Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, May 25, 2010

ORANG BARU


Salam semua. Dah lama tak masukkan entry ke dalam blog ni. Jadi untuk entry kali ini, bukan tentang masakan ye.. Lari topic sikit. Cuma nak inform pada kawan-kawan, Naz sudah selamat bersalin 10hb Mei 2010 hari tu.. Lebih kurang 2 minggu dah kan.. Allah anugerahkan bayi perempuan yang sihat walafiat, lahir dengan berat 3.5 kg..Alhamdulillah..

Terharu sungguh bila melihat rupa si kecil walaupun baru sebentar tadi merasai kesakitan yang tak tergambar dengan perkataan.. Itulah anugerah Allah kepada kita kaum wanita dan ibu sebab dalam keadaan ini, cuma kita yang dapat merasainya.. Bukan lelaki/suami. Di sebalik kesakitan ada kenikmatan yang tak terucap.

Okey tak nak membebel panjang-panjang.. Ini antara gambar-gambar yang telah diambil. So projek masak-masak akan bermula lepas habis pantang.. Untuk sebarang tempahan, bergantung kepada keadaan baby.. Kalau baby mudah dibawa berunding(hehehe:) dan tidak meragam, bolehlah start balik mengambil tempahan.. Bergantung kepada keadaan..

Kepada kawan-kawan yang mendoakan Naz serta baby, terima kasih diucapkan. Love you all :)

MAISARAH..

HANI..

MAISARAH HANI..

Thursday, May 6, 2010

MURTABAK POPIA


MURTABAK POPIA
Bahan-bahan :

1/2 cawan daging cincang
1 tsp serbuk kari daging
1 labu bawang besar(dihiris nipis atau dipotong dadu)
1 biji cili merah(dihiris halus)
1 biji telur
Garam
Lada sulah
Minyak masak
Beberapa keping kulit popiah segera


Cara :
1. Daging cincang dan serbuk kari digaul sebati. Kemudian panaskan 1 tbsp minyak masak dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging cincang kering airnya atau sehingga daging cincang masak.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sikit dengan garfu. Masukkan bawang besar, cili merah, garam, lada sulah dan juga daging cincang yang telah dimasak tadi dan gaul sebati.
3. Sapu sedikit minyak pada sekeping kulit popiah dan letakkan sekeping lagi kulit popiah di atasnya.
4. Letak sedikit inti daging cincang tadi di tengah-tengah kulit popiah dan bungkus menjadi segiempat seperti murtabak.
5. Panaskan sedikit minyak pada kuali leper non-stik, dan letakkan bungkusan popiah tadi di atas api perlahan. Balikkan agar masak sekata di kedua belah bahagian murtabak popiah itu.
6. Buat hingga habis kesemua inti digunakan.

NOTA : Daging cincang boleh diganti dengan bahan lain sebagai inti mengikut kegemaran masing-masing contohnya tuna di dalam tin, atau ikan sardin di dalam tin. Cuma kalau dah menggunakan bahan dalam tin, tak perlulah dimasak dulu inti tu. Boleh terus dicampur dan digaulkan dengan bahan-bahan lain jer..Apa-apa pun tepuk dada, tanya selera ye..

PINK MUSHROOM



Salam semua. Ini biskut Pink Mushroom yang Naz baru buat. Resepinya sama jer dengan resepi Apple Carries yang pernah diletakkan ke dalam blog ini. Cuma kali ini Naz pakai penerap berbentuk cendawan atas permintaan anak dara di rumah ini, so nama pun kena tukarlah kepada Pink Mushroom..


PINK MUSHROOM

Bahan-bahan :
Biskut/Doh :

225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
300 gm tepung gandum
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 tsp esen vanila
1 tsp emplex

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan asen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan susu tepung, emplex, tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati. Terap.
3. Letakkan topping dan bakar selama lebih kurang 20-30minit pada suhu 180'C(ikut oven masing-masing yer..)

Topping :
20 gm putih telur
100 gm gula icing
1 tsp tepung jagung
1/2 tsp esen vanila
Pewarna pilihan

1. Pukul putih telur dan gula hingga pekat (bertanduk). Masukkan tepung jagung dan esen.
2. Campurkan pewarna mengikut kesukaan dan sapukan ke atas permukaan biskut dengan hujung jari. Kemudian bakar biskut di dalam oven.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...