Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, December 31, 2010

ROTI GORENG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama teringin nak mencuba buat roti goreng ni.  Kalau di sini, roti goreng ni diusahakan untuk dijual sebagai makanan frozen.  Intinya selalu memang kacang merah.  Anak-anak pun memang suka.  Resepi dah ditelek-telek dari beberapa sumber.  Akhirnya buat keputusan ikut resepi yang dijumpai dari blog Ijan-Findland ni tapi Naz ubah suai sikit ikut kehendak Naz.  Jadi siapa yang nak tengok resepi asal boleh rujuk sini.


Ini roti goreng inti kacang merah...

ROTI GORENG
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
2 cawan tepung roti/ tepung gandum
2 Tbsp margarine yang dicairkan
2 Tbsp susu pekat manis
1 Tbsp gula
1 tsp garam
1/2 cawan air suam
1/2 paket yis segera (lebih kurang 2 tsp yis segera)

Ini roti goreng inti sambal bilis..

Cara-cara :
1.  Larutkan garam dan gula di dalam air suam.  Kemudian masukkan marjarin, susu pekat manis dan juga yis ke dalam larutan.  Biarkan 30 minit hingga larutan yis kembang(nampak berbuih-buih).
2.  Di dalam mangkuk yang mengandungi tepung, masukkan larutan ini sambil menguli hingga sebati.  Sekiranya perlu, tambah sedikit demi sedit air suam lagi hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.  Biarkan doh naik dua kali ganda.
3.  Tumbuk doh untuk membuang angin.  Bulat-bulatkan doh seberat 50 gm dan isikan dengan inti pilihan anda.  Biar doh ini naik lagi sekali.
4.  Panaskan minyak dan goreng atas api perlahan.  Balik-balikkan biar masak sekata.  Angkat dan boleh dihidangkan.

NOTA :
Kalau buat double adunan ni, boleh dapat banyak roti goreng ni.  Goreng roti separuh masak(warnanya kuning cair je), dan sejukkan.  Kemudian simpan di dalam plastik atau bekas dan boleh disimpan di dalam peti ais.  Bila nak makan, just keluarkan dan goreng hingga betul-betul masak sepenuhnya.  Ingat!! Api perlahan jer tau!

Thursday, December 30, 2010

DAGING GORENG KICAP


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi yang mudah.  Pejam mata pun boleh buat kan..(betul ke pejam mata boleh buat ni?? Nanti terbakar pulak tangan..AMARAN!!!  JANGAN MEMASAK SAMBIL MEMEJAM MATA TAU!!  Karang ada pulak yang saman Naz sebab cakap pejam mata pun boleh memasak).

DAGING GORENG KICAP

Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
400 gm daging lembu (basuh, hiris & gaul dengan garam dan kunyit)
1 labu bawang besar (dimayang)
4 biji bawang merah *}
3 ulas bawang putih * } (ditumbuk bersama)
2 inci halia *               }
3 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji cili merah (dihiris)
4 biji kentang (kupas kulit, basuh & hiris)
1/2 cawan kicap manis
2 Tbsp sos tiram
4 Tbsp sos tomato
1/2 cawan air
Minyak masak

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Goreng kentang hiris.  Angkat dan ketepikan.  Kemudian goreng pula daging.  Angkat dan ketepikan.
2.. Tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng tadi di dalam kuali cukup untuk menumis.  Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan tumbuk dan juga bawang besar.  Biarkan layu dan naik baunya.
3.  Masukkan sos tiram, kicap manis, sos tomato dan juga air.  Biar sebati dan menggelegak.
4.  Masukkan kentang goreng dan daging goreng tadi bersama hirisan cili merah.  Kaup balikkan di dalam kuali hingga sebati.  Tutup api.  Hidangkan bersama nasi putih.

Wednesday, December 29, 2010

KACANG BOTOL GORENG TAUCU


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi ringkas, cepat dan mudah..Semuanya ringkas-ringkas je Naz masak sebab kena berlumba dengan masa sewaktu baby Maisarah Hani tidur.

KACANG BOTOL GORENG TAUCU

Sumber : Naz's CUTE OVEN SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
10 batang kacang botol (hiris tapi jangan nipis sangat)
1 batang lobak merah (hiris)
1 biji bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris memanjang)
1 biji cili merah (hiris)
2 Tbsp taucu
1/2 tsp gula (optional)
1/4 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak  di dalam kuali.  Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan juga cili merah.  Biar hingga layu.
2.  Masukkan taucu dan juga air.  Masukkan lobak merah dan juga kacang botol.  Biar hingga sayuran layu sikit.  Rasa masakan.  Sekiranya terlalu masin boleh tambah sikit air atau masukkan 1/2 sudu teh gula.
3.  Siap untuk dihidang.

SUP TULANG LEMBU


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Keadaan cuaca yang sejuk akibat hujan yang turun mencurah-curah tanpa henti ni buat perut rasa lapar je.  Pekena sup tulang yang panas-panas dalam cuaca macam ni memang sedap.  Dapat pulak kalau makan dengan nasi yang panas dilengkapi dengan sambal belacan..fuuuhhhhh..terangkat!!

Jadi seperti biasa resepinya di bawah yer..

SUP TULANG LEMBU
Sumber : Naz's CUTE OVEN SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
Beberapa kerat tulang lembu
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 inci halia
10 biji lada hitam (boleh tambah lagi jika suka)
Rempah 4 sekawan (kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih)
1 atau 2 sup bunjut
2 - 3 cawan air (boleh adjust ikut keperluan)
2 biji kentang
2 biji buah tomato (optional)
1 biji limau nipis
Minyak masak untuk menumis

Untuk hiasan :
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara :
1.  Tulang lembu dibersihkan dan dipotong kecil.  Masukkan ke dalam periuk bersama air dan rebus di atas dapur hingga dagingnya empuk.
2.  Sementara itu tumbuk lada hitam bersama bawang merah, bawang putih dan juga halia bersama.
3.  Apabila daging telah empuk, tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan di dalam kuali.  Apabila telah layu dan naik baunya, masukkan bahan tumis ini ke dalam periuk rebusan tulang tadi bersama dengan sup bunjut.  Biarkan sebati dan masukkan garam.
4.  Kupas kulit kentang dan potong 4.  Masukkan ke dalam sup dan biar hingga empuk.
5.  Basuh dan potong 4 buah tomato.  Masukkan ke dalam sup.  Tunggu hingga layu sedikit dan tutup api.

Cara menghidang :
Masukkan sup tulang ke dalam mangkuk hidangan.  Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang beserta bawang goreng.  Perahkan sedikit jus limau nipis.  Sedia untuk dihidang.

Tuesday, December 28, 2010

ASAM REBUS IKAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Wah!  Lamanya bercuti.  Blog pun dah bersawang ni..hehehe..  Okey tak nak membebel panjang-panjang..  Resepi Asam Rebus Ikan ni, mak yang ajar cara membuatnya.  Kalau di rumah Naz, menu ni memang kegemaran hubby, my son dan Naz sendiri.  Jadi kepada sesiapa yang tidak pernah memasaknya dan ingin mencuba, diucapkan selamat mencuba resepi yang simple sangat ni..

ASAM REBUS IKAN

Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
3 ekor ikan kembung (boleh diganti dengan ikan lain seperti ikan tenggiri atau ikan parang)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi (tambah atau kurangkan mengikut citarasa)
2 inci kunyit
2 inci belacan
2 batang serai
2 keping asam gelugur
5 batang bendi (boleh tambah lagi sekiranya suka)
2 - 3 cawan air

Cara-cara :
1.  Ikan disiang, dibasuh dan ditoskan.
2.  Tumbuk atau kisar cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit dan juga belacan.  Masukkan ke dalam periuk bersama air dan serai yang diketuk. 
3.  Didihkan di atas dapur.
4.  Bila kuah mendidih, masukkan ikan dan asam gelugor.  Rasakan garamnya.
5.  Masukkan pula bendi yang telah dibasuh. Biar seketika hingga bendi kelihatan layu sedikit.  Tutup api dan hidangkan bersama dengan nasi.

NOTA :
Resepi ini dikategorikan sebagai resepi sihat sebab memasaknya dengan kaedah merebus saja.  Lagipun tiada penggunaan minyak di dalam resepi ini..  Sesuai sangat untuk yang ingin berdiet cara sihat..

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru(Tahun Hijrah). Jadi di sini, atas kesempatan yang ada, diucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua rakan-rakan blog, pengunjung-pengunjung blog serta mereka yang mengenali diri ini. Semoga berlalunya tahun lalu membawa banyak kegembiraan kepada kita dan hadirnya tahun baru ini memberi keinsafan dan kesyukuran kepada kita semua kerana masih dipanjangkan usia...

Sunday, December 5, 2010

MUFFIN COKLAT YANI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk minum petang hari ini, Naz buat muffin coklat resepi dari Kak Yani(My Resipi). Dah nama pun Muffin Coklat Yani, tentulah tuan empunya resepi orang yang bernama Yani tu kan..
Resepi untuk muffin ni dah pernah letak dulu.. Jadi boleh rujuk di sini atau klik jer pada nama Kak Yani niii..
Suka buat muffin ni sebab tekstur di bahagian atas muffin ni bila sejuk agak crunchy sikit. Lagi pun membuatnya cukup senang. Tak payah pakai mixer. Semua bahan dikacau-kacau je.
Naz dapat 15 biji muffin dengan adunan ini.

NASI LEMAK


Assallamualaikum dan salam sejahtera.


Sarapan pagi ni buat nasi lemak dengan sambal tumis sotong kering. Resepi Naz dah pernah letak dulu. Klick je pada nama makanan di atas tu ye untuk melihat resepi.
Cuma kali ini, sotong kering tu Naz rendam selama 4 jam sahaja. Tidak seperti sebelum ini, 6 jam Naz rendam sotong tu dalam air abu. Saja jer nak buat ujikaji. Hasilnya sotong tetap lembut dan boleh digigit selepas dimasak(tak macam tayar basikal lah) dan ada rasa kenyal-kenyal sikit. Tidak seperti yang dulu tu, bila direndam 6 jam memang lembut betul.
Jadi terpulanglah nak rendam lama mana. Kalau suka yang betul-betul lembut, rendamlah 6 jam. Tapi kalau suka rasa sotong tu biar ada liat-liat sikit, rendamlah dalam masa 4 jam sahaja. Okey kalau nak tengok cara merendam dan melembutkan sotong kering rujuk di sini.


TAG DARI KAK ATIE

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni baru berjaya menyiapkan tag dari kak Atie ni. Sorry lah kak Atie, lambat sikit menyiapkannya sebab dua tiga hari ni busy sikit.. Anyway tq sebab tag Naz.. Ingat jugak kak Atie pada Naz insan yang kerdil ni..(kuang..kuang..kuang..jiwang pulak).
Okey, soalan dan jawapannya ada di bawah..

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
~ Masak lemak cili api
~ Sambal belacan
~ Nasi goreng tom yam


2.2 jenis air apa yg korang paling suker?
a) Air limau nipis
b) Air batu kosong


3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3... malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
~ Malay..western..and japanese


4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'
~ Masak lemak cili api laaaa... Nak letak lagi satu boleh?? Mee rebus(tp x pernah letak pun lagi resepi di blog hehehe..)


5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
~ Yang ni sama macam kak Atie kot..hehehe..sebab memang kalau bab makan, hubby yang bayar.. Dah tu kalau makan, memang selalu dengan hubby, dialah yang bayar ye tak.. Tapi idok lee sampai makan ari ni, pastu kena puasa seminggu ker, sebulan ker sebab kena potong budjet hehehe..


6.Beri nama restorant favourite.apa makanan kt situ yg paling sedap?
~ Kalau di sini, restorant Noodle Station. Menunya, nasi goreng tomyam(tapi idok leee selalu..Kalau hubby ajak je baru pergi..sebab yang nak kuar duit pun dia..lagi pun Naz ni tak cerewet bab makan..janji rasanya tak pelik dan sedap serta bersih gerai. Gerai makanan panas yang biasa tu pun pergi jugak.. alaaa..warung tepi jalan tu).
- Kalau keluar dari sini, suka pergi restoran Ayam Penyet.. Macam wajib je pergi every time menghala ke Selatan bila nak balik rumah mak..sebab di sini tak ada restoran tu. Menunya nasi putih dengan ayam penyet laaa dan tak tinggal sambal belacannya yang pedas gilossss...


7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
~ For sure ayam... Daging lembu pun makan gak.. Ikan pun makan gak tp nengok dimasak macam mana..


8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
~ Ngak ingat sebab tak tau start bila berdating.. Before that kalau jumpa bukan sebab dating tapi atas urusan kelab(AJK lah gamaknya niii..)


9.Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?
~ Soto ayam... Sebab my hubby memang suka makanan yang berasaskan sup-sup ni. Dulu first time nak cuba masak, hubby mintak tolong ajarkan macam mana nak masak sup ayam dan buat soto(masa tu Naz dalam pantang anak sulung). Lepas daripada tu sehingga sekarang kalau nak makan soto atau nasi ayam, hubby yang tawar diri nak masak dan dia boleh masak untuk tetamu.. Sampai mak mertua my hubby(my mom leee..), dah tau kalau menu soto nak buat ari tu di rumah mak, mesti menantu dia yang akan masak.


10.Klu pegi umah orang,korang brharap org tue hidang apa?
~ Entah tak pernah pulak berharap cam tu tp kalau masa datang tu tgh haus dan ditambah dgn cuaca yang panas terik, harap-harap dia hidang air sejuklah hehehe...


11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung.samada x sedap/tekak korang dh kembang.
~ Kalau di sini orang panggil perut muda..alaaa usus lembu tu yang dibuat air asam campur dengan perut lembu.. Tak pernah try pun...


12.Menu raya yg paling disukai.
~ Lontong mak dan nasi impitnya.. Rendang mak...kuah kacang..


13Jajan/cekedes favourite?
~ Tak ada dalam senarai sebab jarang sangat makan...


14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
~ Banyak sangat kalau nak kira makanan yang disukai lebih-lebih lagi kalau mak yang masak.. Sebab nak dua je..bagi dua je la...Ishhhh tak reti la nak jawab. Apa-apa yang mak masak semua suka..


15.Makanan paling pedas yg korang mkn.sapa masak?
~ Hahaha.. dah tentulah yang sendiri masak sebab tahap kepedasan makanan yang Naz suka memang tinggi dan melampau. Kadang-kadang orang cakap, lidah Naz ni dah rosak gamaknya sebab orang lain kalau makan dah pedas sampai kuar asap kat telinga, Naz boleh nambah lagi menu pedas tu hehehehe.. Cuma idok lee masak pedas cam tu kalau nk bg org lain makan di rumah ni..


16.Korang klu jumpa org yg TAGG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
~ Kak Atie..,kalau bab hidang, bergantunglah nak masak apa masa tu.. Yang pastinya mestilah hidang yang sedap-sedap kan... Tapi kalau bab belanja kena tanya Kak Atie lah nak makan apa...


17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
~ Alamak! Nak kena tag orang lain ker?? Tak pernah buat ni.. Nanti kena marah lak.. Anyway Naz tag jugak 5 orang yang terpilih ni tapi bab buat tu Naz tak paksa ye.. Kalau orang yang ditag ni tak nak buat pun tak apa dan kalau tak suka, Naz minta maaf banyak-banyak eh..
1) Kak Liza jb (A SLICE OF CAKE TO INSPIRE)
2) Kak Ina (INAHAR'S COOKING TIME)
3) Moklong-ina (MOKLONG)
4) Norhidayah (BILA HIDAYAH MENULIS)
5) Daniela (LIFE AS A TEENAGER)

Saturday, December 4, 2010

PAU 4 (KAK TON)



Assallamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni buat kuih pau. Ini merupakan resepi pau yang ke 4 dicuba. Resepi sumbangan Kak Ton(My Resipi). Ronda-ronda semalam, tengok resepi pau ni ada di rumah Kak Yani bawah label kuih-muih. Jadi buat keputusan nak cuba buat hari ini. Lagi pun MIL dan SIL nak datang ke rumah.. Jadi bolehlah hidangkan kuih pau ni..

PAU (KAK TON)
Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Sumber : Kak Ton(My Resipi)

Bahan-bahan :
250 gm (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 tsp) yis mauripan
2 gm (1/2 tsp) baking powder
50 gm (4 TBSP) gula kastor
20 gm (1 TBSP) lemak sayuran
2 gm (1 tsp) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-cara :
1. Masukkan tepung, yis, baking powder, gula kastor dan bread softener ke dalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Masukkan inti pilihan dan tutup kemas.
6. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
7. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start. Bila doh selesai diuli, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam). Kemudian teruskan dengan langkah 5 hingga habis.


Emmm... sedap, lembut, gebu, enak, lazat, tidak mengecewakan, terangkat...(apa lagi nak sebut ni ehh??). Sungguh.. tak tipu ni.. Anak Naz, Husna suka sangat makan pau ni.. Siap cakap: "Best Ummi.." Wah! Seronoknya bila dapat memenuhi selera anak-anak kan..
Kakai ipar siap mintak lagi resepi pau ni bila dah rasa. (Nasib baik Naz buat menjadi..hehehe..).


Tengah-tengah makan tu, Husna tanya : "Ummi, boleh ke Ummi buatkan pau ni yang dalamnya inti cheese?" Aaa?? Pau inti cheese? Ada ke orang buat? Nak kena semak ni.. Tapi satu idea jugak kan. Cuma tak taulah rasanya sebab tak pernah cuba buat lagi..

WATERMELON JELLY


Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni tertunailah hasrat di hati untuk membuat fruit jelly yang terkenal di kalangan blogger semenjak kebelakangan ni. Kak Nor dah buat, Izah pun dah buat dan yang pastinya resepi asal diambil dari Kak Yani-My Resipi.

Resepi asal menggunakan buah limau. Naz pula buat menggunakan buah tembikai. Buah tembikai ni ada dalam peti ais. Separuh dah dimakan. Tinggal lagi separuh, rasanya macam dah tak ada orang nak usik dah sebab kurang manis dan rupanya yang tak berapa merah. Jadi Naz proses untuk dijadikan jelly tembikai.

Wow! Memang tak mengecewakan hasilnya. Dari rupa yang kurang berseri tadi terus jadi menawan. Warna merahnya sungguh cantik selepas dikisar buah ni.. Rasanya... emmmm... sedap..Memang tak lari dari rasa tembikai dan yang pastinya dah manis dari asal sebab dah ditambah gula. Jadi kepada yang nak mencuba, dipersilakan..



WATERMELON JELLY
Sumber : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :

1/2 biji buah tembikai
10 gm serbuk agar-agar
100 gm gula

Cara-cara :

Mula-mula korek keluar isi buah tembikai dengan sudu. Kisar isi buah tembikai di dalam pengisar. Tuang dan sukat menjadi 1000ml(1 liter). Maknanya kalau kurang tambah sikit air untuk jadi 1 liter.


Masukkan tembikai kisar, serbuk agar-agar dan juga gula ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.


Letakkan kulit buah tembikai yang dah kosong tadi di atas mangkuk yang sesuai untuk memudahkan proses menuang adunan jelly. Tuang adunan jelly tembikai ke dalam kulit buah tembikai. Biarkan ia mengeras.


Setelah keras, sekiranya didapati agar-agar sedikit mendap, potong untuk mengemaskan bahagian tepi buah tembikai seperti gambar di bawah.


Kemudian bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

Thursday, December 2, 2010

BASIC MINI QUICHE


Assallamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi buat quiche ni. Quiche ni merupakan antara makanan kegemaran anak-anak di rumah ni. Resepi ini merupakan resepi asas untuk buat quiche. Mula-mula belajar membuat quiche ni dulu(masa tu di Perth), inilah resepi yang Naz guna. Belajar membuatnya di sekolah Haris(play school) waktu aktiviti untuk ibu-ibu di sana. Jadi tak nak membebel panjang-panjang (sebelum baby Maisarah Hani terjaga), baik cepat-cepat siapkan entry ni..

BASIC MINI QUICH
(A) PASTRY
Bahan-bahan :

175 gm tepung gandum
80 gm butter atau marjerin
2 TBSP air sejuk(air dari peti ais)
Secubit garam

Cara-cara :
1. Ayak tepung masuk ke dalam mangkuk. Campurkan garam dan gaul rata.
2. Masukkan butter atau marjerin dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti(breadcrumbs).
3. Masukkan air sejuk dan gaul hingga menjadi doh.
4. Bulatkan doh dan balut dengan cling wrap. Simpan 30 minit di dalam peti sejuk.
5. Setelah 30 minit, keluarkan doh dan buka pembalut plastik. Canai doh setebal lebih kurang 0.3cm. Terap doh dan masukkan ke dalam acuan tart atau acuan muffin. Kemaskan bahagian dalamnya dan potong lebihan doh di tepi-tepi acuan. Cucuk dasarnya dengan garfu. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 15-20 minit.
6. Setelah masak keluarkan sarang quiche dari acuan dan sedia untuk digunakan.

(B) BASIC FILLING QUICHE
Bahan-bahan :

2 biji telur
2 inci lobak merah (cincang halus; Naz sagat jer..lagi cepat)
Sedikit daun bawang (hiris)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan parutan keju cheddar (Naz guna yang dah siap diparut tuuu)
Garam dan lada sulah

Cara-cara :
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sikit dengan garfu.
2. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
3. Masa masukkan garam tu, agak-agak lah ye sebab selalunya keju telah menyumbang rasa masin.

(C) PENYEDIAAN BASIC MINI QUICHE

1. Susun sarang quiche(pastry yang dah dibakar tadi) di dalam loyang pembakar.
2. Tuang atau sudukan filling quiche. Kalau suka boleh taburkan sedikit keju parut di atasnya.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 10-15 minit atau sehingga masak. Quiche telah masak apabila filling kelihatan membukit semasa memasak(seperti gambar di bawah).


Quiche yang telah masak sedang berposing dan tunggu untuk dimakan...

NOTA :
Dengan resepi di atas Naz dapat 14 - 16 biji quiche dengan menggunakan acuan pai berdiameter 5cm pada permukaannya dan 3.5cm di dasarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...