Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, September 22, 2010

SALAM SYAWAL



Salam Syawal pada semua pengunjung blog ini serta teman-teman. Walaupun agak terlewat ucapan ini, Naz tetap nak ucapkan pada semua yang melawati blog ini. Harap maafkan segala ketelanjuran dan kesilapan yang ada. "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

MINI LIDAH BUAYA


Salam semua. Tak tau nama apa nak letak untuk kerepek/kuih ni sebenarnya. Tapi sebab kali pertama makan di rumah PR masa duduk di Perth dulu, terus je ingatkan kerepek ni kerepek lidah buaya. Cuma masa tu, Naz rasa sedikit kagum sebab merasakan PR tu begitu rajin buat kerepek lidah buaya tu dalam saiz yang begitu kecil dan comel. Korek punya korek, rupanya kerepek yang kusangka lidah buaya tu dibuat dengan menggunakan kulit popiah. Patutlah rangup betul bila dimakan. Tapi rasanya memang saling tak tumpah macam kerepek lidah buaya atau sesetengah orang panggil kuih tiram. So Naz letaklah nama kerepek ni Mini Lidah Buaya.
Ok, resepi yang senang ni ada di bawah ye.

MINI LIDAH BUAYA
Bahan-bahan
:
Kulit popiah

Minyak untuk menggoreng
Gula kastor

Cara :
1. Gulung kulit popiah seperti di bawah. Sapukan sedikit air di hujung gulungan untuk mengelakkan gulungan dari terbuka semula. Buat hingga habis semua kulit popiah digulung.


2. Gunting menyerong gulungan-gulungan kulit popiah tadi.

3. Goreng dalam minyak yang penuh dan telah dipanaskan. Ingat! Api jangan terlalu kuat dan sentiasa balik-balikkan kerepek untuk mengelakkan ianya hangit.

4. Angkat apabila kerepek sudah kekuningan dan toskan di atas kertas.

5. Gaulkan dengan gula kastor apabila kerepek telah sejuk.
6. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kerepek lemau atau dimasuki angin.

Thursday, September 2, 2010

CORNFLAKES MADU


CORNFLAKES MADU
Bahan-bahan
:
325 gm cornflakes
150 gm butter
5 TBSP madu
4 TBSP gula kastor

Untuk hiasan(optional) :
Sugar ball
Bijan putih

Cara :
1. Masukkan butter, madu dan gula ke dalam kuali. Panaskan hingga semua bahan sebati. Tutup api. Biarkan sejuk sedikit pada suhu bilik.
2. Masukkan cornflakes ke dalam periuk tadi dan gaul hingga rata serta sebati. Taburkan bijan dan gaul rata lagi.
3. Isikan ke dalam paper cup kecil. Taburkan dengan sugar ball.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 10 - 12 minit.
5. Setelah sejuk, simpan ke dalam bekas kedap udara.

Cornflakes madu yang ditaburi sugar star...


Cornflakes madu yang ditaburi sugar ball..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...