kek span mangga [A] ke dalam loyang spring foam 7 atau 8 inci dan tekan rata.
    2. Tuang adunan untuk lapisan keju [B] ke atas lapisan kek mangga tadi dan ratakan.
    3. Sejukkan di dalam peti ais selama 3 jam.
    4. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang lapisan jeli mangga [C] dan sejukkan di dalam peti sejuk semalaman.
    SELAMAT MENCUBA!

    Saturday, April 16, 2011

    ROASTED HONEY CHICKEN WINGS aka KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU



    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Malam tadi bakar kepak ayam bermadu tapi bakar dalam oven jer. Resepi yang dikira mudah untuk dibuat. Banyak kali dah tertengok resepi ni dari blog kak NoorMasri. Rasanya ada 2-3 jenis resepi ni di blog beliau. Kalau nak tengok kak NoorMasri punya versi ayam panggang, boleh klik di sini atau di sini ye..

    Di rumah ni, kalau memasak menu ayam memang laju je anak-anak makan. Kalau lauk ikan, slow sikitlah kecuali ikan yang boleh digoreng garing. Kadang-kadang dah muak rasanya makan lauk ayam ni tapi untuk anak-anak, kumasakkanlah jua.. Anak-anak Naz ni memang tak jemu makan lauk ayam tak kiralah masak apa pun. 

    Uiiihhh...suka betul anakanda-anakandaku dapat makan kepak ayam panggang bermadu ni.. Masa tengah bakar pun dah tak sabar-sabar nak makan. Selesai sekali sesi makan je. Bagus juga.. Kalau disimpan, rasanya mesti dah kurang enak.



    KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU
    Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


    Bahan-bahan :

    • 8 ketul kepak ayam
    • 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
    • 3 Tbsp kicap manis
    • 5 Tbsp sos lada hitam
    • 3 Tbsp sos tiram
    • 4 Tbsp madu
    • 2 Tbsp jus lemon
    • 1 Tbsp minyak jagung
    • Garam
    • Bijan putih untuk taburan 

    Cara-cara :

    1. Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
    2. Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam (di dalam peti sejuk).
    3. Apabila tiba masa untuk memanggang, taburkan bijan pada kepak ayam. Bakar di dalam oven pada suhu 170 C sehingga kepak ayam masak lebih kurang 1 jam 10 minit bergantung pada oven masing-masing.
    4. Sewaktu pembakaran, sesekali curahkan dengan bahan perap yang masih ada dan terbalikkan ayam agar masak sekata.
    5. Hidangkan kepak ayam bersama nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.
    SELAMAT MENCUBA!

    Tuesday, April 12, 2011

    POSKAD DARI NIEZA


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Yahoooo dapat poskad dari NIEZA sempena ulangtahun pertama blog dia. Jauh ni dari Finland. Tq dear.. Really appreciate it. 

    Naz dulu, tak ada pun sambut 1st anniversary untuk blog Naz sebab masa tu tak berapa pandai berblogging lagi. Masa tu buka blog, tulis resepi, simpan sendiri..(macam syok sendiri jer..heheheeee)..Tak berapa pandai berinteraksi melalui blog masa tu. Sekarang pun tak pandai-pandai juga cuma dah taulah bagaimana nak menambah kenalan melalui blog dengan minat yang sama maupun minat yang berlainan. Alhamdulillah... Bertambah lagi kawan dan sahabat handai  di dunia ini walaupun tak pernah bersua muka. Jadi terima kasih kawan-kawan semua kerana sudi bersahabat dengan Naz. (Eh! Ni anniversary siapa sebenarnya ni??? Aku ke, Nieza ke??? Lebih-lebih pula buat ucapan..kihkih..kihhhhh...)

    SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA BLOG MAS & NIEZA


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Entry yang terlewat sehari.. Sepatutnya ucap semalam tapi tak sempat. 
    Walaubagaimana pun, Naz ucapkan "SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA BLOG" kepada Mas dan Nieza atas kelahiran blog mereka setahun yang lalu.. Semoga blog mereka akan terus hidup di alam maya ini. Tak akan lekang dek panas dan tak akan lapuk dek hujan. 

    Thanks guys for your friendship and I love both of you!

    Monday, April 11, 2011

    SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Hari ini, oleh kerana tak tahan dengan godaan kek coklat di dapur cyber Dj, terhasillah kek ni di dapurku pula. "KEK COKLAT LEMBAP TERLAMPAU TANPA TELUR".. Betul ke bila dah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu tu??? Hentam sajalah labu....

    Ada beberapa kelebihan kek ni yang menarik minat untuk membuatnya (pada sesiapa yang masih teragak-agak untuk membuat kek ni, sila ambil perhatian ye..heheheee) :
    • kek yang mudah untuk disediakan
    • tidak perlu menggunakan pengadun kek(mixer)
    • tidak menggunakan banyak peralatan/ mangkuk
    • tidak menggunakan telur (memanglahkan...)
    • tidak perlu mencairkan butter sebab tak guna pun dalam resepi
    • menggunakan minyak jagung atau minyak sayuran yang lebih sihat di dalam resepi
    • tekstur yang lembut dan memang lembap
    Jadi bolehlah mencuba pada sesiapa yang teringin. Sedap pada tekak orang di rumah Naz tapi "sedap" ni satu perkara subjektif. Lain orang, lain ragamnya. Lain tekak, lain rasanya. Jadi kalau nak tau sedap ke tidak, kenalah cuba sendiri... kan Kak Nor kan...


    SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
    Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
    Sumber Resepi : Dayang Jack

    Bahan-bahan :

    • 1 cawan tepung gandum [A]
    • 1 tsp baking powder [A]
    • 1/2 tsp soda bicarbonate [A]
    • 1/2 cawan serbuk koko [A]
    • 2 Tbsp susu tepung [B]
    • 1 cawan gula perang [B]
    • Secubit garam [B]
    • 1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais [C]
    • 1 tsp asen vanilla [C]
    • 1/2 tsp coffee emulco atau chocolat emulco [C]
    • 1/2 cawan minyak jagung/ minyak sayuran [C]
    • 1 tsp jus lemon atau cuka [D]
    Cara-cara :
    1. Panaskan oven pada suhu 160 C dan sediakan bekas untuk membakar kek.
    2. Ayakkan bahan-bahan [A] masuk ke dalam mangkuk.
    3. Masukkan bahan-bahan [B] dan gaul rata.
    4. Masukkan pula bahan [C] dan gaul dengan whisk hingga tiada ketulan.
    5. Masukkan bahan [D] dan kacau segera hingga sebati.
    6. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan anda dan bakar pada suhu 160 C selama 30 - 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
    7. Sejukkan kek selepas dikeluarkan dari oven dan hias mengikut citarasa atau boleh dinikmati begitu sahaja.



    SELAMAT MENCUBA!

    THANKS NIEZA DEAR...


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Alhamdulillah.. Atas ingatan rakan blogger, award yang sedang rancak ditujukan dikalangan blogger ni sampai juga ke blog "CUTE OVEN, SMALL KITCHEN". Terima kasih atas ingatan dari Nieza yang jauh nun di Finland. Tq very much dear.. Lambat sikit ambil award ni sebab ada homework yang nak kena buat bersama award yang diberi..Anak murid yang kurang rajin ni Nieza...heheheeee..

    Here are rules to abide accepting this award :

    1. Post linking back to the person that gave you the award :
    • Done!
    2. Shara 7 random things about yourself :
    • Seorang wanita
    • Seorang isteri kepada seorang suami
    • Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata
    • Seorang anak kepada pasangan ibu dan ayahku
    • Seorang menantu kepada ibu mertuaku
    • Seorang teman dan sahabat kepada yang sudi
    • Seorang hamba Allah yang masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki
    (Hahahaaaa... ok tak jawapan ni...Dapat berapa markah ni cikgu Nieza???)

    3. Award 15 recently discovered blogs :
    4. Drop them a note and tell them about it
    • Done!


    **** SEPERTI BIASA, NAZ SANGAT BERBESAR HATI KALAU YANG DI TAG SUDI MENGAMBIL AWARD NI TAPI TERPULANG SAMA ADA INGIN MENJAWAB SOALAN-SOALAN DI ATAS ATAU TIDAK. TIADA PAKSAAN DALAM PERSAHABATAN..HEHHEEHHEEEE..*****

    Friday, April 8, 2011

    MEE REBUS



    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Menu makan tengahari tadi. Mee rebus... Ni cara biasa Naz menyediakan mee rebus. Resepi ni belajar dari bonda Naz sendiri. Sedap kuahnya jika dibuat pekat-pekat.

    MEE REBUS
    Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


    Bahan-bahan pelengkap :

    • Mee kuning
    • 4 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
    • 10 biji bebola ikan (direbus sekejap dalam air panas dan dibelah 2)
    • Sayur sawi (dipotong-potong dan dicelur)
    • Tauge (dibasuh dan celur sekejap)
    • 4 biji telur rebus (dibelah 4 atau 2)
    Bahan-bahan hiasan:
    • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
    • 4 biji cili merah (dihiris)
    • Bawang goreng
    • Limau kasturi atau limau nipis


    Bahan-bahan kuah :

    • 8 ulas bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 1.5 inci halia
    • 2 Tbsp udang kering (basuh dan rendam dalam air)
    • 4 Tbsp serbuk kari daging
    • 4 batang serai (dititik)
    • 1 kg ubi keledek (direbus dan dikisar halus)
    • 500 gm daging lembu (dipotong kecil)
    • 1-2 ketul kiub pati lembu
    • 3 keping asam gelugor
    • Air secukupnya (lebih kurang 2500 ml)
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Minyak jagung untuk menumis

    Cara-cara memasak kuah :
    1. Toskan udang kering dari air. Kisar bersama bawang merah, bawang putih dan juga halia.
    2. Panaskan minyak jagung di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan juga serai hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk kari dan gaul sesekali selama 1-2 minit.
    3. Masukkan daging lembu yang telah dipotong kecil. Biar hingga daging bertukar warna.
    4. Masukkan air dan juga keledek yang telah dikisar. Masukkan juga asam gelugor. Biar hingga menggelegak.
    5. Masukkan kiub pati lembu, garam dan gula secukup rasa dan masak kuah hingga sedikit likat mengikut selera masing-masing.
    6. Hidangkan mee kuning bersama bahan-bahan pelengkap. Curahkan kuah ke atasnya apabila menghidang dan taburkan bahan-bahan hiasan. Perahkan asam limau sekiranya suka.


    SELAMAT MENCUBA!

    Thursday, April 7, 2011

    KUIH KERIA


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Resepi kuih yang sangat mudah untuk dibuat. Tak kira..nak letak juga dalam ni. Manalah tau, esok-esok dah tua, dah mula pelupa, nak buat kuih keria pun dah tak tau dan tak ingat(tapi bab on komputer still ingat..hehehe..). Jadi boleh la rujuk resepinya...hahahahaaaaa...(Logik tak alasan ni..??)


    Sebenarnya Naz kalau buat kuih keria ni tak sukat pun keledek dan juga tepung gandum tu. Main agak-agak je. Tapi memang tak letak banyak sangat tepung sebab nanti kuih ni akan keras bila digoreng. Biar keledek yang lebih baru sedap rasanya dan lembut je kuih ni. Tak ada lah kalau dibaling ke dinding, retak pula dinding tu. 

    Jadi sebenarnya, membuat kuih ni berdasarkan pengalaman. Sebab apa Naz kata pengalaman? Kerana keledak ni ada beberapa jenis. Setiap jenis keledek mempunyai kandungan air yang berbeza-beza jadi tahap penyerapan air pun berbeza sewaktu merebusnya. Jadi penggunaan tepung pun berbeza juga sukatannya untuk setiap jenis keledek. Jadi untuk mendapatkan doh yang sempurna kenalah cuba jaya bak kata orang "try and error" la..

    Walau bagimana pun, resepi di bawah ni Naz copy & paste dari blog Mas(Duniaku). Resepi asal dari Shahmi(MyR). Naz ambil resepi ni sebab Mas pun suka kuih keria yang lembut je dan tak guna banyak sangat tepung. Mas pun baru je buat kuih ni 2 hari lepas.

    KUIH KERIA
    Resepi asal dari : Shahmi(MyR)

    Bahan-bahan :
    • 500 gm keledek
    • 1 cawan tepung gandum
    • Sedikit garam
    • 3 sudu besar gula dan sedikit air -  untuk salut keria 
    • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

    Cara membuat keria :
    1. Kupas keledek dan rebus ubi keledek hingga empuk dan toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
    2. Lenyek sampai hancur sementara ubi keledek masih panas.
    3. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi keledek betul2 sejuk.
    4. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
    5. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
    6. Setelah siap digoreng, masak gula dengan air dalam kuali lain yang bersih.
    7. Didihkan gula hingga pekat  dan kemudian masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
    8. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
    9. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
    10. Jom kita makan.
    OKEY, SELAMAT MENCUBA!


    Wednesday, April 6, 2011

    APPLE ORANGE CAKE


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Buat kek ni malam tadi. So hasilnya seperti gambar-gambar ni. Boleh dikategori sebagai kek yang sihat kerana penggunaan buah dan juga penggunaan minyak jagung di dalam resepi.


    Rasa kek ni tak berapa manis. Sedang elok saja. Lebih sedap kalau dimakan bersama sos kastad. Tapi kalau sesiapa yang suka manis-manis tu, tambahkan kuantiti gula di dalam resepi.


    Memang sedap terutama rasa buah epal di dalam kek ni..Emmm..yummy.. Okey resepi seperti biasa..di bawah ye..


    KEK EPAL OREN

    [A] Inti Kek
    Bahan-bahan :

    • 5-6 biji epal Granny Smith
    • 1 Tbsp serbuk kayu manis
    • 1/2 Tbsp serbuk buah pala
    • 2 Tbsp gula perang lembut
    • 1/4 cawan kismis
    Campurkan semua bahan di atas kecuali kismis dan gaul sebati. Ketepikan.


    [B] Batter
    Bahan-bahan :
    • 4 biji telur
    • 1 cawan gula perang
    • 3 cawan tepung gandum*
    • 1 Tbsp baking powder*   (* ayak bersama)
    • 1 tsp garam halus*
    • 1 cawan minyak jagung
    • 3 Tbsp kordial oren sunquik
    • 2 tsp asen vanilla
    • 1/4 cawan susu cair
    • 1/4 cawan jus buah oren sunquik
    • 1 Tbsp parutan kulit oren sunquik

    Cara-cara :
    1. Dalam mangkuk pengadun, pukul telur dan gula hingga kembang.
    2. Masukkan bahan cecair yang lain dan pukul hingga sebati. Masukkan parutan kulit oren dan gaul rata.
    3. Masukkan bahan ayak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.


    Cara membuat kek :
    1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Lengser spring form tin berukuran 8 atau 9 inci dengan marjerin dan taburkan tepung gandum rata-rata. Ketuk keluar lebihan tepung.
    2. Masukkan 1/2 adunan batter ke dalam loyang dan ratakan. Taburkan pula 1/2 daripada inti kek ke atas permukaan batter. Kemudian taburkan kesemua kismis ke atas inti epal. Seterusnya tuangkan lebihan batter yang tinggal menutupi inti epal dan kismis dan ratakan permukaannya. Akhir sekali taburkan baki inti epal ke atas permukaan batter tadi. 
    3. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 1 jam 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Selepas 1 jam pembakaran, boleh letakkan sehelai aluminium foil di atas kek untuk mengelakkan epal di bahagian atas kek menjadi terlalu garing).
    4. Sejukkan dulu sebelum mengeluarkan kek dari tin. 
    5. Ayak sedikit gula aising di atas kek sekiranya suka ketika menghidang atau makan bersama sos kastad(option).

    [C] Sos Kastad
    Bahan-bahan :
    • 2 cawan susu segar skim(skim fresh milk)
    • 2 Tbsp tepung kastad
    • 2 Tbsp gula pasir

    Cara-cara :
    1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga tepung kastad larut.
    2. Tenggekkan periuk di atas api dapur dengan api sederhana. Masak sos kastad hingga kelihatan sedikit likat. Tutup api dan sejukkan. 
    3. Tuangkan sedikit sos kastad ke atas kek sebelum menikmati hidangan.

    NOTA :  

    • Kek ini lebih sedap dimakan setelah seharian. Memang lebih umpphhh kalau dimakan bersama sos kastad..
    • Kismis tidak ditabur pada lapisan epal yang ke dua (di permukaan kek) kerana kismis ini akan terasa pahit(over burn) setelah selesai proses pembakaran.
    Kek yang dimandikan dengan sos kastad. Nak sepotong??

    SELAMAT MENCUBA!

    Tuesday, April 5, 2011

    KEREPEK PISANG



    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Malam tadi MIL bagi 2 sisir pisang(tak tau nama pisang ni hehehe...Dah tau nanti Naz update..). Sesisir dah masak dan sesisir lagi masih muda. Jadi yang sesisir muda tu, Naz buat kerepek pisang. Dapatlah 2 botol kuih yang saiz besar tu. Resepi yang senang ni patutnya tak payah letak kan tapi tulis juga lah...

    KEREPEK PISANG

    Bahan-bahan :
    • Pisang muda 
    • Minyak masak secukupnya
    • 1 tsp garam + 1/2 cawan air suam


    Cara-cara :
    1. Lumurkan pisau dengan minyak masak untuk mengelakkan getah pisang dari melekat pada pisau.
    2. Kupas kulit pisang hingga habis.
    3. Panaskan minyak di dalam kuali.
    4. Dengan menggunakan penyagat, sagat pisang tadi masuk ke dalam kuali. Masukkan 1 -2 tsp air garam. Balik-balikkan pisang agar masak sekata. Apabila telah kekuningan, angkat dan toskan. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

    Hahaha... senang je kan nak buatnya..Harus habis hari ni juga bila anak-anak balik dari sekolah nanti.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...