Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, November 30, 2009

MUFFIN BROWNIES



Muffin brownies atau brownies dalam bentuk muffin. Ramai blogger yang dah cuba resepi ni. Naz sendiri pun sebenarnya dah banyak kali buat. Rasanya memang sedap dan menyediakannya pun sungguh senang. Biasanya kalau buat brownies nie, Naz dapat pertolongan dari tangan kecil di bawah ni. Tolong pisah-pisahkan paper cup. Paper cup yang Naz guna tu yang saiz paling kecil. Yang orang selalu guna untuk buat biskut raya tu... Ini resepinya..


MUFFIN BROWNIES

Bahan A
280g butter - dicairkan
180g brown sugar
20g gula putih
70g coco powder
garam secubit

Bhn B
2 biji telur (dipukul)
80g tepung gandum

Hiasan : badam atau sugar ball

Cara
Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
Bila dah cair, put aside...biar sejuk kejap
Pastu masukkan telur ke dalam adunan bater tadi...kacau
Masukkan tepung skit demi skit...kacau rata
Cedok masuk dlm papercup dan taburlah badam
Bakar dengan suhu 170 selama 30-40'.

Sunday, November 29, 2009

AMERICAN CHOCOLATE CAKE



Salam semua. Kek coklat nie resepinya dapat dari dapur maklang Azie. Asal resepi dari Mamasya. Buat untuk hari raya Aidiladha dan bawak balik kampung suami di sini.

Nampaknya memang mendapat sambutan sebab kek ni cukup lembap di dalam walaupun kek ini cara membuatnya sungguh simple dan mudah. Naz sendiri ingat, kek ini akan menjadi kering tapi bila dah rasa, memang diakui kelembutan dan kelembapannya. Walaupun kek yang Naz buat ni tak dihiasi dengan coklat topping atau pun icing, tapi tetap habis dimakan sanak saudara.

Satu adunan kek ini dapat banyak jugak. Bagi sesiapa yang nak mencuba tetapi masih was-was, bolehlah buat separuh adunan dulu. Okey, resepinya di bawah ye. Cuma sebab masa buat tu, di rumah tiada stok minyak jagung, jadi Naz tukar dengan majerin yang dicairkan. Still turn out to be a tasty chocolate cake.

AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan
:
(A)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
(AYAK BAHAN DI ATAS)

(B)
2 cawan gula pasir
2 biji telur
1 cawan minyak jagung (Naz tukar kepada majerin yang dicairkan)
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp garam

(C)
1 cawan susu segar
1 tsp Nescafe, dibancuh dengan 1 cawan air panas

Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Pukul bahan (B) seketika.
3. Masukkan bahan (A) dan (C) dan gaul dengan senduk kayu.
4. Bakar di dalam oven pada suhu 170 C sehingga masak.

**Walaupun resepi tak perlu pakai mixer, tapi naz sediakan kek Naz menggunakan mixer sebab malas nak gaul sendiri. Cuma kalau pakai mixer, masa masukkan bahan A, masukkan sikit-sikit pada kelajuan perlahan.

Okey selamat mencuba.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam semua teman-teman dan pengunjung blog ini.
Tak sempat nak update blog sebenarnya.. dengan kesibukan di hari raya dan hujan rahmat yang mencurah-curah, jadi malas nak mengadap komputer seketika..

Di sini diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT hendaknya.

Jadi selamat berhari raya dan menjamu selera. Tapi jaga-jaga.. Makan banyak daging tu, lepas nie jangan lupa periksa tekanan darah...

Semoga berbahagia di hari raya..

Wednesday, November 25, 2009

CUCUR UDANG SEMPOI


Resepi cucur udang ni, diletakkan di sini sebenarnya cuma sebagai simpanan koleksi resepi untuk rujukan sendiri pada masa hadapan. Manusia ni kan sering terlupa. Jadi untuk mengatasi masalah itu, saja letakkan resepi yang semua orang tau untuk membuatnya di sini.

Buat untuk minum petang anak-anak di waktu hujan-hujan ni... Makan ketika panas-panas memang menyelerakan.



CUCUR UDANG SEMPOI
Bahan-bahan
:
100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/3 cawan udang kering
Garam secukup rasa
Sedikit daun kucai (dihiris)
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
Air untuk membancuh adunan

Cara :
1. Udang kering direndam seketika dan dicuci. Kemudian tumbuk lumat.
2. Tepung gandum dan baking powder diayak ke dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
3. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk lumat tadi ke dalam mangkuk adunan bersama dangan daun kucai.
4. Tambah air sedikit demi sedikit sambil membancuh adunan. Jangan terlalu cair.
5. Goreng dalam minyak di atas api sederhana.
6. Hidangkan bersama sos pilihan anda.

Terdapat pelbagai versi cara menyediakan cucur udang. Udang kering boleh digantikan dengan udang segar. Naz cuma guna udang kering sebab stok udang kering memang sentiasa ada di rumah. Yang penting seronok bila tengok makanan yang dihidangkan dimakan dengan berselera oleh orang di rumah ni sampai licin..

Tuesday, November 24, 2009

MUFFIN COKLAT YANI


Salam semua. Ini salah satu post yang tertangguh untuk dimasukkan ke dalam blog nie. Buat muffin ni untuk minum petang di rumah.

Resepi dari Yani(myResepi). Tengok dapur maklang Azie asyik tempek gambar muffin nie banyak kali, tu yang terpanggil untuk mencubanya. Tapi memang tak dinafikan kesedapan muffin coklat nie. Anak-anak suka sangat sebab di permukaan muffin nie texture nya a bit crunchy (ummi dia orang pun suka jugak!!). Memang sedap! Di samping rasa coklatnya yang begitu terasa di tekak.. His! Tak taulah nak explain.. Kalau nak tau jugak kena cubalah buat muffin ni ye..



MUFFIN COKLAT YANI
Bahan-bahan :
200 gm coklat masakan
70 gm mentega
2 biji telur
50 gm gula halus
60 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder* (* ayak bersama)

Cara :
1. Cairkan coklat masakan secara double boiiler. Bila coklat telah cair, masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair dan tutup api.
2. Panaskan oven pada suhu 170 C.
3. Dalam bekas lain, kacau telur dan gula hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bancuhan telur dan gula tadi ke dalam adunan coklat. Kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan. Gaul rata.
6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh. Bakar dalam oven selama 20 minit.

Selepas 20 minit dibakar, muffin mungkin lembik sikit tapi tak perlu dibakar lagi sebab apabila sejuk muffin akan elok kerasnya.

Monday, November 23, 2009

APAM TEPUNG GANDUM

Wah lama betul tak up date blog nie.. Bukan apa. Musim hujan nie, internet line slow betul. Kadang-kadang tu nak upload gambar pun makan masa berjam-jam. Connection internet pulak asyik terputus jer masa tengah buat kerja. Nak buat macam mana kan? Kena bersabar je lah ye tak?

Hari nie nak letak resepi kuih apam. Original resepi dari Quinnie di myResepi. Cuma Naz kurangkan adunan sebab orang di rumah ni tak ramai. Lagi pun first time cuba buat, risau lak tak jadi.. membazir pulak. Tapi Alhamdulillah, menjadi jugak kuih apamku ini.. Tq pada penyumbang resepi..



APAM TEPUNG GANDUM
Bahan-bahan :(Naz dapat 16 biji dengan adunan nie)
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh yis mauripan(1/2 paket yis mauripan)
3/4 cawan air suam
Pewarna kegemaran



Cara :
1. Campurkan yis bersama air suam dan kacau. Kalau nampak berbuih maknanya yis itu masih elok.
2. Ayak tepung dan susu ke dalam mangkuk.
3. Campurkan gula dan gaul rata. Lubangkan di tengah-tengah campuran tepung.
4. Masukkan bancuhan yis bersama air tadi. Kacau agar tiada tepung yang berketul-ketul.
5. Kemudian titiskan pewarna dan tutup magkuk. Peram adunan 1/2 jam. Jangan terlalu lama, nanti adunan menjadi masam.
6. Panaskan periuk kukusan dan acuan apam.
7. Tuang adunan kuih ke dalam acuan dan kukus 10 - 15 minit.
8. Bila sudah masak, bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam.

Tapi di rumah nie, anak-anak tak berapa suka kelapa parut. Jadi Naz hidang kuih apam ni togel jer. Memang dia orang makan dengan berselera. Maklumlah musim hujan nie, perut asyik minta diisi saja. Bila dah habis, boleh tanya ada lagi ke tak. So next time buat kena double kan adunan nampaknya...

Wednesday, November 4, 2009

KUIH KETAYAP / KUIH GULUNG / KUIH DADAR



Kuih ketayap atau dikenali dengan nama lain iaitu Kuih Gulung atau Kuih Dadar. Pasti ramai yang tau cara membuatnya.

Kuih ini asalnya berintikan kelapa manis tapi ada juga orang yang mempelbagaikan intinya mengikut citarasa sendiri. Naz sendiri selain inti kelapa, suka juga membuat inti pedas.

Warna asal kuih ini tentulah hijau tapi sebab dah buat dua jenis inti, so lebih senang kalau dibezakan warnanya. Lagi pun nampak cantik bila dah ada warna lain tu..Jom kita tengok resepinya..

Bahan Kulit [batter] :
Sumber Bahan Kulit : Kak Hanieliza

1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan / air biasa if nak letak pewarna lain
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau atau pewarna kesukaan
secubit garam

Cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Tapis jika perlu.
2. Panaskan kuali non stik dan lengser sedikit minyak.
3. Ambil sesenduk bancuhan dan tuang ke dalam kuali dan ratakan agar kulitnya tidak terlalu tebal.
4. Letakkan sedikit inti yg disukai dan gulung kuih ketayap dengan kemas. Sedia untuk dihidang.


Bahan inti:
Inti kelapa
1/2 biji kelapa parut muda
Gula melaka @ gula merah/perang @ gula hangus
Secubit garam
4-5 ulas isi durian – dilenyek (optional)
Gula pasir (optional if inti kurang manis)

Cara :
1. Gula melaka atau gula merah dicampurkan sedikit air dan masak atas api sampai gula cair. Then tapis.
2. Campurkan kelapa parut, gula dan garam kemudian masak atas api perlahan sampai kering.
3. Masukkan isi durian dan kacau rata sebelum tutup api.

Inti pedas
1 biji bawang besar – potong dadu
1 biji bawang putih – diracik halus
1 biji kentang – potong dadu
Sedikit daging cincang
1 batang carrot – potong dadu
Sedikit capsicum hijau – potong dadu
Air
Sos cili
Sos tomato
Lada sulah
Garam
Minyak utk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Biar sampai wangi.
2. Masukkan daging cincang dan biar seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah, sayuran yg dipotong dadu, garam dan air. Biarkan sehingga kentang empuk dan kelihatan pekat.
4. Rasa garamnya. Tutup api.

Tuesday, November 3, 2009

KEK COKLAT KUKUS


Salah satu kek coklat yang biasa dibuat di rumah ni sebab rasanya yg sungguh sedap. Resepi asal dari Zaima dan Naz kutip dari rumah maklang azie. First time buat terus jatuh hati pada kek ni.


KEK COKLAT KUKUS
Sumber : Zaima
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bicarbonate* (* ayak bersama)
3 biji telur

Cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut – ADUNAN A
2. Panaskan kukusan.
3. Pukul telur hingga kembang. Campur ke dalam ADUNAN A. Gaul rata.
4. Masukkan bahan ayak dan gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan.

Topping
Sumber : HanielizaBahan-bahan :
250 coklat masakan
2 s/b minyak jagung atau butter(I used butter)
2 s/b susu cair atau whipping cream(I used susu cair)

Cara :
1. Potong kecil coklat masakan. Cairkan di atas api secara double boiler.
2. Masukkan bahan yang lain dan kacau hingga sebati.
3. Tuang ke atas kek dan hiaslah sendiri….

Jemput makan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...