Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, October 18, 2009

BROWNIES DIELLA

Ni n3 yg tertangguh. Tak sempat nk post kat sini sbb ikut hubby outstation. Komputer sendiri tak bawak pulak.

Rabu lepas mak ngah jemput datang rumah. Dia ada gathering dengan member-member main duit kutu. So terfikir nak buat sesuatu yang cepat untuk dibawa ke sana. Kebetulan pulak mak ngah suka dengan brownies yang naz bawa masa jamuan hari raya ke rumah dia hari tu. So belek punya belek koleksi resepi brownies yang ada dalam simpanan, so buat keputusan nak buat "Brownies Diella" nie. Promote dari orang yang dah pernah buat sikit punya baik..sape ek??? Siapa lagi kalau bukan maklang azie & kak tun boxhousestudio. Tengok pulak kat rumah MamaFami & bro Rozzan pun ada. Tapi lepas buat, hasilnya memang tak mengecewakan. So jom try!



Resepi di bawah ni, naz dah ubah suai sikit mengikut kesesuaian dan kesenangan naz menyediakannya.

BROWNIES DIELLA
Bahan-bahan :

250gm butter cair
1 1/2 cawan gula
4 biji telur (Pukul sikit)
2 sudu teh asen vanilla
1/2 sudu teh baking powder*
1 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko* (* ayak bersama)
1/2 cawan kacang cincang(Naz tukar dengan twin coklat chip)

Cara :
1) Butter cair dan gula dimasukkan ke dalam mangkuk dan kacau dengan ballon whisk.
2) Masukkan telur dan asen vanilla. Kacau rata.
3) Masukkan bahan-bahan ayak dan gaul rata.
4) Masukkan kacang cincang atau coklat chip dan gaul lagi.
5) Tuang ke dalam loyang yang digris dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 45 minit.

Tuesday, October 13, 2009

APAM GULA HANGUS

Sekarang ni boleh dikatakan setiap petang hujan. Kadang-kadang tu siap dengan angin yang kuat. Sejuk je rasa dalam rumah. Bila dah sejuk-sejuk tu, perut pun selalulah bernyanyi riang. Pekena apam gula hangus yang masih suam-suam kuku waktu-waktu macam nie, best jugak..



APAM GULA HANGUS
Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Sumber : Xette -> Lady Aries -> Koleksi resepi diana

Bahan-bahan :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
(jadikan gula hangus dan sejukkan)

1 ¼ cawan plain flour/ self raising flour
1/4 cawan susu tepung
1 tsp soda bikarbonat
(ayak bahan di atas)

1 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan air

Cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dengan menggunakan mixer.
2. Masukkan air. Kacau rata.
3. Masukkan gula hangus dan tepung berselang-seli hingga habis. Putar pada kelajuan minima hingga sebati.
4. Tuang ke dalam acuan yang telah dilengser dgn minyak dan kukus 30 minit.
5. Dah siap bolehlah dimakan.

Monday, October 12, 2009

MAKAN-MAKAN DI HARI RAYA

Minggu lepas, mak ngah(mak sedara belah suami) bagi tau nak buat jamuan hari raya untuk anak beranak(semua sedara-mara, mak-mak sedara, pak-pak sedara dan sepupu sepapat belah suami) di rumah dia.

So untuk itu, seperti biasa kalau ada gathering macam ni, naz mmg diberi tugas untuk siapkan dessert @ pudding @ pencuci mulut. So untuk majlis hari Jumaat malam Sabtu tu, Naz sediakan 2 hidangan triffle, satu loyang brownies dan juga satu adunan puding cendol. Alhamdulillah semua orang suka.

Cuma terkilannya, masa jamuan tu, naz terlupa bawak kamera tapi dah amik gambar guna hp hubby. Tapi sebab canggih sangat fon dia tu, tak reti pulak teman nak download ke komputer ni. Jadi tak leh nak tayang dululah gambar-gambar hidangan yang dah disnap di jamuan tu.. Kalau berjaya download nanti, naz masukkan gambar-gambar tu ye. Anyway yang ada dalam simpanan naz, cuma gambar-gambar hidangan pencuci mulut yang naz buat..

Menu malam tu banyak jugak. Ada soto ayam, laksa penang, satay dan nasi impit, udang bakar, roti jala dan kari ayam, serta pencuci mulut dari naz. Hidangan-hidangan pencuci mulut tu naz tepek resepinya dalam blog ni okey!

BROWNIES


Satu lagi hidangan pencuci mulut yang naz bawa ke jamuan hari raya di rumah makngah. Brownies!!! Resepi asal dari kak Hanieliza. Kak liza, naz copy n paste jer ye. Jangan marah! Dengan adunan di bawah ni, naz dapat brownies seperti dalam gambar. Saiz loyang yang naz guna ialah 12 X 12 inci(selalu orang guna loyang 10 X 10 inci tp naz tak de loyang saiz tu). Jadi pada sesiapa yang teringin nak mencuba, bolehlah cuba.


BROWNIES
Sumber : Kak Hanieliza

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.Kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.(naz cuma bakar 30 minit)
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT
Bahan

250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

(Naz cuma buat 1/2 je adunan kerim coklat dan drizzle atas brownies)

TRIFFLE


Triffle nie pun naz buat untuk jamuan hari raya bersama mak-mak sedara dan pak-pak sedara di rumah mak ngah. Buat dua adunan dalam 2 bekas. Sebab tulah gambar di atas ni bekasnya segi empat dan gambar kat bawah tu bekasnya bulat. Licin malam tu jugak. Jadi pada sesiapa yang belum pernah try triffle ni, bolehlah cuba. Insyallah hasilnya tak mengecewakan.

Bahan-bahan :
1 batang kek swiss roll
1 kotak jelly kristal any perisa atau jenama
1 tin buah cocktail
4 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula pasir
3 cawan susu segar atau susu cair

Cara :
1. Masakkan tepung kastad bersama gula dan susu di dalam periuk sehingga menggelegak dan kelihatan pekat. Tutup api.


2. Potong kek swiss roll dan susun di dalam bekas rapat-rapat seperti di atas.
3. Kemudian basahkan kek dengan jus buah cocktail dari dalam tin.


4. Kemudian tuang kastad tadi ke atas permukaan kek hingga rata.
5. Seterusnya taburkan buah-buah cocktail di atas permukaan kastad.


6. Bancuh jelly kristal seperti arahan di belakang kotak dan tuang ke atas lapisan kastad dan buah-buahan tadi.
7. Sejukkan di dalam peti sejuk.

PUDING CENDOL



Salah satu pencuci mulut yang naz bawa ke rumah mak ngah untuk jamuan hari raya bersama family sebelah suami naz. Puding cendol ni naz buat guna loyang 12 X 12 inci. Ketebalan puding lebih kurang 1 inci. Resepinya seperti berikut..

Bahan-bahan :
Lapisan bawah:

> 500 ml air
> 220 gm gula pasir
> 300 ml santan pekat
> 10 gm serbuk agar-agar
> 500 gm cendol
> secubit garam

Cara:
1. Air, gula pasir dan agar-agar serbuk dimasak sehingga mendidih dan larut.
2. Masukkan santan & garam. Kecilkan api & biar mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau. Tutup api.
4. Basahkan loyang & lapik dgn plastic.
5. Tuang adunan cendol.

Lapisan atas:
> 600 ml air
> 250 gm gula merah/gula Melaka
> 400 ml santan pekat
> 10 gm serbuk agar-agar
> secubit garam

Cara:
1. Masak gula merah dengan ½ drpd 6oo ml air. Tapis.
2. Masak baki air bersama air gula tadi dan agar-agar serbuk hingga larut & mendidih.
3. Masukkan santan & biar mendidih seketika dgn api yang perlahan. Tutup api.
4. Cucuk atau cakar lapisan cendol dgn garfu.
5. Tuang lapisan gula merah perlahan-lahan. Bekukan.

Okey resepi dah ada, bolehlah cuba pada sesiapa yang berminat.  

Tuesday, October 6, 2009

MUFFIN PANDAN

Okey, ini muffin pandan yang Naz buat mengikut resepi Yani(MR). Resepi ni jumpa di dapur maklangazie. Tapi ada sikit pengubahsuaian mengikut barang-barang yang ada di dapur.. Cuma warna muffin tu kurang hijaunya.. Next time kena letak pewarna hijau lebih sikit kot. So jom layan..


Pandan Muffin
(Resepi asal from Yani; telah diubah suai sendiri)

Bahan :
180 g mentega tanpa garam (unsalted butter)
140 g gula halus (naz guna gula pasir biasa je)
2 biji telur gred A
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 g tepung gandum *
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste dan colouring hijau
Sedikit coklat cip untuk hiasan (optional) (I used raisin)

Cara :
Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

Monday, October 5, 2009

KUIH RAYA..


Ni sebenarnya entry yg dah terlewat dipublish sebab lama sangat cuti dari mengadap komputer. Ini salah satu tempahan dari member-member di tempat hubby ku kerja.. Terima kasih semua ye! Alhamdulillah feedback yang ku terima, nampaknya semua pelanggan berpuas hati dengan biskut masing-masing.. Dah ada pulak yg berhajat nak tempah untuk Hari Raya Haji nanti.. Insyallah tak ada aral melintang dan kesihatan diri yg mengizinkan, bolehlah naz usahakan..

KEK LAPIS ASAM KUKUS


Bahan-bahan :
5 biji telur }asingkan putih telur dgn merah telur
1 1/2 cawan tepung biskut
1/2 cawan susu pekat manis (125 ml)
190 gm butter
3/4 cawan gula
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
Asam duit syiling secukupnya

Cara :
1. Putih telur + gula + baking powder -pukul sampai kembang.(A)
2. Merah telur + butter - pukul sampai kembang (B)
3. Masukkan (A), susu, vanilla asen & tepung biskut ke dalam (B).Mix well hingga sebati.
4. Bahagi adunan kpd 2 dan warnakan salah satu.(part nie ikut suka lee..)
5. Kukus selapis selapis dan selang dgn asam setiap 2 lapisan.

Friday, October 2, 2009

JEMPUT AMBIL KAD UCAPAN HARI RAYA



Salam untuk semua teman-teman di alam maya. Sudi-sudikanlah ambil kad raya ikhlas dari Naz untuk semua.. Walaupun agak lewat setelah 2 minggu Syawal menjelma, harap teman-teman semua sudi menerimanya..

KAD UCAPAN HARI RAYA



Kad raya dari Seri Nadhirah.. Tq Dhirah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...